Monday, June 30

RAMADHAN 2014

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menghirup udara segar di BUMI Allah S.W.T ni.. selamat BERTEMU Ramadhan tahun 2014.. rasa macam baru je puasa dua tiga hari lepas untuk tahun 2013, tup tup dah masuk ramadhan 2014 dah ha.. cepat betul masa BERLALU sekarang ni, tak terasa pun.. so dah almost 8 bulan jugak lah aku BEKERJA ni.. serius tak terasa lansung lah.. syukur, syukur .. tahun ni berpuasa dengan kehangatan yang agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya sebab tahun ni tahun pertama berpuasa sebagai PEKERJA, banyak sangat perbezaannya.. kalau dulu puasa time belajar, mesti bangun pagi dah sibuk bersiap nak ke KULIAH, then petang balik kelas memasak untuk housemate (ikut giliran memasak) .. malam nak pergi terawih tak sempat sebab sibuk dengan ASSIGNMENT or malas! haha.. kalau tahun lepas pulak lepas habis belajar, pagi-pagi bulan puasa mesti teman MAMA pergi kedai or pasar beli barang, jadi driver plus tukang angkat barang.. then petang, bersilat berkung fu kat dapur siapkan juadah BERBUKA, semua homemade tau, takde beli-beli kat bazar nun.. full time housewife tau.. haha.. tahun ni lain la sikit, BEKERJA.. bangun pagi, tak sahur pun sebab dah duduk sorang-sorang je then tak berapa nak lengkap sangat rumah aku ni ha.. so pagi lepas solat, terus setel kerja rumah dan bersiap untuk ke tempat KERJA.. duduk ofis, buat kerja sikit-sikit plus bila bos tak ada, bukak blog then update, pastu ikut bos pi site panas-panas tu.. then sampai jam 5 petang, balik and singgah beli untuk berbuka.. sangat la tak BEST sebab tak memasak sendiri kan.. nak masak pun, dah la duduk sorang, barang pun yang sado je.. beli ajelah yang mampu.. haha.. takpelah, yang penting ada juadah BERBUKA, ye tak?.. hantam sajalah labu.. beli je yang mana teringin tu.. bismillah then makan, malam pi teraweh.. insha Allah, semoga Ramadhan kali ni memberi seribu rahmat dan keberkatan dalam hidup aku dan keluarga.. aminnn..
p/s : petang ni tak tau nak makan apa, tengah diet atkin lah konon nye skang kan.. haha

Friday, June 20

Resdung! penyebab dan rawatan..

entri ni ditulis berdasarkan PENGALAMAN sendiri, apa yang dialami dan cara menangani penyakit resdung.. sesiapa yang pernah TERKENA penyakit resdung kronik ni akan tahu macam mana aku rasa.. gatal- gatal dekat hidung dan mata.. bersin sentiasa dan tanpa henti dalam tempoh masa yang lama, then muka mula dinaiki jerawat dekat hidung, kening dan menular diseluruh muka (abis muka aku yang gebu gebas ni sebab resdung).. serius tak tahan..

PENYEBAB resdung adalah :
1) alah dengan habuk dan kotoran
2) tidak serasi dengan produk kulit yang digunakan
3) mempunyai masalah dengan makanan laut terutama udang dan sotong.
4) alah terhadap belacan ( sesugguhnya aku sangat trauma kalau makan belacan)

RAWATAN sementara / rawatan semasa sedang bersin teruk :
1) cuci muka dengan pembersih muka
2) tuam seluruh muka dengan air suam
3) masukkan air melalui hidung dan hembuskan sekuat hati

RAWATAN susulan :
Rawatan susulan adalah yang paling mustahak dan WAJIB dilakukan.. kalau tak buat, selamanya resdung tu akan melekat je.. tiap-taip pagi akan menderita bersin yang teruk dan selesema. pergi kat mana-mana spa yang tawarkan rawatan resdung dan jangan lupa makan ubat resdung.. jangan lupa cuci muka sehingga bersih setiap malam terutama sewaktu nak tidur..

p/s: resdung dah menular sebulan yang lepas, sekarang aku baru buat rawatan sementara gara-gara tak ada masa nak pergi buat rawatan susulan dekat spa sebab banyak kerja.. makan ubat jela dulu.. hidung dah berjerawat teruk sekarang.. boleh hilang ke parut eh?.. :(

PLEASE BEING GENTLEMAN!

