Friday, June 20

Resdung! penyebab dan rawatan..

entri ni ditulis berdasarkan PENGALAMAN sendiri, apa yang dialami dan cara menangani penyakit resdung.. sesiapa yang pernah TERKENA penyakit resdung kronik ni akan tahu macam mana aku rasa.. gatal- gatal dekat hidung dan mata.. bersin sentiasa dan tanpa henti dalam tempoh masa yang lama, then muka mula dinaiki jerawat dekat hidung, kening dan menular diseluruh muka (abis muka aku yang gebu gebas ni sebab resdung).. serius tak tahan..

PENYEBAB resdung adalah :
1) alah dengan habuk dan kotoran
2) tidak serasi dengan produk kulit yang digunakan
3) mempunyai masalah dengan makanan laut terutama udang dan sotong.
4) alah terhadap belacan ( sesugguhnya aku sangat trauma kalau makan belacan)

RAWATAN sementara / rawatan semasa sedang bersin teruk :
1) cuci muka dengan pembersih muka
2) tuam seluruh muka dengan air suam
3) masukkan air melalui hidung dan hembuskan sekuat hati

RAWATAN susulan :
Rawatan susulan adalah yang paling mustahak dan WAJIB dilakukan.. kalau tak buat, selamanya resdung tu akan melekat je.. tiap-taip pagi akan menderita bersin yang teruk dan selesema. pergi kat mana-mana spa yang tawarkan rawatan resdung dan jangan lupa makan ubat resdung.. jangan lupa cuci muka sehingga bersih setiap malam terutama sewaktu nak tidur..

p/s: resdung dah menular sebulan yang lepas, sekarang aku baru buat rawatan sementara gara-gara tak ada masa nak pergi buat rawatan susulan dekat spa sebab banyak kerja.. makan ubat jela dulu.. hidung dah berjerawat teruk sekarang.. boleh hilang ke parut eh?.. :(

No comments:

Post a Comment