Thursday, January 26

cara mengatasi BOSAN di OFIS.. :)

anda BOSAN ketika di tempat kerja?.. aku ada 10 CARA untuk mengatasi kebosanan yang melanda DIRI korang.. mungkin agak merepek, tapi yang MEREPEK tu yang menarik sebenarnye.. hehe.. artikel ni pun aku tulis sebab KEBOSANAN tengah melanda diri.. :D
1. PHOTOSTAT muka or tapak tangan korang gune mesin photostat, buat2 lah macam tengah fotostat dokumen penting. mesin PHOTOSTAT tu pun boleh X-RAY body korang gak, ce try.. haha
2. KAWAD KAKI kat tengah2 OFIS korang.
3. jalan pusing satu ofis then CUCUK pinggang OFISMATE sampai dia melatah, selagi tak melatah, jangan berhenti cucuk pinggang orang tu... (silap2 kena penampar je. haha)
4. BAWAK makanan banyak-banyak then kunyah makanan sambil pandang kat dinding, bila orang TENGOK kat korang, buat-buat tak tahu or macam tak nampak je..
5. MAIN telefon ofis or try TELEFON sesiapa then cakap 'sorry, salah number la'.. :p
6. PERGI dekat sesape dalam ofis tu, then cakap kat dia nak tolong buat kerja, kalau dia cakap tak ada kerja, cuba korang kacau dia buat kerja, gerenti terus dia bagi kerja kat korang.. hehe
7. cuba korang pegi kat TOILET then tengok keadaan toilet tu, kalau rase2 macam kotor, tolong la makcik cleaner tu CUCIkan TOILET ..
8. pergi kat MESIN FAKS then faks korang punye photostat tapak tangan and muke tadi tu kat ofis MEMBER korang, gerenti lepas ni muke korang yang photostat tu masuk FB coz member korang bengang sebab korang  faks muke korang yang HODOH tu kat mesin faks ofis dia..
9. CUBA masuk bilik BOS then buat sepah pastu lepas bos buat muka PELIK then KEMAS balik bilik bos tu.. hehe
10. yang terakhir nye, korang panjat MEJA ofis then wat TARIAN poco-poco kat situ.. hehe (nanti korang tengok, mesti ada yang ikut korang wat tarian poco-poco sesame) =_=
Selamat MENCUBA kawan-kawan.. aku doakan semoga kebosanan yang melanda diri korang tu akan HILANG terus.. haha :D

Beza lelaki MATANG dan lelaki TAK MATANG..

LELAKI MATANG
  • kalau ade gf buat masalah atau sesiapa ade wat masalah dengan lelaki nie, dia takkan terus maki hamun atau marah2 tak tentu hala, sebaliknya dia akan tanya dulu dan siasat ape yang berlaku sebenarnya.
  • lelaki matang ni tak suka mesej sangat sebab dia lebih suka call terus, lagi best kalau dapat dengar suara then borak2 panjang.
  • pandai berborak dengan org tua, beramah mesra dengan org tua tak kira dia kenal ataupun tak.
  • bukan seorang yang cepat marah ataupun baran  * kalau yg mmg hot temper tu lain citer lah
  • suka berjenaka..lawak yang kadang2 ade maksud tersurat dan tersirat
  • seorang yg pemaaf dan cepat memahami situasi yang terjadi..
  • kalau dia marah atau merajuk pun mungkin kejap dan akan reda kemudian * laki pon tau merajuk tau
  • pemakaian lebih kemas dan tidak terlalu mengikut fesyen semasa asal kan bergaya. * pakai berjenama tu lain
  • lebih mementingkan perhubungan ke arah yg lebih jauh, komitmen yg tinggi   *lebih kearah pertunangan dan seterusnya perkahwinan
  • agak cool dan control
  • menghormati permintaan pasangan, kalau pasangan tak suka dipegang (tangan), dia takkan memaksa atau cuba-cuba nak gatal tangan pegang jugak.
 LELAKI TAK MATANG
  • cepat marah kalau berlaku sesuatu kejadian. 
  • ber'mesej jenis tak reti nak henti. kalau boleh nak bawak masuk henfon time mandi skali dan mesej bagitau yg dia tgah mandi   *syok mandi air sejuk =,=
  • kalau buat lawak kadang2 lawak tu tak lawak tapi gelak jugak. 
  • kalau berjalan dengan pasangan kalau boleh pegang atau peluk tak nak lepas. over dari orang yang dah kahwin. even nak makan pun nak pegang lagi , wth..
  • cuba perhatikan couple yg masih bersekolah dgn yg dah tak bersekolah..nampak beza tak kalau korang pegi jalan kat mane2 mall?
  • pemakaian kalau boleh nak ikut fesyen dan orang akan pandang dia sampai langgar tiang. haha    *pkai cermin mata gelap dalam mall. terik lampu kot. kalau yg ade masalah mata lain citer key
  • kalau jenis ade kapel..nak merajuk/marah kne lebih dari seminggu..
  • selalu buat keputusan terburu-buru tanpa pikir panjang.
  • tak pandai menghormati org tua.   <<< HATE THIS   