Sejak dua menjak ni kan, aku perasan satu BENDA.. ada silent reader is very good, sebab at least ada orang baca cerita-cerita yang aku tulis.. tapi yang tak berapa nak boleh diterima adalah, ada pengomen RAHSIA yang tak gentleman lansung! why tak gentleman? sebab tak tunjuk nama dan mengata aku sesuka hati.. yes, komen tu tak kisah la tapi masalahnya macam nak cari pasal pun ada.. eh, nak cari pasal kat alam MAYA ni tak payah la.. mari, kita bersemuka nak? saya dah cakap, sesiapa yang tak suka dengan my blog, sila angkat kaki jauh-jauh dari sini, tak faham bahasa melayu eh?.. bukan nak marah, nak NASIHAT je ni.. buat la kerja berfaedah sikit dengan internet yang awak ade tu.. saya cabar awak, kalau awak BERANI dan memang gentleman, tunjuk la kat semua reader yang awak tu sape sebenarnya..
malas nak tulis lebih-lebih takut karang ade yang menangis dengan kata-kata aku ni.. salam perkenalan wahai 'sahabat' alam maya..

FINALLY, kena sound!

ingat tak pasal sorang workers yang aku mengata dalam ENTRI yang lepas tu? yang pasal kawen DUA orang tu.. ingat tak? ingat tak?.. haa, minggu lepas dia start pulak MENGGATAL dengan aku wey, dia ingat aku tak tahu perangai dia agaknya.. dia dapat nombor FONE aku dari SUPERVISOR yang kat ofis aku ni, mula-mula just nak tanya pasal kerja tapi last-last menggatal jadinya.. dia duk panggil-panggil aku sayang and manja bagai.. aku SMS dia , aku cakap 'jangan ganggu aku kalau takde urusan berkaitan kerja, kalau nak tanya apa-apa boleh call supervisor or bos aku'.. tapi masalah nya, dia ni macam tak faham bahasa MELAYU, aku siap tulis pakai tulisan besar-besar lagi tapi tak jugak dia faham.. ni yang membuatkan aku bengang tahap GABAN nihh.. pagi-pagi lagi dah call aku 4,5 kali then kalau aku tak angkat call dia akan mesej aku banyak-banyak kali.. haa, ni sudah menaikkan darah aku, dah la aku pas subuh nak rehat-rehat siapkan kerja rumah jap sebelum PERGI kerja, tapi manusia ni pulak duk kacau-kacau aku.. so, untuk penyelesaiannya aku bagitau dekat bos aku terus.. bos aku call dia, terus SOUND direct punyaa.. woot2.. padan muka hang, kacau aku lagi.. kan aku dah bagi warning jangan kacau aku.. bos aku siap cakap lagi nak buang dia KERJA if buat hal lagi, bos aku cakap dia dah banyak buat hal.. selalu kacau PEREMPUAN, dah banyak kali tukar tempat kerja sebab gatal tak sudah tu.. aku tak pernah jumpa orang macam ni tau, menyakitkan hati.. aku dah la tak suka orang kacau aku, kan dah kena sound!.. bos aku cakap, kalau dia kacau aku lagi, bos aku nak HENTAM dia, before ni dia duk kacau MAID indonesia yang tempat kondo dia jadi guard tu.. ish, dah banyak pompuan la dia duk buat onar.. tapi dengan aku SORRY haa, aku bukan perempuan jalanan yang takde pelajaran yang senang-senang kena TIPU hokayy.. sila angkat kaki dan BLAH dari depan bijik mata aku..
sekian, luahan hati aku tentang lelaki gatal tak sedar diri!

