Friday, September 12

Bersusah susah dahulu, Bersenang senang kemudian

Tahun 2014 ni terlalu banyak benda yang berlaku dalam HIDUP seharian aku,. mula bekerja penghujung tahun 2013, so permulaan segalanya nya jadi tahun 2014 la kan.. tahun ni memang tahun yang mencabar PERASAAN dan JIWA lah jugak.. mula-mula bekerja je, company dah start dengan masalah dalaman orang atasan, okay still rilex dan bertahan,, Alhamdulillah masih boleh bertahan sampai ke harini, see dah 9 bulan dah kerja.. then bila dah surut, berniaga online yang lama pun tiba-tiba bermasalah dan TERKUBUR macam tu je.. mula pening fikir pasal side income, actually sebab nak buat EXTRA saving sebab nak capai sesuatu.. apa? erm, biarlah rahsiaa.. haha.. then, mula balik dengan bisnes online yang lain, jaga MARKETING dan PRODUCTION sendiri.. bisnes kali ni sakit sikit lah sebab produk keluaran sendiri, sampai satu tahap pernah fed up sebab order banyak tapi produk tak dapat keluar.. then convert jadi bisness partner dengan my dear little sister, dia belajar lagi so macam dapat CURI curi masa nak handle stok.. aku kerja macam ni kekadang busy sesangat sampai tak sempat pun nak makan.. okay masalah setel, dan untuk pengetahuan korang aku ada homestay sendiri yang aku handle.. aku stay ipoh, homestay aku di Kuala Kangsar so kena curi-curi masa yang ada time malam balik kk untuk buat cleaning.. penat tu tak payah cerita la, kekadang bila aku balik ofis pukul 5.30 then terkejar-kejar balik ke kk.. sampai kk dah pukul 6 lebih then sembahyang makan dan rehat.. lepas MAGHRIB terus start kerja-kerja then pukul 11 akan shot balik ke IPOH balik.. kalau orang lain, aku sangat pasti takkan buat kerja GILA macam aku kan.. tapi aku TERPAKSA, sebab pekerja-pekerja yang aku ada sebelum ni semuanya buat hal.. taknak datang kerja la, itu la, ini la.. so handle sendiri, PENAT sendiri.. so rutin aku berhari-hari adalah kerja OFIS, then check stok plus pos barang dekat POSLAJU, pastu berkejar untuk cleaning (cleaning seminggu dua kali).. korang rasa camna rutin aku tu? aku tak tau la kalau ada orang yang kerja lebih teruk dari aku kan.. harap-harap yang rutin lagi teruk dari aku tu, tabah dan BERSABAR la okay.. sekarang pulak dah tambah lagi satu tanggungjawab aku.. aku kan sambung STUDY buat degree pjj, so sekarang rutin sehari-hari aku makin bertambah.. tapi aku pegang kata-kata mama aku, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.. bila fikir-fikir balik, betul jugak tu tapi dah tak larat laa.. umur baru 22 tahun, tapi penat kerja macam umur dah 50 tahun.. haha.. over sangat! . yelah, first kerja ofis, then bisnes online, then homestay pastu study! banyak gila kan? eh tapi still got time nak update blog, ini KESUKAAN aku, walau sibuk macam mana pun aku tetap akan cari masa update blog ni.. ritu pergi konvo, aku cerita kat member aku pasal life aku sekarang, dia kata aku gila.. tanya aku tak penat ke? haruslah penat, nak tercabut kaki aku ni tau tak? haha.. havoc sangat kan life aku diusia yang sangat muda ni.. muda ke? haha..
okay, pada yang cakap aku merungut dalam entri kali ni, sila tutup blog aku. haha .. actually, just nak cerita pengalaman hidup dan rutin harian yang sangat sibuk ni.. bak kata BEST FRIEND aku, kau ni TAKDE LIFE KE? dia kata camtu sebab member lain semua duk sibuk hanging out then enjoy time muda-muda camni, tapi aku sibuk dengan kesibukkan yang macam ni.. tapi takpe, bersusah susah dahulu.. lepas aku dapat beli BANGLO sebijik, AUDI sebuah, okay then aku dah boleh duk diam! cita cita nak lebih aje kan, padahal entah la dapat or tak nye haa.. kalau aku kawin dengan orang sanggup support hidup aku tahun depan, okay dah start boleh duduk diam update blog tiap-tiap hari sebab tak payah kerja.. hahaha

4 comments:

  1. Awesome... pandai berplanning untuk masa hadapan... kalau nak buat pelaburan amanah saham boleh gak cari kak Miera... heheheh
    follow Miera balik nanti k...
    www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
  2. Colorful la blog ni..menarik..jom singgah n follow blog abah plak.
    http://abahbz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. colourfull coz cheerfull cam orangnya.. hihi... okay, tengah view blog abah =)

      Delete