Thursday, September 29

DUGAAN yang MENGUJI kesabaran :(

cakap pasal DUGAAN nie memang buat aku rasa hidup aku minggu nie PENUH dengan KESABARAN tahap maksimum.. aku TENGOK, DENGAR and BUAT je apa yang patut..aku paling geram BEKERJASAMA dengan orang yang banyak MULUT, selalu je ada yang TAK KENA, nak IKUT kepala dia je sebab fikir dia je yang BETUL, kuat MERUNGUT, PERENGUS and many more lahh.. dah nama pun buat kerja, sendiri faham lah kan.. tak payah orang ajar, sendiri pun boleh FIKIR mane yang patut and mane yang tak patut..aku ni pun buat jugak keje, boleh pun buat 2,3 KERJA sekaligus, takde hal pun, alah setakat nak URUS2 yang mane patut tu, takde hal lah.. dah tu seolah-olah dia je yang PENAT and macam dia sorang yang buat KERJA padahal aku tengok setakat duk berkepit dengan PHONE 24jam.. JANGAN nak OVER sangatlah !! huh~
aku ni antara orang-orang yang PALING SUSAH nak marah sebab aku nak jaga HATI semua orang tapi takde sape pn nak fikir apa PERASAAN aku, wat SAKIT HATI je nak marah2 nie, lagipun watpe lah nak MARAH tak bertempat kan, mungkin hakikatnya orang yang ada DEKAT dengan aku akan kata aku niey jenis SUKE GELAK plus HEPI gud LUCKY tapi INGAT satu benda kalau pasal KERJA then tetiba sekali aku dah MARAH, memang semua boleh jadi berterabur, memang aku sure takkan ada siapa pun yang sanggup nak mengadap aku nie.. aku kalau pasal KERJA ni a bit serious sebab aku ni everything is PERFECT.. tak kisahlah sape nak AMIK hati pun, TANGGUNGJAWAB is always tanggugjawab, nak taknak kena buat jugak.. time GELAK, aku gelak, aku pun tak suka nak serius2 sangat, lagipn bosan kan. tapi time KERJA, tolong buat betul2, bukan lah nak suruh buat kerja dalam keadaan serius sangat pun, just PUT a BIG EFFORT on what u do..dalam SEBULAN pun susah nak tengok aku marah, so jangan buat aku marah.. 
p/s : beware.. mood tengah tak STABIL..huh~

Tuesday, September 20

GATAL tangan walaupun TAK KREATIF..hehe

aku mengaku niey eah, aku tak KREATIF lansung, since sekolah dulu lagi lahh.. time SEKOLAH dulu kan ada belajar SENI, setiap kali aku ada keje SENI, aku mesti suruh ABAH or MAMA yang tolong buatkan, so sampai sekarang tangan aku niey KAYU sikit.. buat benda2 yang melibatkan keKREATIFan ni kurang sikit.. kalau nak tolong FIKIRkan benda KREATIF then orang lain yang tolong buatkan, memang boleh sangat2 tapi kalau tangan aku yang buat sendiri, aku rasa hancur kot benda yang aku kena BUAT tuu,hahaha..tapi untuk PERTAMA kalinya dalam hidup aku TOLONG buat HIASAN MAKANAN untuk pengantin, memang LAWAK sangat2, aku nie dahlah KAYU, setakat tolong masak TAKDE hal lah sangat, tapi bab2 HIASAN niey memang fail lahh kan, MERAPU jea jadinye wey..hehe.. tengok lah hiasan yg entah pape aku buat niey tau, tak chantekk pun, rasanya kalau masuk PERTANDINGAN nie awal2 lagi dah kena REJECT kott..haha..
haha, nie jea makanan yang aku mampu buat doe, yang hiasan buah-buahan tu semua MAMA yang buat, kalau yang tu aku jugak yang buat, aku rase tinggal kulit jea buah TEMBIKAI yang kena ukir tu..tengok weh, cam KAYU tak, masakan punyalah okay, tapi hiasan entah pape la yg aku tempek kat situ..haha..takpe2, yang penting DAPAT jugak experience :D
p/s: tolong jangan gelak ea, aku sekeh kang..HAHAHA :p

