Wednesday, October 24

RESEPI NASI GORENG SOTONG/UDANG VERSI BUJANG

Alhamdulillah, sekali lagi aku nak share RESIPI ala bujang pemalas versi aku. haha. aku ni duduk sorang tapi kalau bab memasak aku lah juara. padahal masak apa je pun. semua yang jenis senang aje ni. sebab aku taksuka benda renyah renyah ni sebab nak makan pun aku sorang je. so ni bahan bahan untuk makan sorang je tauu.

okay, lets start dengan BAHAN BAHAN:
1. Nasi sejuk 2 mangkuk kecik
2. Sotong/Udang 6 ekor
3. bawang putih 4 biji
4. cili padi 5 biji
5. sawi sepokok
6. perasa
7. sos tiram dua sudu
8. minyak masak 3-4 sudu

CARA MEMASAK
1. tumbuk bawang putih dengan cili padi.
2. masuk minyak dalam kuali, masukkan bahan yang dh tumbuk tu.
3. lepas bawang dgn cili kekuningan, cepat2 masuk sotong/udang tu.
4. kacau sampai udang jadi orange atau sotong mengecut.
5. lepas tu masuk nasi, sos tiram, perasa.
6. kacau sebati sampai semua bahagian nasi kena perencah.
7. masuk sawi kacau sikit then tutup api
8. SIAP!
Related image
mudah kan? senang gilo wey. malas dengan tak je wey nak masak ni ha. ko kena rajin sikit kalau nak makan sedap, bersih sebab masak sendiri dijamin taksakit perut.

p/s : jangan guna nasi panas yg baru lepas masak tu, nanti nasi goreng ko LEMBIK! then kalau suka pedas cam aku, tambah lagi cili padi. baru aumm. haha

AIR TERJUN MISTERI

misteri sangat bunyi nye kan? takde lah, saja buat GIMIK lebih sikit untuk korang baca. hihi. actually air terjun ni kalau korang perjalanan dari TAPAH ke GOPENG guna highway lebuhraya utara-selatan tu, korang boleh nampak air terjun ni waktu siang tauu. Aku sejenis bawak kereta mata MELIAR je tengok sis kiri kanan. so dah 4 tahun berulang ni jugalah mata aku sentiasa MELIRIK kat arah air terjun ni. entah, ADORE sangat sangat wey. macam sesuatu.

yang paling best, sampai ke hari aku ambil gambar ni aku taktahu air terjun ni turun kat mana. so setelah digoogle, rupanya LATA KINJANG. aku pernah pergi sekali tempat ni time study DIPLOMA dulu dengan geng gila-gila. BEST! view dia, air dia. memang awesome sangat.


ni gambar view air terjun tu dari HIGHWAY, gigih wey drive slow sebab nak ambil gambar. dont worry, time aku lalu jalan ni kereta tengah tak banyak sebab dh nak maghrib. kebetulan aku pun sorang2 dari KL ke Ipoh, so ni lah aktiviti aku sepanjang jalan. SNAP jela mana gambar yang aku tengok best.

p/s: nanti kalau korang dari selatan menghala utara, korang tengok lah tauu air terjun ni. rasa macam YA ALLAH, indahnya ciptaanNYA. awesome gilaa..

Wednesday, October 17

CARA SAMBUNG BELAJAR E-PJJ UITM

Alhamdulillah, dah semester akhir dah setelah 4 tahun bertungkus lumus nak selesaikan degree. Aku bakal HABIS degree bulan Disember tahun ni, insha Allah kalau takde ARAL dan takde repeat paper dah mungkin boleh habis. tapi berat sikit semester akhir ni, BANYAK subjek pecah kepala punya.

sebelum tu, nak explain. E-pjj ni adalah pembelajaran separuh masa. which means kelas kau ada brapa kali je satu semester, ada assignment, ada kena LOG IN kelas kat sistem. tapi ni semua kacang lah, yang penting kena CEKAL je cam aku, kahkahkah.

Okay, kat sini aku nak bagi korang cara-cara sambung belajar kat UITM sebagai epjj. E-PJJ ni boleh sambung untuk Diploma, Degree, Master dengan PHD pun. tapi kena pandai BAHAGI masa lah ya. kalau tak pandai bahagi masa, bye! sebab lecturer tak kan tunggu korang. kena rajin log in sistem kelas juga.