Thursday, June 19

NAK KONGSI TIPS KECANTIKAN

Sekarang rasa macam consultant KECANTIKAN pulak haih, ramai kawan-kawan dok pm fb aku tanya tips, pasaipa? pasai dulu aku tak lawa lansung comot-comot then hitam pulak tu, sekarang takde la lawa sangat, lawak ade la.. asal ade je haa.. untuk tidak MENGHAMPAKAN rakan-rakan yang asyik pm aku tu, ni ha tips kecantikan yang aku nak kongsi dengan korang ni totally aku sendiri yang guna, takde COPY PASTE tips dari orang hokayy.. tips yang datang dari kegunaan seharian aku.. boleh try kalau nak, insha Allah dengan izin Allah.. yang penting kena rajin.. jom baca tips yang aku nak kongsi ni.. =)


SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, June 18

MUSIBAH penghapus dosa kecil

Alhamdulillah, terselamat dalam kecelakaan yang menimpa diri DUA hari yang lalu.. pedih, sakit tapi syukur sebab Allah beri peringatan supaya sentiasa mengingatiNYA.. dua hari terlantar, tak bekerja, masa yang ada digunakan untuk MUHASABAH diri.. syukur dengan nyawa yang dipinjamkan.. waktu sakit adalah waktu yang paling berharga sebab aku dapat menilai orang-orang disekeliling aku.. yang betul-betul PRIHATIN, yang betul-betul PEDULI.. sanggup bantu aku waktu aku memerlukan, dan aku nampak siapa manusia yang hanya nak aku time sihat dan sebaliknya.. harini masuk ofis dengan keadaan masih sakit tapi sekurang-kurangnya kerja tak terBENGKALAI.. =)
p/s : tak dapat update lelebih sebab tak mampu nak duduk lama-lama.. doakan aku cepat sihat..

Tuesday, June 10

DUIT OH DUIT

ish, dugaan jugak kalau bekerja tapi rasa macam DUIT tak cukup.. arini GAJI weyy, tapi setelah ditolak, dibahagi dan didarab segala bagai keperluan dan KOMITMEN, akhirnya dalam sehari je gaji aku dah jadi RM250 je! Wey, nak makan ape RM250 ni dalam sebulan? dah la dengan minyak kereta lagi ni nak kena letak, takkan nak KENCING dalam tangki kot.. adoy macam mana la boleh jadi salah bajet untuk bulan ni nih?.. ni tak kira ada anak lagi, kalau ada anak lagi rasanya memang pergi kerja jalan kaki la jawabnya.. nak start BERNIAGA online balik rasa macam dah patah semangat sangat-sangat, YA ALLAH.. rasa macam nak nangis sekarang.. nak nangis raung-raung time tulis blog ni.. gaji okay tapi masalahnya rasa macam terlampau banyak komitmen.. walaupun orang nampak macam i'm OKAY tapi hakikatnya dalam poket duk mula kering dah ni.. macam mana la nak buat, dah start wassap kawan baik aku skang nak tanya pasal BISNES balik ni ha.. baru mula nak gelabah tak pasal.. duit oh duit, kat mana dapat kucari mu.. dah sasau tahap GABAN dah ni, gara-gara duit dan taraf kehidupan yang makin meningkat.. parents aku still nak bagi duit, tapi MALU wey nak ambik sebab dah kerja pun takkan aku nak ambik dari diorang lagi.. serius aku nak BERDIKARI, semoga Allah permudahkan jalan aku.. amin..
p/s: malunya takdak duit, malu sangat.. aku ada baca dari satu fb online seller ni, dia cakap if nak hidup senang dan boleh simpan duit, kena tanam sifat sayangkan DUIT disamping jangan abaikan AGAMA.. semoga, aku mampu jadi seperti nya yang sentiasa ISTIQAMAH dalam membuat perubahan ke arah yang jauh lebih baik.. *eh camne nak sayang duit? duit pun takdak lansung ni..

