Wednesday, October 10

GAJET KEPERLUAN ATAU PEROSAK MINDA ANAK?

Semenjak dah makin berumur ni, entah tabiat aku berubah. aku suka PERHATIKAN gelagat budak budak zaman sekarang. zaman aku dulu mana ada handphone canggih macam sekarang, sekarang jangankan mak ayah tapi ANAK ANAK pun dah pakai IPHONE, IPAD segala bagai. tak salah mak ayah manjakan anak tapi macam tak patut pulak dibiarkan diorang lalai dengan gajet. selalu aku dengar mak ayah mengadu anak sampai tak TIDOR malam sebab main game, tengok youtube. OTAK tak berkembang tau, sebab next day nak pergi sekolah. kalau dh jenis  tidoq lambat macam mana boleh fokus time belajar kat kelas? yelah dh mengantuk, fokus pun entah kemana. pastu mak ayah SALAHKAN cikgu anak anak gagal matapelajaran kat sekolah. degil pastu suka bergaduh dengan kawan kawan. memang segelintir akan cakap, alah budak2. salah! korang kena ajar anak anak dari kecik tauu. kalau dari kecik dah dimanjakan melampau sampai besar diorang akan jadi degil, tak dengar cakap then jenis protes. TRUST ME! aku dah tengok banyak sangat dah jadi macam ni.

ANAK kalau dari rumah dah start bermasalah, percayalah dia akan terus bermasalah sampai besar. kadang kadang even kita rasa dah bagi didikan yang terbaik tapi KAJI semula apa yang kita buat. adakah benda yang kita buat tu betul? zaman gajet ni dah banyak mempengaruhi minda kita sebenarnya. kalau diperhatikan sekarang, kalau pergi kedai makan kebanyakkan IBU BAPA lebih leka dengan GAJET masing masing. sampai kan aku rasa macam anak anak takde nilai. yelah, mak ayah layan telefon sambil gelak gelak sendiri, dan anak anak dibiarkan di bangku melayan parasaan SENDIRI.

zaman mak ayah kita dulu mana ada, mak ayah lebih pentingkan anak anak dari segalanya. nak makan kena bagi ANAK makan dulu, sekarang tidak. benda makan sampai dia ambil gambar dulu, pastu baru letak bagi anak makan sendiri. ini kah yang kita belajar kat zaman sekarang ni? sedih aku kadang kadang tengok anak anak diperlakukan macam takde feeling. patut la budak budak sekarang banyak yang takde manners, sebab MAK AYAH sendiri yang ajar jadi macam tu. mereka taknak anak anak kacau aktiviti diorang dengan telefon, jadi belikan satu telefon lagi untuk anak.

didikan jenis apa la yang mak ayah zaman sekarang ketengahkan. SEJENIS takboleh lepas dengan gajet. yes, aku tak kata bagi PENDEDAHAN pada teknologi tu salah tapi biarlah berpada pada. ada masa dan ketikanya untuk bagi gajet pun, bukannya 24 jam berkepit dengan gajet tu. aku yang online seller ni pun ada time tauu. bukan nya makan telefon, tido telefon, malah aku siap terkejut pendedahan sorang kawan, anak dia NAK MANDI pun nak tengok YOUTUBE! dah  kenapaaaa?.

ingatlah ibu bapa, setiap apa tingkah laku anak anak adalah bermula dari rumah dan ibu bapa!

No comments:

Post a Comment