Saturday, September 27

My LIL SISTER yang fobia dengan roundbout bila aku drive..

aku tak tahu samada ni LAWAK atau tindakan bodoh aku sebenarnya.. hihi.. actually, aku ada adik perempuan yang belajar MEDICINE dekat Royal College of Medicine Perak ni dan dia wajib duduk HOSTEL yang disediakan pihak institusi.. dari RUMAH yang aku duduk nak pergi dekat hostel dia almost 30 minit jugak la then aku ni memang jenis penyayang sikit so mostly seminggu akan ada dua tiga kali aku bawak dia keluar.. then yang PART paling aku tak suka bila tanya dia nak pergi mana or nak keluar atas urusan apa dia mesti akan cakap tak tahu, bukan sekali dua aku kena tapi dah berkali-kali hokayy.. aku GERAM, sebab rumah kitorang jauh then if nak kuar, dengan harapan nak setelkan segala benda yang dia susah nak DAPAT or setel sebab susah keluar hostel tak ada transport.. contoh macam BELI barang ke, nak beli makanan ke or just jalan-jalan.. so DIPENDEKKAN cerita, bila jawapan aku dibalas dengan TAKTAHU dan buat muka tak besalah main HENFONE.. hangin lah aku kan.. tapi masalahnya bila aku hangin, dia buat bodo je macam aku takde perasaan.. (okay, sorry terkutuk sikit, haha).. then sekarang aku dah tahu macam mana nak buat bagi dia bagi jawapan betul-betul nak pergi mana.. caranyaaa senang je ha, dekat dengan rumah dia ada satu ROUNDBOUT besar tau.. aku ugut, aku cakap kalau taknak bagitau nak pergi mana aku pusing roundbout ni sampai dia cakap nak pergi mana.. dia memula ingat aku main-main tau, dia buat bodo je main henfon.. aku buat muka poyo aku pusing je roundbout tu sekali, dua kali then nak masuk tiga kali dia JERIT sambil tangan tunjuk satu jalan suruh masuk situ.. haha.. ingat aku malu ke nak pusing roundbout banyak-banyak kali, aku TAKMALU hokay.. aku tak kisah orang nak tengok kereta aku, nak catit nombor plat sekali pun aku tak kisah! haha.. tapi aku tau dia malu sebab risau terserempak dengan kawan-kawan dia cakap aku gila pusing roundbout banyak-banyak kali.. puas hati aku, hilang terus SAKIT HATI then boleh pulak aku gelak sebab dia jerit sambil gelak-gelak.. tula, sape suruh jawab tak tahu bila aku tanya nak pergi mana.. even sekarang pun, kadang-kadang dia terlupa dan still jawab tak tahu, aku PUSING roundbout banyak-banyak kali.. haha.. aku kakak yang jahat kan? bukan sebab apa, kekadang tu geram tau, kalau tengok henfone bukannya dia dengar apa aku cakap.. macam la dalam henfone tu ada emas berjuta ha.. hahaha.. rasakan kau dik..
gambar ehsan mr.google

BOLEH dipraktikkan pada bf korang (if korang yg drive) or praktikkan pada kawan-kawan yang bila ditanya nak pergi mana tapi dijawab tak tahu.. hentam je pusing roundbout dua tiga kali sampai dia cakap.. haha

Thursday, September 25

Perempuan dan dot dot dot ...