KENDURI wif KAMPUNG style :)

Ehem2, disini saya nak mengumumkan ketibaan PUAN SRI tutt tutt..haha.. eh2, jangan tukar BLOG lain, anda masih berada di BLOG yang betul lahh, tapi saje je nak mengada sikit..haha.. btway, just tengah RIANG RIA je nieh, tu yang macam tak berapa nak betul sangat tuu.. haha.. hum, JUMAAT lepas kan cuti 1 MALAYSIA, so selamat hari 1MALAYSIA, walaupun dah lepas, just nak cerita apa yang aku buat time tu jea.. hehe.. hum, ni macam sambungan cerita KAMPUNG TIME nie haa.. aku balik sebab nak tolong my COUSIN nak KAWEN.. hehe, seronok lahh sebab dapat experience truly orang kampung buat KENDURI, kalau kat bandar mana dapat style RAWANG, nak MASAK ramai2 tu, tapi aku dapat experience semua tu kat sini.. memang best.. AKU dapat tengok meriahnya orang kampung buat kerja, sembang sambil2 tu dapat BERAMAH mesra, memang penuh dengan KERJASAMA lah..haa, aku taknak banyak cerita, korang tengok sendiri pic2 yang ada nieyh eah, tapi pic2 niey bukan aku yg amik eah, aku sibuk membantu di DAPUR,hehe.. :D
 gotong- royong pagi kenduri masak makanan..
 ni haa orang2 kampung yang memasak, terbaekk betul masakan diorang.. :D
 Makcik2 nie tengah meREWANG plus bersembang..hahaha
 tu diaa, orang yang bertanggung jawab memasak nasi untuk kenduri niee :D
 eh,eh sape pulakk dahh niey, aku tak kenal pn, orang kampung yg datang tolong kot. (bukan aku yang amik pic nie ea)..hehe.btway, encem tak?.. :p
 tengok simple je pelamin weh, tak membazir pn, seronok tau, create sendiri.. aku tolong jugak, tolong TENGOK jea, hahaha... btway, congrats to PENGANTIN..(nanti kawen,aku nak duduk atas lantai je, jimat budget) hahaha :)
 ponn, ponn pengantin pun nak amik gambar jugakk.. :D
ni haa siblings my mum, 9 beradik woo, meriah sangat, kalau dah makcik pakcik aku pn ramai so my COUSIN pun bertambah2 ramai lah kan..hahahaha
p/s: seronok sangat dapat attend kenduri nie, walaupun sekejap sebab tergesa2 ada hal tapi aku dapat jugak experience 2 hari kat kampung.. SPECIAL thanks to all my cousin aku yang ramai terdiri dari LELAKI tu, korang memang rajin sangat2 sampai aku takde keje nak buat, semua korang yang buat kan.. SENANG sangat dengan cousin2 aku yang sangat2 RAJIN dan HENSEM2 tuuu :D

KAMPUNG time.... :D

walaweh, lame giler lah tak DAPAT balik KAMPUNG.. last aku balik pun tahun lepas, tu pun kejap je, SEHARI.. pergh, kali nie memang best SANGAT lahh.. dapat experience MACAM2 sebab ada event.. aku yang  DRIVE dari PERAK ke KEDAH sebab aku balik bertiga je ngan ma and adek..then time sampai uh sempat shopping lagi, memang murah giler lah berbanding harga kat SINI kan, yelah AREA2 kampung kan, pakaian2 pun berkualiti sama je macam kat sini, tapi yang seronoknya sebab murah sangat, harga kat bandar nie kadang2 harga 2,3 kali ganda yang asal.. PUAS sangat2 dapat shopping dengan MAMA and also WIF my ADEK..hehehe..eh2, dah tertukar TOPIK shopping lak, balik ke topik yang asal eah, aku balik kampung then pas SHOPPING tu terus tuju ke rumah sedara aku, almaklumlah aku dah takde ATUK dengan NENEK,so rumah sedara mara jelah tempatnya, nasib baik lah SEDARA2 adik beradik MA semua duduk dekat2, mama je tercampak jauh sikit ke perak.. hehe.. MERIAH giler weh rumah diorang, kalau dah ramai2 tu memang nak PECAH rumah bila semua gelak2.. seronok sangat2 lah, bahagia nye rasa.. BTWAY, apa yang paling seronok bila duduk kampung is AIR c0z time mandi memang sejuk giler, tak tahan doe, memang keras tulang2 aku neiy, pastu time malam pukul 2,3 pagi tu dah start SEJUK sangat2, tak payah bukak aircond pun weh, kalau aku kat bilik sendiri time tu rasanya sejuk aircond je..haha.. memang seronok sangat suasana kampung..pagi2 lagi dah dengar bunyi ayam berkokok, then dengar burung2 berkicau, NYAMAN sangat2, tenang je rasanye, rasa JAUH sangat dari masalah.. SERONOK!!
p/s : haaaa, entah bila dapat BALIK kampung lagi niey.. :D