Jangan takut nak sambung belajar, sebab kalau korang takut better aku suggest tak payah sambung. sebab aku takut korang tak boleh commit. aku yang 4 tahun ni pun RASA terseksa, gila kau dari ipoh ke puncak alam. setiap dua minggu sekali, tapi kalau jenis KENTAL macam aku ni no hal lah. bangun 4 pagi drive dari ipoh pergi puncak alam, masuk kelas pukul 8.30pagi no probs lah.

Perkara pertama korang kena buat, bukak laman web ined tau. Ined ni yang uruskan pelajar e-pjj uitm . universiti lain aku taktau la ya, korang jangan tanya, aku lepuk japgi. klik SINI


okay kat sini aku ajar step by step ya.
1. buka laman web ined, klik SINI
2. klik bahagian atas 'ADMISSION'
3. kat bahagian admission ni, boleh tengok program yg korang boleh apply, struktur yuran, yuran permohonan, permohonan online.
4. korang tengok klik bahagian 'PART TIME DEGREE' ataupun 'PART TIME DIPLOMA'
5. kat situ dapatkan maklumat pasal course, credit yang lepas untuk course tersebut. syarat2 layak mohon.
6. lepas dh tahu nak ambil course apa, klik semula kat 'ADMISSION'
7. pilih 'APPLY NOW'
8. kat situ ada BORANG PERMOHONAN ONLINE, ada tulis sesi kemasukkan sekali. so korang dh boleh bajet dah bila korang akan dapat keputusan permohonan tu ha.
9. isi borang macam biasa dan submit. pastikan email korang yang aktif ya, nanti diorang akan inform melalui email dan bagi surat tawaran.
10. DONE!

dah siap semua procedure, semoga sharing ni bermanfaat untuk korang. universiti lain korang kena tengok web diorang la. banyak universiti yang tawarkan epjj ni, cuma korang kena rajin search la. disebabkan aku sambung kat UITM, so aku share pasal uitm lah. good luck korang!

Wednesday, October 10

GAJET KEPERLUAN ATAU PEROSAK MINDA ANAK?

Semenjak dah makin berumur ni, entah tabiat aku berubah. aku suka PERHATIKAN gelagat budak budak zaman sekarang. zaman aku dulu mana ada handphone canggih macam sekarang, sekarang jangankan mak ayah tapi ANAK ANAK pun dah pakai IPHONE, IPAD segala bagai. tak salah mak ayah manjakan anak tapi macam tak patut pulak dibiarkan diorang lalai dengan gajet. selalu aku dengar mak ayah mengadu anak sampai tak TIDOR malam sebab main game, tengok youtube. OTAK tak berkembang tau, sebab next day nak pergi sekolah. kalau dh jenis  tidoq lambat macam mana boleh fokus time belajar kat kelas? yelah dh mengantuk, fokus pun entah kemana. pastu mak ayah SALAHKAN cikgu anak anak gagal matapelajaran kat sekolah. degil pastu suka bergaduh dengan kawan kawan. memang segelintir akan cakap, alah budak2. salah! korang kena ajar anak anak dari kecik tauu. kalau dari kecik dah dimanjakan melampau sampai besar diorang akan jadi degil, tak dengar cakap then jenis protes. TRUST ME! aku dah tengok banyak sangat dah jadi macam ni.

ANAK kalau dari rumah dah start bermasalah, percayalah dia akan terus bermasalah sampai besar. kadang kadang even kita rasa dah bagi didikan yang terbaik tapi KAJI semula apa yang kita buat. adakah benda yang kita buat tu betul? zaman gajet ni dah banyak mempengaruhi minda kita sebenarnya. kalau diperhatikan sekarang, kalau pergi kedai makan kebanyakkan IBU BAPA lebih leka dengan GAJET masing masing. sampai kan aku rasa macam anak anak takde nilai. yelah, mak ayah layan telefon sambil gelak gelak sendiri, dan anak anak dibiarkan di bangku melayan parasaan SENDIRI.

zaman mak ayah kita dulu mana ada, mak ayah lebih pentingkan anak anak dari segalanya. nak makan kena bagi ANAK makan dulu, sekarang tidak. benda makan sampai dia ambil gambar dulu, pastu baru letak bagi anak makan sendiri. ini kah yang kita belajar kat zaman sekarang ni? sedih aku kadang kadang tengok anak anak diperlakukan macam takde feeling. patut la budak budak sekarang banyak yang takde manners, sebab MAK AYAH sendiri yang ajar jadi macam tu. mereka taknak anak anak kacau aktiviti diorang dengan telefon, jadi belikan satu telefon lagi untuk anak.