bila dah START runsing dengan kerja dekat ofis plus dengan NOTA belajar, aku mulalah merayap dekat BLOG yang ada then update blog sendiri nih.. actually tetiba teringat KELAS minggu lepas.. kelas ECONOMIC.. lecturer boleh tahan agak lawak, dan jugak best sebab cara dia mengajar yang sangat awesome.. then, tetiba hati terpanggil untuk update entri pasal kelas haritu.. majoriti CLASSMATE aku perempuan, so banyak benda yang diajar dikaitkan dengan perempuan.. ekonomi? haruslah belajar tetang penawaran serta permintaan kan? korang pernah belajar ekonomi tak nih? aku dah pernah belajar time DIPLOMA dulu tapi masalahnya aku banyak makan SEMUT! dalam erti kata lainnya aku jadi pelupa lah, yang amat pulak tu.. haha.. okay sudah, den nak cerita pasal perempuan dan dot dot dot yang sebenarnya.. dot tu merujuk kepada TABIAT sebenarnye.. actually, my lecturer cakap perempuan memang dilahirkan dengan nafsu kuat MEMBELI ( menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap pasaran, ada kaitan dengan ekonomi ye).. dia sendiri mengaku yang dia ada lebih 10 pasang kasut dan beberapa buah ALMARI tudung dan pakaian.. ohh noo.. terkezut den! pastu dia tanya satu kelas, siapa yang ada kasut banyak dan baju banyak.. SEMUA budak perempuan angkat tangan kecuali aku! aku bertambah terkejut tapi yang LAWAKNYA diorang lagi terkejut tengok aku tak angkat tangan.. haha.. yes, disini aku nak MENGAKU yang aku hanya ada 2 pasang KASUT, 1 pasang SELIPAR dan 1 pasang SPORT SHOES.. aku tak pandai la ada kasut banyak sebab tak tahu nak pakai yang mana nanti.. kawan aku pernah gelakkan aku sebab BONET kereta kosong gila.. dia cakap, dia tak pernah tengok bonet kereta orang kosong macam bonet kereta aku, especially perempuan mesti penuh kasut dalam bonet! oh tidakk, aku pembersih orangnya ye, kasut aku yang 4 pasang ada tu pun aku simpan elok2 dekat rak kasut rumah aku.. baju? tak payah cerita la, baju aku satu almari KECIK tu pun tak PENUH lansung.. banyak lagi ruang boleh sumbat.. yang mana baju aku tak nak PAKAI, aku sedekah dekat rumah anak yatim atau orang miskin.. kalau simpan pun bukan nya nak pakai.. aku dari kecik lagi, sampai lah sekarang dah DUDUK sendiri aku tak pernah penuhkan almari.. pakaian aku, termasuklah tudung, baju besar, baju kecik tak pernah penuh almari.. sebab aku ni jenis tak suka BAJU banyak-banyak sebab nanti susah pilih plus rasa macam taknak pakai baju.. hahaha.. untuk pengetahuan korang, almari aku KECIK je.. lebar SEDEPA dan tinggi DAGU aku je.. kecik right? yesss! hahaha.. siapa tak percaya? sila angkat dagu.. anda perlu percaya kerana semuanya BENAR belaka.. hihi.. sekian untuk kali ni.. =)

takde gambar ehsan dari aku untuk tatapan uolls ye.. haha

Monday, September 22

1st SEMINAR DEGREE.. perjalanan yang awesome!

