Monday, November 28

pesan MAMA :)

Dari DULU lagi MAMA pernah pesan soal CINTA dengan aku.. dia ulang bila setiap kali dia rasa perlu dan buat aku INGAT benda ni SAMPAI bila ke hari nie.. tak banyak yang MAMA pesan, cuma SATU.. kenapa satu? sebab dari SATU tu je sudah memadai untuk aku dapatkan yang lain-lain.. mama suruh ingat sampai tiba saat aku jadi hak orang lain..mama PESAN 'nanti kalau nak KAHWIN, cari lelaki yang BETUL2 CINTA dan SAYANG kamu, biar kamu tak SAYANG or CINTAKAN dia pun takpe, asalkan dia SAYANG dan BETUL2 nak jaga kamu, JANGAN sesekali BERKAHWIN dengan lelaki yang HANYA KAMU yang SAYANG or CINTAkan dia tapi dia just SAYANG sikit je kat kamu or dia tak pasti dengan PERASAAN dia sendiri'.. oukay, korang mesti pelik kan kenapa MAMA aku pesan macam tu, aku mula2 tu pun pelik jugak sebab mane boleh kawen kalau tak sayang or cinta kan.. rase cam HAMPA gila la dengar MAMA cakap macam tu, tapi sekarang aku dah tau kenapa mama cakap macam tu..oukay, untuk pengetahuan korang lah yea, LELAKI ni kan EGO tinggi berbanding PEREMPUAN,  sekali dia cakap tidak, aku rase selamanya tidak, dia mungkin boleh berubah hati untuk say YES, but aku rasa BERABAD kot kalau nak tunggu..okay, untuk kes yang PESANAN mama ni, lelaki kalau dia dah sayang dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan HATI ISTERI dia even dia tau ISTERI dia tak sayang dia, and the most important thing, HATI perempuan ni macam KERAK NASI, rendam lama2 nanti LEMBUT jugak, so tak mustahil dia akan TERIMA kehadiran suami yang tak dicintai dalam hidup dia.. memang susah nak TERIMA lelaki yang kita tak CINTA tapi aku rasa itu bukan PERKARA yang SUKAR untuk kita lakukan kann..and sangat mustahil bagi lelaki yang CINTAKAN isteri akan BERLAKU curang.. TAPIII if just ISTERI yang SAYANG suami sangat2 tapi SUAMI tu tak FEEL pape pn, ni memang parah tahap extreme sebab korang pun tau kan, susah sangat2 nak dapatkan HATI lelaki yang TAK SAYANG or CINTAKAN kita.. as what i say, sekali diorang say NO, its mean NO!! and berhati2 lah sebab korang bakal DIMADUKAN.. so korang FAHAM kan kenapa mama pesan MACAM tu kat aku.. hopefully ALL GIRL out there boleh menilai sendiri pesanan mama aku ni..sekadar RENUNGAN :))

p/s: tapi wat masa SEKARANG aku pun tak gunakan lagi PESANAN tu, mungkin satu hari nanti kot... :D

KENANGAN ituu :)

PERKARA pertama yang aku buat time aku nampak semua KENANGAN LAMA tu ialah KETAWA, ketawa sekuat2 hati..mane tidaknye aku ketawa, tengah2 aku mengemas BILIK aku ni, aku bukak lah LACI lama yang dah berkurun aku tak pernah JENGUK lansung tu..jeng3, aku jumpa DIARI, BUKU BIODATA plus NOTE BOOK kecik.. FIRST bukak laci tu aku CURIOUS la jugak tengok2 benda2 ni kat dalam laci, bila dah bukak satu2, apa lagi, KETAWA BESAR lah aku.. semua barang2 tu aku punya lah, sejak bila aku hilang ingatan pun tak taulah..haha.. setiap HELAI DIARI, NOTE BOOK and BUKU BIODATA tu aku selak, memang SERIUSLY kelakar giler lah.. ayat2 JIWANG kat NOTE BOOK kecik tu, pastu kata2 peransang untuk EXAM dari BUKU BIODATA yang ditulis kawan2 aku yang tak masuk AKAL lansung..sakit perut aku gelak tak habis2 time tu.. DIARI pulak memang tak payah cakap lah kan, memang aku yang baca ni pun rasa nak PENGSAN, patutlah time SPM aku dapat BAHASA MELAYU A+ , rupa2 nya aku nie suka sangat merapu benda yang entah pape, pasal CINTA lah, LIFE lah, macam2 lagi lahh.. hehe.. tapi kan, bila difikirkan balik, semua kenangan yang tertulis tu sangat MANIS untuk aku buang macam tu je.. bila aku selak HELAI demi HELAI semua tu, aku dapat rasa macam aku balik semula 5,6 tahun lepas.. BAHAGIAnya rasa kalau dapat diundurkan masa kan.. :))
haa, macam baby nilah aku gelak, memang BESAR mulutnya..haha :))

