Wednesday, July 18

RESTORAN MAHARAJ IPOH

Ni namanya entri basi tau sebab dah LAMA peram nak TULIS pasal foodreview dekat restoran MAHARAJ ipoh yang serve ORIGINAL INDIAN FOODS. Time pergi makan kat sini tu on birthday aku tau, so macam excited gila. first time masuk sini, sebab selalu lalu je. haritu nak pergi makan time tu tetiba ada event so tak boleh pergi la. aku pun dengan redho keluar balik wey time tu.

NASIB this time waktu birthday ada yang sudi nak bagi BIRTHDAY treat katanya wey. bahagianya I takpayah keluar duit membayar bill sendiri. haha. apa guna nya kawan kalau tak belanja TIME birthday kan?. hahahaha. ni gambar luar dan dalam RESTORAN tau, jangan salah masuk maharaj lain pulak gais.



MAKANAN dia memang awesome, kena la dengan tekak melayu aku ni. GRAVY dia memang auum sangat gais sebab dia tak kedekut bahan kot, tapi harga boleh tahan la, tak boleh makan hari2 tau sebab nanti poket koyak. haha. so menu dia memang MAKANAN original india, so jangan nak mintak rendang ke sup ayam ke dalam tu, kena pelangkung dengan belanga japgi. hahaha

Nah cuci mata makanan dia dengan GAMBAR aku yang acah2 comel tu.




makanan dia nampak macam sikit kan? please jangan TERTIPU sebab banyak ni pun kitorang takhabis makan wey. so KALAU berdua tu jangan la order banyak2 sebab nanti takhabis. berbaloi la dengan harga dia, KENYANG tersandar okay gais. dah nanti aku review lagi makanan best kat IPOH bila aku free tauuu.

Tuesday, July 17

JALAN JALAN NEGERI BERSEJARAH

Syukur sangat daapt ambil PELUANG berjalan bawak kekasih hati kat sini. opss bawak MAK dengan adik aku la. I kan tak ada husband lagi, itu jela yang ada buat masa ni sebab serik pasal bakal laki I kena kebas dengan budak hingusan dulu tu. haishh.

Actually minggu lepas hari jumaat ada exam, tapi dari khamis lagi aku dah angkut mak dengan adik aku BERTAPA kat KL sehari sebab jumaat exam pagi tau. so saja pergi awal dapatla rehat2 sikit melepet sembang kosong dengan diorang.

Jumaat lepas EXAM terus pecut balik hotel pickup mak dengan adik terus ke bandaraya bersejarah kat MALAYSIA ni. kat mana lagi kalau bukan melaka kan. drive dari Ipoh ke KL then dari KL ke melaka, cramp kaki wey. Tapi tak terbayar dengan kegembiraan yang aku bagi pada MAK aku, bahagia sangat tengok dia bahagia.

Aku check-in kat THE SHORE melaka, best situ sebab kat bawah the shore tu ada shopping complex so boleh cuci mata sikit kan. Kolam dia pon cantik gila, memang sesuai kalau yang nak pergi dengan FAMILY tu sebab budak2 mesti happening sangat2 dapat main air. Nah cuci mata gambar hotel sikit.




gambar ehsan google tau. sebab haritu tak ambil pun gambar hotel just ada gambar dalam bilik je. rate dia agak mahal la tapi masih mampu lagi untuk rakyat marahaen macam kita ni. haha

Btway jumaat tu kami sampai awal jugak la around 2.30pm sebab bertolak dari kl 12.30 dan stuck kat jem bila masuk melakaau tu. bapak gila banyak TRAFFIC light dia gais. hahaha then lepas rehat2 sampai petang, malam tu pergi dia punya around bangunan MERAH dengan JONKER WALK tu, saja cuci mata.



yang gambar beca ni entah taktau kenapa tangan ambil gambar jalan kosong, motif ape entah. cuci jela mata korang ni ya.

SECOND day hari sabtu tu gigih pergi pantai yang FENDY BAKRY berlakon cerita MR.GREY tu sebab cari buaian yang fendy bakry pegang tu mana tau kot tido mimpi dia malam tu. haha cari2 takde pun haih. dapat la BERGAMBAR dengan KUDA kat tepi pantai. pastu otway balik dari pantai beli keria ANTARABANGSA dengan coconut shake. pergh dia punya melantak tu kalah orang mengandung lol. Makan tak hengat kat MELAKA ni. makan tengahari kat restoran KAMPUNG depan menara taming sari tau. sedap, ramai orang tapi MAHAL!


nah sila telan air liur!

malam tu balik dari luar dah masing2 melepet taklarat. sempat lagi jalan dalam mall dekat dalam The Shore tapi takde apa sangat so cuci jela mata sikit2. lepas tu naik bilik, DINNER then tukar baju terjun kolam. berenang sampai lebam wey.