syukur, syukur sangat akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.. 1st SEMINAR for degree course.. hari sabtu bergerak ke KL lepas habis kerja, alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walaupun hujan LEBAT yang amat.. oh ha, banyak sangat eksiden time aku on the way ke KL tu.. maybe sebab diorang bawak laju sangat kot, kebanyakkan nya terbabas sendiri gara-gara jalan licin hujan lebat.. semua kereta MEWAH pulak tu, tak sayang kereta ke uollss?.. so jangan bawak laju time hujan ye, bawak macam aku je 100km/h , haha.. sampai je KL terus tuju ke CHERAS untuk dinner bersama kawan tersayang, cewaaaahh.. actually, teringin sangat sangat sangat makan steambot, sungguh-sungguh nak tapi hampa coz steambot cheras TUTUP! nanes laju2.. then, boleh pulak nak dinner ni aku naik hangin sebab tak dapat steambot plus nak makan western yang masuk JJCM tu tapi parking TAKADA! haish, memang hangin lah satu badan.. dah la penat dari jauh, nak itu takdapat, nak ini takdapat.. ok FINE, aku terus pergi langat.. cari makan kat situ dengan muka BENGANG.. makan je ape ada haih, dah la lepas tu nak kena shot ke PUNCAK alam pulak, sejam gak tu.. sian member kena marah tak pasal-pasal dengan aku malam tu sebab punca makanan je.. lepas makan dengan LAHAPnya aku terus shot pergi puncak alam pulak, sebab TAJAAN tempat tidur kat puncak alam nun.. so terpaksalah kesana untuk merehatkan otak dan badan.. sampai-sampai je takde tunggu ape dah ha, mandi then sembahyang pastu iron baju terus tido! letih woo.. Esoknya pagi-pagi dah bangun mandi sembahyang then gerak ke UiTM puncak alam.. gila awal doh, pukul 7.50 aku dah terpacak kat dalam UiTM tu.. nasib baik tak sesat noks, sebab U tu besar.. kalau salah masuk dah kena pusing-pusing lagi banyak kali.. so,datang awal.. nasib baik ada orang GUIDE, terima kasih kepada guidance tu ye.. aku masuk KELAS tepat jam 8.15, awal 15 minit sebelum lecturer.. baik kan dapat student macam aku ni ha, okay kelas pun start bla bla bla sampai tengahari stop untuk solat.. aku SOLAT tapi tak makan tengahari pun, risau if aku keluar nanti lambat masuk.. so tahan aje lah perut yang KOSONG dan lapar ni dari pagi, kafe uitm ahad tutup ye anak2 sekalian.. lepas kelas pukul 6.30, KELIBUT pergi kat kereta then shot kedai makan, pukul 7 PETANG baru nak makan.. dah macam puasa pulak, kalau puasa pun dapat PAHALA kan.. huhu.. pukul 8 bergerak balik IPOH, memang mentally dan pysically PENAT sangat.. tapi takpe, demimu ILMU akan kugagahkan juaa.. sekian, sampai rumah pukul 11 sebab berhenti dua kali untuk solat dan tidur kejap sebab mata berat.. hihi..
okay, hakak belanja gambar sikit.. gambar first time ATTEND kelas degree.. fesyen ibu-ibu sangat kan.. takpe2, baru first time kena skema sikit.. tengok next kelas jadi ibu-ibu lagi tak.. trending sangat aku pakai tudung senget! haha

Saturday, September 20

duit keluar macam ayaq liuq aihh!

DEWASA ini, wang merupakan perkara terpenting dalam hidup, ia merupakan satu perkara dimana kita memerlukan wang untuk pelbagai urusan kita sehari-hari ( okay, poyo sangat intro kali ni) .. haha.. bab duit ni memang sensitip sangat kan, boleh buat gadoh woo kalau orang pinjam duit kita takmau bayaq.. tapi ini bukan isu kali ni, isu nya nak habaq pasai pa duit keluaq macam ayaq sangat la ni.. keluar loghat utagha aku ha.. dapat duit je habis, dapat je habis.. sekarang ni semua barang nak MAHAL je, makanan pun makaih macam makan kat obersea.. pergi pasar, beli barang DAPUR je sekali pergi mesti habis almost seratus.. gila babeng barang sekarang punya harga, kopak nak bayar.. aku sorang jeke rasa ni? or ada orang lain lagi yang rasa jugak harga barang sekarang.. yang tak pernah belanja beli barang rumah tu sila jangan jadi pengulas sebab korang takkan faham orang-orang yang berjiwa ibu macam aku ni (eh, bila kawen?) .. aku ni suka pergi beli barang dapur, tak kisah la dekat PASAR basah ke, dekat TESCO ke, MYDIN ke, asal ada barang dapur je semua pun boleh ha.. actually semua yang aku beli memang KEPERLUAN, memang untuk kegunaan dapur.. orang boleh cakap, okay CUT sikit perbelanjaan dan beli yang mana perlu.. tapi masalahnya semua perlu okay! dah tu kalau pergi pasar, even buat list pun dah bajet cukup2 RM50 pun, mesti akan ada jugak overspending.. padahal dah ikut PLANNING list tu dah.. (orang pasar tak reti kira, or aku tak reti kira eh?) haha.. I WISH I had a very BIG money tree!!! boleh la belanja satu kampung kan.. hihi

Friday, September 19

SAMAN memang tak dapat dipisahkan!