SEDAR tak SEDAR..

SEJAK dua MENJAK before tidur mesti aku terfikirkan percakapan aku.. entah la, aku rasa tak SEDAP HATI, rasa banyak terlalu banyak benda tak ELOK yang aku ucapkan senang lenang je.. murah sungguh KATA-KATA yang lahir dari bibir aku ni kan.. KADANG2 aku sendiri tak sedar benda yang aku cakap, yang aku cerita... AKU pasti korang pun takkan sedar BENDA2 macam nie kan, cuba duduk sejenak then FIKIR balik kata ucapan korang dalam sehari nie.. memang semua benda yang kita cakap tu baik2 je, takde masalah pun kalau orang lain dengar, tapi fikir balik mungkinkah terselit satu or dua perkataan yang tak ELOK kan..  hum , so now on, nak aku harap sangat dapat ubah diri and dapat "FIKIR DULU B4 CAKAP".. okay kan.. :D
p/s : nak mintak maaf pada sesiapa yang terasa dengan kata2 aku selama aku hidup niey, kita semua manusia biasa, sentiasa melakukan kesalahan kan.. hopefully jangan simpan dendam eah.. :)

Tuesday, September 13

ASSIGNMENT yang BERLAMBAK.. :(

Uhuiii.. PENAT sangat2 minggu niey, gara2 nak SETEL kan semuanya awal2 coz nak BALIK awal, so kena WORK HARD lahh sikit..  bayangkan lah kena siapkan 4 ASSIGNMENT dalam masa dua hari, kalau NIPIS takpe lah jugak, TAPI tebal giler lahh, dah macam buat TESIS pulak aku tengok assigment2 aku niey doe.. dah KEBAS tahap gaban dah jari2 aku ni menaip (taip blog tak penat pulak, hahaha)..  dah jadi PANDA dah mata aku niey wey, tak cukup tido lahh.. KELAS pun nak pack2 aje, tak penah nye nak BATAL pun, penat2..
haa, tengoklah niey assignment aku, tebal tak?,penat lah nak menaip, nak mengedit and segalanya lah, ni baru satu jea, ada lagi banyak.. hum, sory lah, ada part2 kena tutup lahh..hehehe :D

pasni nak lepak2, enjoy raya sebab OPEN HOUSE pun tak habis lagii :D

Wednesday, September 7

such a WONDERFUL DAY.. :D

HARI ni hari paling best dalam sesi PEMBELAJARAN doee. GROUP aku, 'EUPHORIA' is handling a PROGRAM.. wonderful giler lahh.. seronok pulak rasanya weh.. masa DUA JAM yang diberi memang kami gunakan dengan SEBAIK2 nya lah, memang happenig sangat2 EVENT hari nie..
AKTIVITI :
1. SLIDE show
2.tayangan VIDEO
3. kotak BERACUN
4. RADIO buruk
5. PEMBERITA berkepala TIGA
6. SILENT comedy
banyak tak aktiviti kitorang handle, group aku ada 6 orang je tapi handle banyak AKTIVITI..actually this program berjaya dengan jayanya atas kerjasama ALL my GROUP, my class MEMBER and special thanks to our LECTURER, encik AMIR..ni ada beberapa pic untuk korang CUCI MATA..
 ni time aktiviti sedang dijalankan.. terbaekk
sempat lagi nak berposing kan :D
lepas habis aktiviti, sempat lagi buat jamuan HARI RAYA, walaweh meriah sangat2, BEST giler..
sorry eah kawan2, pic tak banyak.. :D