didikan jenis apa la yang mak ayah zaman sekarang ketengahkan. SEJENIS takboleh lepas dengan gajet. yes, aku tak kata bagi PENDEDAHAN pada teknologi tu salah tapi biarlah berpada pada. ada masa dan ketikanya untuk bagi gajet pun, bukannya 24 jam berkepit dengan gajet tu. aku yang online seller ni pun ada time tauu. bukan nya makan telefon, tido telefon, malah aku siap terkejut pendedahan sorang kawan, anak dia NAK MANDI pun nak tengok YOUTUBE! dah  kenapaaaa?.

ingatlah ibu bapa, setiap apa tingkah laku anak anak adalah bermula dari rumah dan ibu bapa!

Tuesday, October 2

JAGA TEAM BUKAN PERKARA MUDAH

Seperti yang korang SEDIA maklum, aku ni buat jugak la online selling kecik kecik, takla hebat macam orang lain. orang lain sampai dapat beli kereta dengan rumah mewah, aku boleh la tahap dapat SURVIVE daripada merangkak tiap bulan. aku takdapat beli aset aset besar, aku mampu buat bayar yuran sikit, buat MELANCONG dengan beli emas je  tiap bulan.

So far bagi aku benda tu dah cukup buatkan aku bahagia, sebab sebelumnya kalau aku nak shopping pun aku FIKIR berjuta kali sebab risau takde duit nak survive bulan bulan kan. tapi ALHAMDULILLAH online seller kecik macam aku ni, if kalau ada anak boleh la buat tampung beli susu pampers tiap bulan. Bersyukur, walaupun sales aku slow tapi aku tetap ada untung. ANAK ANAK dropship dan ejen yang aku ada kebanyakkan sangat sangat bersemangat dalam MEREALISASIKAN impian masing masing.

tapi bukan mudah, semua orang fikir nak jaga team ni PERKARA mudah. ala suap je information, nanti pandai pandai la diorang gerak sendiri. BIG NO sebab jaga team ni lebih susah dari jaga anak sebenarnya. diorang ni kena belai, kena GUIDE dari satu sampai habis sebab aku taknak diorang hilang arah. macam orang yang hilang PETUNJUK macam mana nak bergerak.

walaupun kadang kadang aku sendiri KELAUT dalam sebab datang mood tak elok aku, aku bangga anak team aku takpernah sekali pun putus asa. semua pun ON sentiasa. hope semuanya akan sentiasa bersemangat sampai bila bila.

Monday, October 1

MASA SEPANTAS KILAT

Cepat betul ya masa BERLALU. bulan september yang lepas pun macam taksempat nak rasa, tapi dah masuk bulan OKTOBER. Mencabar sangat rasanya jadi manusia ni, tup tup dah habis bulan. rutin bulanan bermula semula, entah bila la semuanya nak habis. mungkin habis setelah JASAD meninggalkan bumi agaknya.

Bil bil dah mula rotate yang baru, yuran itu, sewa ini, AZAB bulanan dah tiba sebab bulan baru bermula. Yang paling sadis, update blog cuma sekali dibulan september then tiba tiba oktober dah menjelma. betul la kata ulama' bumi makin uzur dimamah usia. entah bila dia masih mampu BERTAHAN dengan perbuatan manusia manusia yang tidak bertanggungjawab.

Hmm banyak betul benda yang takdapat aku buat lagi tapi tengok tengok dah nak habis tahun, rasa macam baru semalam menjengah usia sekian sekian, tapi harini dah makin menginjak usia lagi. banyak lagi impian yang belum tertunai yang aku kena laksanakan dalam TAHUN ni yang masih berbaki 3 BULAN.

Dalam merancang kadang kadang aku lalai, aku rancang tahun ni banyak tapi yang tertunai nya hanya satu dua. tu belum termasuk dengan plan kawen, nothing goes right. semuanya macam TERKUBUR macam tu je kot, tambah tambah pulak dengan dugaan tahun ni yang makin menebal. ish betul ya, makin kita dewasa dan usia bertambah, makin banyak dugaan dan masalah ya.