Dah 7 tahun ada lesen MEMANDU kereta dengan motor, tapi aku ni ade penyakit sebab sentiasa lekat dengan saman! susah la jadi orang cuai ni, setahun mesti ada dua kali kena saman.. ahh SUFFER nya rasa.. tahun lepas kena saman seat belt dan SAMAN aes dua serentak hari yang sama dan waktu yang lari 10 minit je.. oh sangat SADIS yee.. tahun ni kena saman aes kat bangi dan the latest one is saman LAMPU isyarat! woii, lampu isyarat tu kuning lagi tau bila aku lepas tetiba kamera tu klik2 gambar nombor KERETA aku.. melayang duit, melayang oh melayang ku terbang.. rasa nak nangis tau time kena tu.. yelah dah lewat pagi, aku balik lambat gara-gara nak setel kerja bisnes aku tu, then MENGANTUK yang amat.. yelah, aku expect takde kereta dekat traffic light kan, then dah hijau kelip-kelip sebelum tukar ke MERAH, aku jalan laa.. tapi tetiba tukar kuning then argghh gambar KERETA aku ditangkap! rasa macam nak je aku berhenti pergi turun sepak tiang kamera tu, tapi fikirkan nanti kaki aku yang akan sakit so aku BATALKAN niat murni aku tu.. haha.. tunggu ajelah SURAT saman tu sampai.. kalau taknak bayar boleh tak eh? .. haha.. gambar bawah ni aku dapat dari MR.GOOGLE hokay, jangan marah aaa..

p/s: untuk pesanan rakan-rakan blogger, jangan la jadi CUAI macam aku ni.. bawak kereta nak drifter aje, then kalau boleh semua ikut undang-undang sendiri.. haisshh.. 

Friday, September 12

LIEBSTER AWARD!

woot, woot.. okay nak habaq mai ni.. first time kite dapat LIEBSTER AWARD ni ha.. penganugerahan bagi bakat2 baru dalam dunia blogging.. orang yang baik hati memberi ni ha lissadblog .. sila lawat dan follow blog dia hokayy.. =)
LIEBSTER AWARD ni ada peraturan-peraturan yang dah ditetapkan okay :
  • first, uolls kena mentioned blogger yang calonkan korang dan letak link blog orang tu dalam entri uolls.
  • second, kena jawab 11 soalan yang dia tanya
  • third, kena calonkan blogger lain yang follower kurang dari 1000 orang.
  • fourth, buat 11 soalan untuk ditanya pada 11 blogger tersebut
  • fifth, maklumkan pada blogger tersebut

okay, untuk soalan-soalan lisa, kat sini aku bagi jawapan nya okay..

1. Bulan Kelahiran - April
2. Binatang yang ditakuti - Ular
3. Lagu jiwang yang aku suka - A thousand year (lagu jiwang gak kan)
4. Sekolah Menengah terakhir - SMK Raja Muda Musa
5. Warna favourite - Merah, Tiffany blue.
6. Sifat peribadi - Sangat periang, banyak cakap, senang menangis
7. Nama Manja - Jijie (sepupu rapat je yang panggil nama ni)
8. Pelakon pujaan - Tom Cruise
9. Cerita Bollywood yang aku suka - 3 Idiots
10. Program Realiti yang nak disertai - Raja Lawak
11. Kali terakhir menangis - Semalam (kan aku cakap aku kuat nangis)

DONE!

sekarang nak calonkan 11 blogger lain pulak :

Soalan-soalan yang korang kena jawab ade dekat bawah ni ye :-

1. Berapa berat badan korang 10 tahun yang lepas? ingat lagi tak?.
2. Siapa best friend sekolah rendah korang yang masih still contact sampai sekarang?
3. Berapa kali korang pernah fall in love? (soalan maut)
4. Saiz kasut korang berapa?
5. Apa impian korang yang masih belum tercapai?
6. Adik beradik korang berapa orang? korang yang keberapa?
7. Telefon pertama korang apa?
8. Apa cerita hollywood yang korang minat gila?
9. Korang akan menangis apabila ....
10. Kenapa korang suka menulis blog?
11. Perkara paling memalukan pernah terjadi dekat korang apa?

yeay, dah siap semua.. selamat menjawab uolls!