Tuesday, September 6

kata USTAZ tentang CINTA dan PERKAHWINAN.. :D

pagi tadi ada kelas AGAMA, so sambil2 belajar tu ada jugaklah terselit pasal KEHIDUPAN kita sebagai manusia biasa and the MOST interesting topic is about KAWIN.. yeah KAWIN, kata ustaz dah tak pelik lagi untuk kitorang semua berbincang or TAU lebih dalam pasal KAWIN.. apa lagi, memang GAMAT lah kelas time PERBINCANGAN pasal kawin, semua seronok, EXCITED giler aku tengok muke sorang2..haha.. tak sabar lah tu!!..
kata ustaz :
1. CARI AND BERKAWAN time awal2 belajar ni especially perempuan sebab once dy dah habis belajar, memang susah nak kenal mana2 guys sebab enviroment keje mane same dengan enviroment belajar..korang ingat senang2 je korang nak lalu depan mamat hensem then dia nak mintak no phone korang, nak berkenalan bagai.. harapan lah, entah2 orang tu pun dah ada pasangan hidup..
2. Jodoh ni DICARI or MENCARI.. haa, ni satu lagi persoalan yang menarik, manusia selepas dilahirkan memang diletakkan jodoh masing2 tapi macam mana nak jumpe jodoh tu?.. ramai yang cakap jodoh tu ada kat mana2 tak perlu cari, then ada jugak yang cakap jodoh tu kena cari. so apa jawapanya. ustaz cakap, jodoh memang dah diletakkan bagi setiap orang, tapi macam mana nak dapat jodoh kalau tak pegi cari, takkan nak duduk dalam rumah je, tiba2 jodoh datang sendiri kan.. tak salah nak berkawan masa sekarang nie, tapi jaga batas2 agama.
3. SERONOK ke KAWIN?.. aah, jangan fikir lain oukay.. maksud ustaz aku, seronok ke nak menguruskan rumah tangga, yelah, nak kena jaga suami, anak, makan minum, dan segala benda lah.. tengok orang lain kawin memang lah rasa bahagia je, tapi kalau kita kawin macam mane pulakk??..
4. KAWIN TERPAKSA atau KAPEL TERPAKSA. ni ha lagi satu perkara yang sering sangat orang2 kita buat.. tengok orang lain kapel, nak kapel jugak, kononya nak merasa kapel. then tgk orang lain kawin  bahagia sangat2, sweetnya diorang, lepas tu amik keputusan nak kawin jugak, last2 jadi janda muda..
5. ORANG KAWIN SEBAB APA ea?.. tu lah, kawan2 aku jawab sebab nak kembangkan keturunan lah, nak mengelakkan maksiat lah, semua tu betul, tapi ustaz kata kita kawin sebab nak dekatkan diri pada ALLAH, once kita dah kawin, setiap perbuatan kita bersama suami/isteri is PAHALA. even bersalam dengan suami pun pahala, kalau korang salam cium tangan pakwe/makwe, dapat pahala ke?(ustaz yg cakap)..
6. TAK SALAH kalau bijak.. apa yang dimaksudkan ustaz is kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia, kalau kita bijak and tau batas2 agama kita, tak salah kalau kita nak mula berkawan dari sekarang.. BIJAK dalam menangani masalah and isu nafsu, so takkan jadi masalah pun kalau pandai kawal diri.
p/s : so for gurl out there, sila2 lah mencari jodoh anda dengan segera, bak kata ustaz aku, nanti kalau dah takde tu takde lansung sampai ke sudah, fikir dan renug2 kan.. tak salah mencuba sebab jodoh tu perlu DICARI.. and from today, aku pun nak start searching jugakk.. HAHAHA

berRAYA bersama DSKians :)