selamat TINGGAL semester 3 :(

Alhamdulillah TAMAT sudah pengajian aku semester 3 ni..result tak keluar lagi tapi HOPEFULLY everything is going to be okay lah yea.. actually tujuan aku tulis entri kali ni sebenarnya aku nak say GUDLUCK to all my CLASSMATE sebab bakal menjalani PRAKTIKAL di tempat masing2, tak sangka kan weh, dah setahun setengah dah kita duduk satu kelas kan.. dah MASAK sangat dah dengan perangai kita semua.. AKU MINTAK MAAF banyak2 sepanjang tempoh pengajian kita selama ni, even kita tak JUMPA just for 1 semester tapi aku tetap nak mintak maaf sebab kita tak tahu samada KITA masih SEMPAT jumpa or tak nanti,halalkan segala BISNES yang aku pernah jalankan kat korang tau,haha.. for those yang pernah terasa dengan aku, SERIUSLY aku mintak maaf sangat2 sebab aku tak pernah bermaksud nak wat korang terasa, for those yang PERNAH buat baik dengan aku, aku sangat2 MENGHARGAI korang, n untuk pengetahuan korang, aku tak pernah simpan sedikit pun perasaan MARAH or DENDAM pada sesiapa pun 37orang sebab kita kan FAMILY, the most happiest family in the world :) .. aku HEPI sangat dapat classmate macam korang sebab korang sangat2 lah CHEERFUL and otak GILA2..haha.. happening giler kelas kita and aku takkan lupa sampai bila2 kenangan kita SEMUA.. biarlah orang nampak KEBURUKAN kelas kita tapi aku tetap CAKAP kelas kita yang TERBAIK di kalangan yang TERBAIK..kita semua hebat dalam PELAJARAN dan SUKAN sampai wujudnya GENG kapak sebagai nama rasmi KELAS kita,haha.. btway, hidup GENG KAPAK!! .. :))
 kenangan time MEETING for subjek ADMINISTRATION.. sayang korang sangat2 atas kerjasama yang korang bagi.. tengok tu, PENGERUSI mesyuarat duduk pulak, berlagak betul (mengata diri sendiri..haha :p)
ni CLASSMATE aku yang sangat2 aku sayang.. FOREVER LOVE :D
p/s: jumpa lagi yea kawan2 disemester 5..aku SAYANG korang sangat2. :D

Thursday, November 17

ish, SABAR jelaa..

haa, STUDY week pun sudah bermula, so berperang lah dengan buku2 untuk FINAL pulak.. habis internal PRACTICAL sibuk dengan FINAL pulak dahh,hemm nak taknak kena buat jugak.. so skang paper MACRO dah lepas, susah tu memang takyah cakap la, tapi REDHA jela sebab benda da lepas, jangan selalu TOLEH belakang, betul tak?..hehe.. hum,cakap pasal ostel ni, MATI kutu jugaklah kitorang semua duk sini seminggu sementara nak tunggu second paper nanti.. ramai pulak yang dah balik, JELES nya aku tengok, dah la classmate aku pun ramai yang dah tercangak kat rumah tu..tinggal berapa kerat je kat sini, KEBOSANAN tahap maximum da nie.. tapi bosan tu masih boleh di atasi la, tapi satu BENDA yang buat aku sangat2 marah and geram.. petang aku balik FINAL macro tu, aku tengok baju kesayangan aku kat ampaian HILANG.. aku mula la hangin satu badan..MAHAL tu weh.. dah la aku tension tengok paper EXAM, balik2 bilik tension pulak aku dengan HAMBA ALLAH yang takde otak tu, sedap2 je amik barang orang..dah sah2 la benda tu bukan dia punya..ish geram nyee lah~ takpe2, masih ada kesabaran yang bersisa dalam diri aku ni :))
tak baik tau buat perangai macam ni, nak EXAM ni nanti tak berkat laa..pape pun saya taknak mendoakan yang buruk untuk awak 'sang pencuri' cuma saya mendoakan awak diberikan pengajaran dan dibukakan hati untuk kembali bertaubat serta letakkan kembali barang kepunyaan saya yea.. :D

Friday, November 11

apa BEZANYA??

lama kan tak BUKAK cerita pasal CINTA kan.. hehe.. kali ni aku nak korang tengok apa perbezaan antara 3 benda yang ada kena mengena dengan HATI dan PERASAAN ni okay..

apa yang korang faham dengan perkataan 'SUKA' 'SAYANG' dan 'CINTA'??
nampak macam takde beza kan?..hehe..mesti semua akan cakap sama je.. takde beza pun..