Bersusah susah dahulu, Bersenang senang kemudian

Tahun 2014 ni terlalu banyak benda yang berlaku dalam HIDUP seharian aku,. mula bekerja penghujung tahun 2013, so permulaan segalanya nya jadi tahun 2014 la kan.. tahun ni memang tahun yang mencabar PERASAAN dan JIWA lah jugak.. mula-mula bekerja je, company dah start dengan masalah dalaman orang atasan, okay still rilex dan bertahan,, Alhamdulillah masih boleh bertahan sampai ke harini, see dah 9 bulan dah kerja.. then bila dah surut, berniaga online yang lama pun tiba-tiba bermasalah dan TERKUBUR macam tu je.. mula pening fikir pasal side income, actually sebab nak buat EXTRA saving sebab nak capai sesuatu.. apa? erm, biarlah rahsiaa.. haha.. then, mula balik dengan bisnes online yang lain, jaga MARKETING dan PRODUCTION sendiri.. bisnes kali ni sakit sikit lah sebab produk keluaran sendiri, sampai satu tahap pernah fed up sebab order banyak tapi produk tak dapat keluar.. then convert jadi bisness partner dengan my dear little sister, dia belajar lagi so macam dapat CURI curi masa nak handle stok.. aku kerja macam ni kekadang busy sesangat sampai tak sempat pun nak makan.. okay masalah setel, dan untuk pengetahuan korang aku ada homestay sendiri yang aku handle.. aku stay ipoh, homestay aku di Kuala Kangsar so kena curi-curi masa yang ada time malam balik kk untuk buat cleaning.. penat tu tak payah cerita la, kekadang bila aku balik ofis pukul 5.30 then terkejar-kejar balik ke kk.. sampai kk dah pukul 6 lebih then sembahyang makan dan rehat.. lepas MAGHRIB terus start kerja-kerja then pukul 11 akan shot balik ke IPOH balik.. kalau orang lain, aku sangat pasti takkan buat kerja GILA macam aku kan.. tapi aku TERPAKSA, sebab pekerja-pekerja yang aku ada sebelum ni semuanya buat hal.. taknak datang kerja la, itu la, ini la.. so handle sendiri, PENAT sendiri.. so rutin aku berhari-hari adalah kerja OFIS, then check stok plus pos barang dekat POSLAJU, pastu berkejar untuk cleaning (cleaning seminggu dua kali).. korang rasa camna rutin aku tu? aku tak tau la kalau ada orang yang kerja lebih teruk dari aku kan.. harap-harap yang rutin lagi teruk dari aku tu, tabah dan BERSABAR la okay.. sekarang pulak dah tambah lagi satu tanggungjawab aku.. aku kan sambung STUDY buat degree pjj, so sekarang rutin sehari-hari aku makin bertambah.. tapi aku pegang kata-kata mama aku, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.. bila fikir-fikir balik, betul jugak tu tapi dah tak larat laa.. umur baru 22 tahun, tapi penat kerja macam umur dah 50 tahun.. haha.. over sangat! . yelah, first kerja ofis, then bisnes online, then homestay pastu study! banyak gila kan? eh tapi still got time nak update blog, ini KESUKAAN aku, walau sibuk macam mana pun aku tetap akan cari masa update blog ni.. ritu pergi konvo, aku cerita kat member aku pasal life aku sekarang, dia kata aku gila.. tanya aku tak penat ke? haruslah penat, nak tercabut kaki aku ni tau tak? haha.. havoc sangat kan life aku diusia yang sangat muda ni.. muda ke? haha..
okay, pada yang cakap aku merungut dalam entri kali ni, sila tutup blog aku. haha .. actually, just nak cerita pengalaman hidup dan rutin harian yang sangat sibuk ni.. bak kata BEST FRIEND aku, kau ni TAKDE LIFE KE? dia kata camtu sebab member lain semua duk sibuk hanging out then enjoy time muda-muda camni, tapi aku sibuk dengan kesibukkan yang macam ni.. tapi takpe, bersusah susah dahulu.. lepas aku dapat beli BANGLO sebijik, AUDI sebuah, okay then aku dah boleh duk diam! cita cita nak lebih aje kan, padahal entah la dapat or tak nye haa.. kalau aku kawin dengan orang sanggup support hidup aku tahun depan, okay dah start boleh duduk diam update blog tiap-tiap hari sebab tak payah kerja.. hahaha