yeah, dah balikk ke KAMPUS 'kesayangan' ku semulaa... LETIH, MALAS nak balik tapi nak wat camne, kena balik jugakk lah..1st day class memang lah rasa tak SEMANGAT lansung lahh. tapi time nak habis kelas tu  memang TERBAEEKK lah sebab semua plan nak beraya then ramai pulak yang BAWAK biskut raya..apa lagi, melantak ramai2 la jawapannya wey.. Walaweh best giler habaq hang, rasa HAPPY sangat doe, rasa BAHAGIA dengan 37 famly aku yang GILA2 semua tu weyh..ni aku letak pic untuk tatapan korang. :D
CANDID time, haha, semua tengah sibuk makan and menikmati kesedepan kuih2 tuu :D
yang TENGAH2 tersepit antara gadis2 melayu ni is our MACROECONOMIC LECTURER
p/s : nampak macam biasa2 je, tak menarik, tak banyak makanan tapi kami HAPPY sangat2..sayang korang sangat2, meriah giler lahh time tuu.. :)

BERAYA ke NIH?? :D

sempena dengan HARI RAYA yang masih lagi duk berlansung beberapa hari nie, entri aku masih lagi pasal beraya.. HEHE.. pagi jumaat yang MULIA dan penuh KEBERKATAN tu, aku bangun awal2 sebab pagi2 lagi dah kena handle homestay, almaklumlah bila PARENTS takde kat RUMAH nie, and dah tinggal sensorang, semua benda nak kena BUAT sendiri.. aku handle semua benda alah tu sampai pukul 4 PETANG doe, penat giler.. then tak lama lepas tu aku mula lah rasa panas je duduk kat rumah, yelah dah 4 HARI RAYA aku tak keluar lansung, kawan2 ajak pegi beraya pun aku tak ikut pun weh, aku tinggal je kat rumah sebab penat sangat.. then aku keluar kejap PEGI hantar PRINTER aku yang rosak kat kedai, dah tu otak mulalah asik fikir nak ke mana je.. fikir punye fikir, akhirnya aku DECIDE nak g tepeng, lepas solat asar tu aku terus BLAH sensorang, almaklumlah nak ajak sape je yang ada pun kat situ, semua sibuk duk beraya and balik KAMPUNG,aahh kat kepala aku fikir, biarkan jelah sorang pn, asalkan aku BAHAGIA suda, bertolak dari rumah lepas asar, sampai tepeng nak dekat MAGHRIB, padahal dekat je, tapi JEM punya pasal, aku pun terlekat jugak, haduii.. dah tu, shopping sorang2 lah jawapannye.. aku shopping kejap jea, then time nak balik uh, aku jumpe FUNFAIR doe, sumpah rindu giler nak g tempat tuu..jalan2 tak ingat DUNIA..haha.. tapi yang penting aku PUAS lepas2 beberapa hari asik duk RUMAH jea..
nak pegi FUNFAIR lagi pasniii :D
TAPI ni beraya ke eah, tak kisah laa, da tak dapat p BERAYA pun, dapat g jenjalan shopping2 p0n oukayy jgak :)

berRAYA di DAPUR :(

RAYA tahun nie tak BEST lansung, bukan sebab apa, sebab penat sangat lah aku rasa.. terkejar2 kesana kemari, dah MACAM lipas kudung dah.. balik dari HOSTEL je dah berlambak keje duk TUNGGU aku kat rumah tu, semua benda nak kena buat kelam kabut.. aku tak BELI baju raya pun tahun ni, semuanya GARA2 balik lewat and semua jadi tunggang langgang.. aku pergi tengok baju pun tak BERKENAN, yelah yang cantik2 semua orang dah BUNGKUS, tinggal kat aku yang cam biasa2 je, last2 aku amik keputusan this year, 'NO BAJU RAYA'.. haha, kan senang, tak payah aku penat2 duk fikir dah.. 1st day raya je orang dah penuh giler kat rumah aku, da la yang duk menolong ke DAPUR tu tak ada, just aku and MAK aku je, dari PAGI sampai ke MALAM, time tu hanya TUHAN jelah tau betapa penatnya nak melayan, raya ke2 and ke3 pun camtu jugak weh, kadang2 tu sampai TENGAH MALAM baru tetamu balik.. aku ni asik TERCANGOK je kat dapur tu, and yang paling best lah kan, aku beraya di DAPUR with SHIRT and KAIN BATIK for this year.. memang terbaik lahh kan.. hahaha..pastu nak dijadikan cerita, petang raya ke3 tu PARENTS aku nak balik kampung, dah tu kawan2 aku nak datang PLUS pulak HOMESTAY kitorang tu takde sape nak jaga, then apa yang jadi is MAK aku cakap 'kamu tak payah balik lah, jaga homestay, lagipun kawan2 nak datang kan'...SEDIHH gilerr wa cakap lu, aku dah kemas barang2 nak balik kampung kot, dah dua tahun aku tak balik, tiap2 tahun kena tinggal beraya sensorang, SABAR jelahh doe.. ahh, tapelah demi MA dengan ABAH, terjun bangunan pun aku sanggup asalkan diorang boleh gembiraa.. :D
 
