Thursday, June 7

MELALUI hari-hari yang membosankan sebagai 'SURI RUMAH' tak bertauliah..

praktikal dah habis tiga minggu lepas, now duduk RUMAH jelah without any aktiviti.. dah jadi 'SURI RUMAH' sepenuh masa tau sekarang.. bangun pagi wat kerja rumah sampai ke TENGAHARI then masak tengahari untuk mama dan adik (dah macam berkeluarga pulak sekarang).. hehe.. petang lak berBISNES sampai tak ingat dunia, then malam pulak duduk dalam bilik lepak SORANG2 ataupun melangkah ke homestay untuk setel kerja.. itulah rutin harian aku tiap-tiap hari sekarang.. BOSAN!! tapi nak buat macam mana, nak try pergi kerja mama pulak tak bagi sebab dia suruh jadi pengurus dekat rumah je, tapi tetap bosan jugak.. tapi yang peliknya, KAKI aku ni tak pulak la rajin nak pergi jalan merata-rata.. nak KELUAR dekat2 sini pun sekarang dah jarang sangat tau.. kalau sesiapa yang dapat KELUAR dengan aku tu memang BERTUAH lah sebab since aku dah habis praktikal ni memang boleh kira berapa kali je aku keluar berjalan.. nak keluar pun aku memilih orang jugak, dengan orang yang betul2 aku PERCAYA and betul2 nak KELUAR jelah, kalau tak memang tengok aku terperap je dekat rumah  ni.. Actually bukan taknak keluar berjalan tapi macam takde BENDA yang best nak dibuat.. nak pergi HOLIDAY pun tak boleh jugak sebab sekarang aku sorang je yang cuti, semua famly aku sibuk jugak dengan kerja diorang.. aku duduk dalam rumah jugaklah jawapnye.. =D
 
p/s : sebulan lagi nih dekat RUMAH, nak watpe eah?.. =)

Wednesday, June 6

Photoshot.. =)


First time PHOTOSHOT.. tak pandai nak bergaya2 la haih.. haha

hadiah BIRTHDAY plus hadiah PERPISAHAN..

masih ingat pada entri LEPAS yang cerita pasal  HAPPY BIRTHDAY TO ME tu tak.. kan aku ada cakap nak UPDATE pasal hadiah2 yang aku da terima, so its time.. hehe.. tapi kan, aku bukan nak cakap pasal hadiah bufday je, nak cakap pasal hadiah majlis PERPISAHAN sekali lah.. yelah, aku abis PRAKTIKAL pun sebulan lepas hari lahir aku, so takde lah lama sangat pun kan.. bukanlah nak RIAK tapi ni FIRST time dalam hidup aku dapat hadiah banyak2, walaupun taklah sampai penuh rumah tapi aku really APPRECIATE all the present coz setiap present tu boleh buat aku sentiasa ingat pada pemberinya kan.. kalau korang nak tau, aku dapat 3 BIRTHDAY present dan 14 hadiah PERPISAHAN, so kesimpulannya 17 hadiah la.. tapi nape tak 20 kan, kalau tak, dah sama dengan UMUR aku dah, hehe.. SETIAP kali aku tengok hadiah2 tu, mesti teringat kat OFIS lah, seyes rindu suasana kelam kelibut dengan banyak kerja kat ofis tu.. tapi apa kan daya, nak melawat ke ofis malu lah pulak.. huhu.. takpe, tutup cite ofis, kita bukak cite pasal HADIAH balik.. tapi nak cite ape ek pasal hadiah ni, cm takde cite pulak.. tapi sory coz aku takde PICTURE hadiah2 aku tu semua, aku dah puas photoshot cantik2 semua hadiah yang aku dapat tu untuk masukkan dalam BLOG ni tapi ada sorang manusia yang cuba menyakitkan HATI aku sebab dia pegi padam semua gambar2 hadiah yang aku da amik tu, kalau nak tangkap pic lagi sekali memang takkan lah, sebab aku dah bukak SEMUA hadiah2 tu.. sakit hati je.. tapi takpe, salah satu hadiah yang aku dapat tu is CHOCOLATE cadboury, layan je dapat makan chocolate tu tau, COOL sikit hati aku neh.. hehe

p/s : hadiah yang paling LATEST, ada orang belanja aku tengok WAYANG, seronok2.... hehehe =D