Pagi AHAD tu bangun lambat sebab penat drive dari khamis non stop, then KEMAS2 nak keluar dari bilik. lepas chek-out je terus tuju makan tengahari kat WANG SOLO then shopping sikit kat town. Siap pergi perkampungan melayu kat tengah tengah pekan tu lagi. KG.MORTEN. kampung nice, penuh dengan ciri-ciri KEMELAYUAN, siap disapa ramah lagi dengan penduduk. sangat2 AWESOME.





NICE sangat sangat tempat dia. pastu kami terus bergerak pergi LIMBONGAN balik sebab nak beli keria before balik. fuhh memang perjalanan yang memenatkan tapi bahagia je rasa sebab rasa macam dah lama tak berjalan kaw2 gila. penat tapi BERBALOI. Around 3 kami bertolak balik IPOH, dengan nak berhenti RNR nye. fuhh penat! selamat sampai ipoh jam 9 malam yeayy..


Wednesday, July 11

OFFICE BARU SETELAH 5 TAHUN

Alhamdulillah! Happy sangat selepas hampir 5 tahun BEKERJA, walaupun tak dapat kerja kerajaan tapi kerja swasta pun BAHAGIA hokay gais. Ada la mulut makcik makcik bawang tanya kenapa tak kerja kerajaan, dah belum ada REZEKI nak dapat peluang kerja government kan. Pernah apply, pernah dapat interview sebelum dapat kerja yang sekarang tapi rezeki masih belum berpihak. Oleh sebab tu, terpaksa REDHA dengan peluang kerja ditempat ni 5 tahun lepas, rupa rupanya ALLAH nak bagi rezeki yang lebih baik kat sini.

kerja kat mana pun sama, busy dan penat. Tapi bezanya KERJA kat sini takde mental stress yang over limit. Tapi bersyukur sangat, kerja dengan BOS yang sama hampir 5 tahun dan finally tahun ni dapat duduk office baru yang jauh lebih baik. SYUKUR sangat sangat.

Nah selfie sikit, office baru lagi best gais. I got my own!


Tuesday, July 10

RINDU DUNIA BLOGGING

IM BACK! rindunya nak blogging lagi. setelah hampir 3 tahun tak menulis lansung. Tangan dah start gatal balik nak menulis gais. Bahasa pun makin berubah kan, taksama macam 3 tahun yang lalu dah. kenapa? Dulu masih childish. sekarang pun MASIH childish tapi sedikit matured. Siapa cakap aku menghilang. Tidak sama sekali menghilang, blog masih aktif walaupun takpernah update walau satu cerita pun. Tahun ni terlalu banyak perubahan dalam hidup aku. oh yet masih belum berkahwin tau. Eh not loser, but aku masih MENCARI sesuatu yang tak pasti. cewahh.. susah la lelaki nowadays cannot be trusted tapi ni cakap dalam hati jela. risau kena hentam pulak kang.


So for introduction selepas 3 tahun menghilang tanpa khabar di blog ni kan. Nama aku masih sama, umur dah berubah la, masih lagi student UiTM EPJJ dan aku dah FINAL SEM tau. setelah merangkak hampir 4 tahun, nak habis jugak kan. Penat buat PJJ ni, mental dengan FIZIKAL kena kuat. kalau tak kuat, kekadang KOYAK jugak ya. bukan sebab apa, tiap minggu berulang dari IPOH ke KL. pergi jam 5 pagi, balik jam 7 petang. seharian aku tak cukup tidur.

Masih single, mencari sesuatu yang pasti. Minat kat blogging takpernah pupus, cuma masa sangat2 mencemburui aku. Hari hari penuh dengan rutin harian yang sangat penat dan SUCK. yes, suck sebab kena kerja, disamping buat bisnes kecik2 sebab nak cover pergi study then busy dengan assignment. tapi I is tak pernah putus asa, itu je. 

Doakan aku KUAT nak MENULIS blog ni time aku free tau. sebab aku rindu BLOGGING :D