Thursday, September 11

segmen ben ashaari : impianku, seorang blogger!

Okay uolls, first time nak masuk segmen ni, segmen impianku seorang blogger oleh BEN ASHAARI.. ye, blogger fofular tu.. hihi.. nak masuk segmen ni kena la ikut syarat-syarat dan peraturan abg ben.. cewaah, macam kenal BERTAHUN lamanya panggil abg2 bagai.. padahal duk jadi silent reader je.. ni peraturan-peraturan yg nak kena ikut :

1. Kena intro serba sedikit pasal latar belakang
2. Cerita kelebihan blog
3. Impian sebagai blogger

Bismillah, aku anak TENGAH dari tiga adik beradik. Mama dan abah aku asalnya orang UTARA, so aku ni anak utara la sebenarnya sebab lahir pun di utara tanah AIR. bepindah ke PERAK waktu aku nak masuk darjah satu. Sekarang aku bekerja sebagai setiausaha am dekat syarikat SWASTA di ipoh, aku pelajar lepasan DIPLOMA POLITEKNIK, alhamdulillah sekarang tengah continue buat pjj dekat UiTM puncak alam. Aku ni cheerfull gila, tapi kuat nangis

Blog ni sepenuhnya ditulis oleh aku, semuanya karya-karya AGUNG yang aku dapat hasil tolakkan dari otak yang suka merepek-repek. sesiapa yang selalu baca blog aku akan tahu aku orang jenis yang macam mana. kekadang bila teringat satu-satu benda pun boleh buat aku tulis blog ni. Pendek kata, BLOG ni tentang soal kehidupan aku sehari-hari lah.

Impian aku sebagai blogger, aku nak jadi blogger yang ramai follower then ramai readers sebab aku suka orang baca penulisan aku. Aku dulu pernah bercita-cita nak jadi PENULIS, pernah menulis novel tapi tergendala gara-gara LAPTOP hilang. So terpaksa kuburkan niat, lagipun tulis novel perlukan tumpuan, kalau tulis blog satu-satu TOPIK tak perlu berhari-hari pun kan. hihi

okay sesiapa yang nak join segmen ni boleh ke blog Ben Ashaari ni ye.. cepat2 tau sebab tamat 11 September 2014 jam 8 malam! ok baii..

Tuesday, September 9

yeay dah konvo!