p/s: tahun depan nak beli baju raya awal2..hahaha.. btway di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN oukay..salah silap harap dimaafi yea :D

Saturday, September 3

kau LELAKI GATAL !!

ahh, kejadian yang BERLAKU 4 hari sebelum raya yang BETUL2 buat aku rasa JIJIK, n GELI dengan lelaki tua miang tak sedar diri tuuh..HUHU..sumpah aku tak akan LUPA kejadian niey.. lelaki ni or lebih senang yang aku panggil 'PAKCIK' jelah kan, dia ni umur dah nak dekat 50 lahh, and senang citer dia ni orang kejiranan PERUMAHAN lame aku dulu, aku takde lah rapat or kenal sangat just parents aku je yang kenal, yelah orang tua2 kan TAPI dia nie jenis makan PUJI sikit.. asal orang PUJI or menggatal dengan dia, dia boleh bagi discount 100% pun, dia ni BUKAK kedai printed Tee.. hum, nak dijadikan cerita, malam tu aku pegi KEDAI dia sebab nak teman adik aku beli t-shirt, then time kami PEGI tu orang RAMAI gilerr lah, pilih punye pilih sampai tak SEDAR yang dah tiggal kami berdua je kat situ, DIA pun mulalah dengan agenda kegatalan dia tuu....tanya aku bila NAK KAWIN? suh kawin dengan dia lah, siap paggil aku 'DARLING' lagi, JIJIK tau takk.. siap puji aku lagi 'kamu ni cantikk la, jom kawin ngan aku jelah' Eee, sorry key, aku bukan jenis yang makan puji, kena puji sikit dah cairr..hum, da laa dia datang berdiri sebelah aku RAPAT2 then bila aku toleh je dah dekat muka dengan aku, SUMPAH GELI doee.. okay,aku sabar lagi, then time nak bayar tu dia PEGANG ramas2 tangan aku wehh, dah tu merayap ke bahu, then aku apa lagi, aku cepat2 TEPIS then BLAH terus..time tu hanya tuhan jelah yang tau perasaan aku weh, aku HORMAT dia as ORANG TUA, but dia sedap2 nak pegang aku.. sorry to say, aku before ni pun penah ade BF, tapi sikit pun aku tak izinkan sentuh aku doe, ni tetiba ada pulak PAKCIK tua tak sedar diri niey pegang2, entah2 calit MINYAK pengasih kat aku, ish mintak simpangg laa weh.. aku taknak lah weh, bukan aku ni egois or tak open minded tapi tak SOPAN lansung TINDAKAN dia.. nak pegang p la pegang bini kat rumah nun..anak2 dah la berderet2..GERAM betul rasenye, rase nak bagi pelempang jee doee..

p/s: sampai sekarang aku FOBIA dengan lelaki tua, tak hensem and botakk tuu.. sumpah jijikk.. aku bukan nak mengaibkan diri sendiri or that pakcik tapi aku rase for those gurl kat luar sane, beware dengan sesape pn skarang, even yang kita kenal pun boleh buat macam tu, yg tak kenal lagi lah macam2 jadi nye..