Tuesday, June 5

TAMAT sudah PRAKTIKAL aku.. =(

dah sebulan dah aku habis PRAKTIKAL, tapi disebabkan ada KOMITMEN pada banyak benda, so tak sempat nak UPDATE pun pasal life aku kat tempat KERJA..

hum, dah LIMA bulan berlalu kat tempat PRAKTIKAL, tak sedar pun lah.. Rasa macam baru je masuk kerja and baru je nak KENAL ngan lebih rapat orang dalam ofis, tapi dah habis PRAKTIKAL so kena angkat kaki lah, tunggu apa lagi kan, kang tak pasal-pasal kena PERAMBAT ngan lecturer pulak.. haha.. SEYESLY time last day praktikal tu rasa tak senang duduk, kekadang tu rasa hepi sebab dah habis, yelah tak payah lagi nak bangun awal pagi, means after solat SUBUH tu boleh la tidur kejap or duk baring-baring kat katil dulu kan.. but dalam masa yang sama rasa sedih coz nak tinggalkan OFIS and ofismate aku tu semua.. memang la kenal pun tak lama, tapi LIMA bulan tu cukup rasanya buat aku rasa macam duduk dalam one HAPPY family.. walaupun banyak benda PAHIT MANIS yang aku tempuhi tapi semua tu pengalaman bagi mengajar aku ERTI kehidupan sebenar dalam menjalani kehidupan sebagai seorang PEKERJA suatu masa nanti.. last day kat tempat kerja tu banyak buat AIR MATA aku yang berharga ni jatuh setitis demi setitis, walaupun aku tak sanggup nak tinggalkan OFIS tapi aku perlu sebab setiap PERTEMUAN tu pasti ada PERPISAHAN kan.. walau sedih macam mana sekalipun aku terpaksa merelakan diri aku untuk MELANGKAH kaki keluar dari kawasan kolej tepat jam 6 petang last day tu.. rasa BERAT hati tapi tak mampu nak berkata-kata.. terpikir pulak pada hari isnin MINGGU akan datang tu, macam manalah keadaan ofis tanpa aku kan.. BTWAY, tak mau nak tulis panjang2 pasal MAJLIS perpisahan aku petang tu coz semakin aku kenang, semakin sayu rasanya, silap-silap buleh menangis SEBALDI ni karang.. ahha, special THANKS kepada semua warga Jabatan Pengurusan Korporat KISDAR dan juga seluruh warga KISDAR yang banyak memberi tunjuk ajar untuk aku menyelesaikan segala tugas yang telah diberikan.. thanks sangat dengan KERJASAMA yang diberikan kalian.. Thanks sebab bagi pelbagai ILMU yang bermanfaat pada saya dan thanks jugak coz melayan budak PRAKTIKAL yang banyak kerenah plus banyak cakap macam saya nihh.. hehe.. JASA kalian takkan dilupakan sampai akhir hayat

p/s : semoga kita BERJUMPA lagi ye dilain tempat =)

Monday, June 4

LAMA sudah tak BERBLOGGING..

yuhuu, dah sebulan lebih rupanya aku tak UPDATE lansung entri kat BLOG kesayangan aku ni kan.. DUNIA blog aku ni skang da macam hidup aku, ada turun naiknya, MEANS ada masanya aku sangat FREE untuk update blog sampaikan tak tau nak TULIS apa dan ada masanya aku lansung TAK ADA masa untuk update pasal LIFE aku.. tik tok, tik tok, tengok2 dah sebulan lebih dah tak update blog, tak terasa pun MASA berlalu weh.. hehe.. ACTUALLY since last entri yang aku tulis tu, aku SIBUK sangat dengan PRAKTIKAL and LAPORAN akhir praktikal aku tuh.. tu lah, padan muka aku jugak sebab gatal buat LAPORAN last minit, kelam kelibut jadinya.. LEPAS dah siap LAPORAN kena balik SELANGOR pulak untuk PRESENTATION and hantar laporan lak.. sibuk punya sibuk sampai SEBULAN lah jadinya.. so now cam agak free sikit, walaupun dah jadi HOUSEWIFE sepenuh masa kan, masih try curi2 masa nak tulis BLOG lagi.. hehe

p/s : wait for the next ENTRY yea..