Alhamdulillah, setelah setahun setengah menunggu akhirnya konvo jugak! memang lambat, tapi puas hati dengan konvo ni sebab setahun lebih tak jumpa kengkawan time belajar dulu, memang RINDU habis la haih.. dapat jumpa, peluk cium semua bagai.. bila dah datang tempat belajar ni, semua benda dapat MENGIMBAU kenangan.. kenangan dalam KELAS, rumah SEWA, then semua pakat dok gosip bagai la.. mengutuk orang pun ada.. ehh, haha.. seronok tak hengat, tak sedar diri cuti dua hari je.. then balik-balik ofis kerja berlambak bertimbun.. nasib lah kan, yang penting aku dapat naik pentas untuk konvo, eh diva pulak! .. tak tau nak cerita macam mana, tapi memang happening habis, dah la homestay yang aku sewa untuk datang konvo tu best yang amat.. owner baik gila, aku checkout pukul 6 petang wey, padahal biasa orang checkout tengahari.. dah buat macam homestay sendiri pulak dah haih.. so bila checkout lambat, banyak la aktiviti aku sementara dekat situ.. tak habis-habis mengimbau kenangan lalu, siap pergi melawat orang KAMPUNG owner rumah sewa aku time belajar dulu lagi ha.. seronok tak kira, macam taknak balik.. see? tak sedar diri kan padahal esoknya kerja.. haha.. okay, layan gambar dulu! 








Rezeki pingat KETUA JABATAN khas untuk kedua orang tua ku yang tersayang.. sayang mama abah DUNIA AKHIRAT!

Monday, September 8

bila customer buat lawak tak masuk akal

seperti yang korang tahu kan, aku buat bisnes CHOCO JAR secara kecil-kecilan kan, so macam-macam perangai customer yang aku jumpa tapi tak ada lah teruk sangat.. biasalah if diorang REQUEST itu ini, sebab tu common things la kan.. tapi customer kali ni memang buat lawak sungguh.. mula-mula nak MARAH sebab request dia tu tapi bila fikir-fikir balik rasa nak GELAK pun ada ha... macam sekarang dalam zaman batu, padahal teknologi dah berpikul-pikul depan mata semua orang.. takmau mukadimah panjang-panjang tapi nak cerita part lawaknya tu.. dia nak ORDER choco jar dari aku.. then tanya la macam-macam.. aku pun celoteh la bla bla bla bla dekat dia .. aku cakap harga if ambil by hand cuma cas harga barang ajelah kan, sebab sesetengah orang CAS jugak kos penghantaran sebab kira minyak kan.. tapi aku ni baik hati, so ambil harga barang jelah.. then cakap lagi if nak by pos, kena la tambah kos pos RM6 untuk 1-4 pcs then RM9 untuk 5-10 pcs kan.. so dah terang lagi bersuluh la kan kenyataan aku tu, TAKDE lansung perkataan kiasan or apa-apa.. aku siap cakap aku stay dekat IPOH ni, so order jauh-jauh memang by pos jelah senang.. then yang paling sakit hatinya, dia punya soalan punya la banyak yang amat.. tapi takpa, aku kan SELLER jadi jadi tanggungjawab aku la nak bagi customer faham dan yakin dengan produk kita kan.. nak dijadikan cerita nya, dah habis tanya semua bagai kan .. dia pun decide nak beli choco jar original flavour 1 pcs sebab nak rasa, pastu aku cakap la boleh.. then explain pulak pasal cara PAYMENT dan kos postage.. pastu dia boleh cakap nak AMBIL BY HAND! by hand hokayy uolls.. okay aku cakap la choco jar original flavour RM7 jelah sebab nak ambil by hand, pastu aku tanya la nak jumpa dekat mana.. aku bagi la list tempat yang aku dah tetapkan kat area ipoh ni.. korang nak tau dia cakap apa? dia kata dia duduk SHAH ALAM! dia nak cod.. haa, memang banyak sangat cantik kan nak hantar choco jar rm7 sampai ke shah alam then habiskan duit minyak and tol aku sampai rm100.. ini bukan berniaga, ni nak BANKRAPkan aku.. then aku macam terkelu sikit tak tau nak marah or nak gelak.. so, dengan blur-blur aku tanya dia pernah beli barang online tak? dia cakap pernah beli sekali, tu pun COD dengan seller.. ishh, pening kepala aku.. last-last dia senyap, okay selamat! malas dah nak jawab soalan-soalan dia haa.. haha.. ok bai..
p/s : buyer2 sekelian, please jika kalau anda tak pernah beli online sekalipun, cuba ye fikir logik sikit ye.. ok bai lagi sekali!