Thursday, January 19

PRAKTIKAL!! omg :p

1st time dapat merasa pengalaman BEKERJA, selama ni aku tak pernah kerja or dengan erti kata lainnya aku tak tahan untuk BEKERJA kat mana-mana tempat pun. abis SPM dulu pun kerja tak sampai seminggu then terus berhenti gara-gara tak tahan PENAT sangat, last-last balik rumah then tolong uruskan HOMESTAY jugak la jawabnya.. hehe.. btway, cerita pasal PRAKTIKAL ni memang best sangat.. seronok rupanya dapat BEKERJA di kalangan orang yang tak pernah aku kenali.. bermacam-macam ragam dan kerenah tapi aku HAPPY sebab diorang semua sangat BAIK sebab sanggup melayan kerenah budak praktikal macam aku yang ZERO pengalaman ni.. hehe.. awal-awal praktikal memang rasa macam BOSAN sangat sebab tak KENAL sesiapa pun then macam tak berapa pandai nak BERAMAH MESRA, lepas tu pulak, nak mintak kerja pun macam tak ada pulak, semua orang macam tak boleh nak bagi KERJA kat aku sebab time aku masuk PRAKTIKAL tu memang semua tengah SIBUK.. tapi hari ni dah hampir sebulan aku PRAKTIKAL kat tempat ni, baru aku dapat rasa KESERONOKAN yang teramat sangat.. BEST sebab aku dapat akak MENTOR yang sangat BAIK dan KELAKAR habis, then all my OFFICE mate pun sangat2 best sebab boleh masuk kepala.. diorang sangat-sangat ramah and SPORTING habis la, boleh dimintak tunjuk ajar semua PERKARA, then boleh dibuat KAWAN nak menyembang.. BEST!! hehe :D
TO all staff KORPORAT kolej ISLAM, korang memang best sangat la, tak SIA-SIA saya pohon untuk praktikal kat kolej tu.. to my office mate yang saya salu kacau tu ( kakak2 ofis ) , sorry lah yea sebab saya ni tak boleh duduk diam, asik nak berjalan kat tempat orang je.. HEHE.. :p

Wednesday, January 18

epy NEW YEAR!!

 Masya-Allah baru aku sedar hampir SEBULAN aku tak UPDATE pape lansung pasal BLOG niey kan.. NIAT nak UPDATE tu ada tapi masalahnya masa nak update blog tu yang takde, BUSY sangat dengan praktikal ni, aku ingatkan bila dah stay kat rumah ni FREE la sikit, tapi lagi SIBUK rupanya.. hehe.. ALLHAMDULILLAH dah masuh tahun baru dah kan, walaupun dah 10 hari BERADA di tahun baru, tapi masih tak terlambat untuk aku UCAPKAN selamat meyambut tahun baru 2012.. segala PAHIT dan MANIS tahun 2011 dah aku lalui... SO sebagai permulaan, buat2 lah AZAM baru ye kawan2, tinggalkan apa yang berlaku tahun lepas dan KEMBALI menyerlah dengan cara yang lain TAHUN ni.. kalau rasa ada BENDA yang tak sempat diSEMPURNAKNAN tahun LEPAS, amiklah inisiatif lain untuk SEMPURNAKAN hajat korang tu yea.. TAHUN baru, ANGKA baru so kalau dari segi tahun, makne nye aku dah BERUSIA 20 tahun.. OMAK ai, cepat nye dah masuk 20 tahun nieyh, alahai bila dah jatuh ke angka 2 niey, mulalah terasa diri menjadi tua.. HEHE.. btway tahun ni AZAM aku nak berubah menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, yelah bila dah makin meningkat umur ni, semakin banyak benda yang perlu DIFIKIRKAN.. azam tahun ni jugak nak buat satu PEMBAHARUAN dalam kehidupan yang bakal dilalui.. apa AZAM korang tahun ni? hehe :D