Monday, June 9

Psstt, nak mengutuk orang sikit ni

Selamat pagi DUNIA, hari isnin yang sangat-sangat lah mendung ni kan, tetiba rasa macam tangan ni gatal je nak menulis, mencoret kisah sepasang SEJOLI yang annoying sangat ni.. tempat kerja aku ni ada sediakan HOSTEL untuk para pekerja, dan hostel-hostel tersebut berada di atas ofis aku ni ha.. actually, company ni ada banyak sangat hostel tapi yang aku nak cerita ni pasal hostel yang didiami oleh pekerja yang berkeluarga ni la.. yang lain-lain tu aku taknak amik tahu pun.. okay, cerita nya bermula bila ade sorang laki melayu ni dia call bos aku cakap nak kerja then nak duduk dekat hostel atas ofis aku ni.. MELAYU hokayy, rupa-rupanya yang dia bawak datang stay sini tu ISTERI nombor dua! aku taknak masuk campur, just dengar je ape bos aku cakap then aku senyum ajelah yang mampu.. wey, kerja guard je tu kawen dua.. lakinya takde la hensem sangat pun, biasa-biasa je kan.. tapi takpela, mungkin rezeki dia kot kan nak kawen lebih dari sorang.. tapi tu bukan isunya, tak kisah la pasal kau nak kawen sepuluh ke kan.. tapi masalahnya menyusahkan ORANG! haa, kan dah marah ni.. kerja guard, faham-faham jelah gaji bukannya berpuluh ribu, tambah pulak dengan aku dapat aduan macam-macam yang dia selalu ponteng kerja.. haa, kat situ pun gaji dah kena tolak sikit-sikit dah.. macam mana nak hidup macam tu? dia tak mampu pun nak bagi makan kat anak isteri pertama, now auntie yang duduk hostel atas ni pulak dok cerita yang laki bini ni asyik pinjam duit kat dia.. wey, kekadang tu pompuan tu amik je bahan-bahan mentah auntie tu dari dalam freezer then masak untuk laki dia makan then yang paling best buat muka sopesen bila auntie tu tanya.. macam tak bersalah lansung.. 1st TIME aku jumpa orang macam ni.. selalunya, melayu ni ada adab, sopan and budi bahasa, tapi orang atas ni takde lansung.. auntie INDIA atas ni selalu cerita macam-macam dekat aku, aku sebagai melayu pun malu.. auntie tu cakap bila time gaji je, mesti 3 4 pagi baru balik rumah sebab pergi berJOLI sakan.. mana nak ada duitnya haihh.. kawen dua tu tak salah, memang hak dia la kan, tapi tengok la diri sendiri tu.. Eishh, macam-macam la aku dengar cerita pasal laki tu dari PEKERJA pekerja aku yang lain.. harap-harap la dia cepat sedar diri kan, sebab kesian kat anak isteri nun ha..
p/s : sesape yang tak suka penulisan di blog aku, sila bawak diri sendiri ke blog orang lain ye.. tq uolss =)

Tuesday, June 3

MENANGIS ADALAH PALING TERBAIK

minggu lepas start ari KHAMIS dah takde mood gila, then berlarutan sampai arini, hari SELASA minggu berikutnya.. tambah-tambah pulak dengan stress kerja yang banyak gila minggu ni, mula la rasa macam tak sedap badan, tak sedap hati then macam-macam lagi lah.. takde feel wey nak kerja, sebab tu boleh lagi lepak and update blog.. ditambah pulak dengan kejadian semalam yang menyakitkan hati dan jiwa, ade ke patut CLIENT push-push aku suruh hantar workers cepat.. kalau aku yang drive hantar workers takpelah jugak, aku ni MONITOR aje pun ha.. geram pulak aku ni.. seriusly aku rasa dah lama gila aku tak menangis teresak-esak macam budak kecik, tapi semalam aku menangis GILA doh.. serius, sangat teruk aku menangis sampai basah baju aku.. nasib baik ade sorang hamba ALLAH ni sentiasa ada bila aku perlukan, dia sokong aku.. aku menangis pun, aku call dia then dia layan je aku.. walaupun sebelum ni aku pernah ada KONFLIK dengan dia tapi dia tak pernah abaikan aku pun.. aku rasa dia kawan DUNIA dan AKHIRAT bagi aku.. dia tabah, dia sanggup dengar aku menangis meraung-raung semalam.. dia kata selama ni aku KUAT, tapi semalam aku dah tak tahan.. ikhlas aku cakap, menangis ni salah satu cara nak lepaskan perasaan yang terbuku dalam HATI sebenarnya.. menangis boleh, menjerit pun boleh.. tapi malu orang dengar menjerit, jadi aku menangis.. rasa hilang semua BEBAN dalam hati aku, walaupun masalah tak selesai tapi sekurang-kurangnya lega sikit.. air mata aku yang dah berjurai-jurai tu dah bawak stress-stress dalam diri aku ni jauh-jauh.. walaupun kerja still kerja, dan takkan mungkin selesai tapi at least dada tak rasa SESAK sangat kan.. aku ni luaran keras, tapi bila kena MASALAH for sure akan menangis jugak.. ya ALLAH, sesungguhnya kau mengurniakan aku seorang insan yang sangat-sangat sabar dengan kerenah aku.. ALHAMDULILLAH..