Tuesday, June 5

TAMAT sudah PRAKTIKAL aku.. =(

dah sebulan dah aku habis PRAKTIKAL, tapi disebabkan ada KOMITMEN pada banyak benda, so tak sempat nak UPDATE pun pasal life aku kat tempat KERJA..

hum, dah LIMA bulan berlalu kat tempat PRAKTIKAL, tak sedar pun lah.. Rasa macam baru je masuk kerja and baru je nak KENAL ngan lebih rapat orang dalam ofis, tapi dah habis PRAKTIKAL so kena angkat kaki lah, tunggu apa lagi kan, kang tak pasal-pasal kena PERAMBAT ngan lecturer pulak.. haha.. SEYESLY time last day praktikal tu rasa tak senang duduk, kekadang tu rasa hepi sebab dah habis, yelah tak payah lagi nak bangun awal pagi, means after solat SUBUH tu boleh la tidur kejap or duk baring-baring kat katil dulu kan.. but dalam masa yang sama rasa sedih coz nak tinggalkan OFIS and ofismate aku tu semua.. memang la kenal pun tak lama, tapi LIMA bulan tu cukup rasanya buat aku rasa macam duduk dalam one HAPPY family.. walaupun banyak benda PAHIT MANIS yang aku tempuhi tapi semua tu pengalaman bagi mengajar aku ERTI kehidupan sebenar dalam menjalani kehidupan sebagai seorang PEKERJA suatu masa nanti.. last day kat tempat kerja tu banyak buat AIR MATA aku yang berharga ni jatuh setitis demi setitis, walaupun aku tak sanggup nak tinggalkan OFIS tapi aku perlu sebab setiap PERTEMUAN tu pasti ada PERPISAHAN kan.. walau sedih macam mana sekalipun aku terpaksa merelakan diri aku untuk MELANGKAH kaki keluar dari kawasan kolej tepat jam 6 petang last day tu.. rasa BERAT hati tapi tak mampu nak berkata-kata.. terpikir pulak pada hari isnin MINGGU akan datang tu, macam manalah keadaan ofis tanpa aku kan.. BTWAY, tak mau nak tulis panjang2 pasal MAJLIS perpisahan aku petang tu coz semakin aku kenang, semakin sayu rasanya, silap-silap buleh menangis SEBALDI ni karang.. ahha, special THANKS kepada semua warga Jabatan Pengurusan Korporat KISDAR dan juga seluruh warga KISDAR yang banyak memberi tunjuk ajar untuk aku menyelesaikan segala tugas yang telah diberikan.. thanks sangat dengan KERJASAMA yang diberikan kalian.. Thanks sebab bagi pelbagai ILMU yang bermanfaat pada saya dan thanks jugak coz melayan budak PRAKTIKAL yang banyak kerenah plus banyak cakap macam saya nihh.. hehe.. JASA kalian takkan dilupakan sampai akhir hayat

p/s : semoga kita BERJUMPA lagi ye dilain tempat =)

No comments:

Post a Comment