bagi aku, TIAP2 perkataan tu ada MAKNA tersendiri yang aku pasti korang tak pernah FIKIR even sedikit pun.. senang nak UNGKAPkan perkataan2 tu, tapi susah nak luahkan dari hati yang tulus kan..dari fahaman aku sendiri lah kan, SUKA tu satu perasaan minat terhadap sesuatu benda.. tapi tak bermakna harus memilikinya dan tak bermakna jugak TAK boleh untuk memilikinya.. SAYANG pulak satu perasaan suka dan perasaan ingin kan benda tersebut untuk DILETAKKAN dibawah jagaan SENDIRI.. so apa maksud CINTA pulak? CINTA tu gabungan dari perasaan SUKA dan SAYANG yang dicampurkan sekali sehingga membuatkan seseorang tu tak sanggup nak kehilangan benda atau ORANG yang diCINTAI.. perasaan CINTA ini kadang2 selalunya tak dapat diungkapkan sebab cinta itu sendiri merupakan satu PERKARA yang subjektif :D

SUKA + SAYANG = CINTA :)

SYUKUR, semuanya berjalan LANCAR :D

SEMINGGU aku berada di ADMINISTRATION office, seminggu dah cukup bagi aku untuk RASA pahit manis dalam DUNIA pekerjaan yang BAKAL aku lalui..  fuhh, tapi SYUKUR sangat2 semua kerja berjalan LANCAR, seronok sangat BEKERJA dengan diorang. SERIUSLY diorang memang sangat2 BAIK.. banyak benda yang aku tak PERNAH sempat belajar WAKTU kelas dulu tapi aku dapat BELAJAR dengan diorang.. KAKAK2 and ABANG2 ofis yang sangat SPORTING habess.. hehe.. PRAKTIKAL kat tempat ni buat aku dapat belajar mengenali ramai orang, tambah ILMU aku yang serba KEKURANGAN ni, dapat merasa GUNAKAN office tool yang before ni aku tak PERNAH kenal pun..hahaha.. SEMINGGU tak terasa pun sebenarnya, tak RASA pun aku ada kat ofis ni.. rasa MACAM baru semalam jejakkan kaki dalam ofis, tup2 dah habis PRAKTIKAL dah.. rasa macam nak lagi, tapi bila fikirkan praktikal sambil belajar ni yang susah sebenarnya, siang PRAKTIKAL, malam ada kelas pulak.. boleh pengsan dibuatnya..hehe.. BTWAY aku seronok sangat dapat experience seminggu BERPRAKTIKAL kat pejabat PENTADBIRAN.. SPECIAL thanks to all the ADMINISTRATION STAFF yang sangat2 baik :D

nanti KALAU saya ada FREE time, saya pegi LAWAT ofis yea,hehe :D
*markah penilaian PRAKTIKAL sudah dapat, apa lagi tunggu, choau dulu lahh ~ kbai :p

1st day WORKING :D

LAMA jugak kan aku tak update blog.. almaklumlah SIBUK sangat dengan kelas GANTI, KUIZ and TEST yang tak pernah nak habis2 tu.. memang KELAM kabut jugak lah hidup aku seminggu dua ni.. hehe.. hum.. eh, haa, ENTRI lepas cerita pasal aku kena MENJALANI internal PRACTICAL selama seminggu kan, so kat sini aku CERITA sedikit sebanyak apa yang jadi time FIRST day working kat ADMINISTRATION office tu.. hehe.. Pagi ISNIN tu, awal aku bangun, lepas MANDI and SOLAT subuh, aku terus siap2 then dengan BERDEBAR2 aku bergerak menuju ke OFIS, sampai je kat ofis tepat jam 7.50pagi.. wahh, awal aku sampai kan, hehe.. selalu kalau ada kelas pukul 8 pagi, pukul 8.15 baru aku sampai kelas..haha.. aku LAPOR diri kat pejabat tepat jam 8 pagi, SHARP takde kurang masa, takde lebih masa.. TIME lapor diri tu kena INTERVIEW la pulak, gulpp, telan air liur lah jugak aku nak jawab interview tu, tapi ALHAMDULILLAH selamat habis interview.. then jalan2 satu ofis introduce diri pulak, aisehh, malu kott.. hehe.. tapi yang best nye, semua baik sangat2 ngan aku..hehe..  lepas dah BERKENALAN ngan semua orang, TUGAS pun bermula as WORKERS.. hehe.. so, let take a look at this picture.. (ni ambik time lunch hour ni..hehe :D )
ni tempat duduk aku time PRAKTIKAL kat ADMINISTRATION ofis tuu..student praktikal pun ada tempat sendiri tau..hehe..cantik kan.. :D
 kerja untuk FIRST day punya, banyak tak? banyak kan, ada lg tambahan kat tepi tu, tapi tak kisahlah, at least aku dapat belajar buat benda baru.. hehe.. yang penting, semua kerja aku ni siap on time.. :D
MESIN2 dalam ofis, benda2 ni semua kat belakang tempat aku je..senang sikit nak wat KERJA..hehe

haa, dah2 aku taknak merapu lebih, kang tak larat korang nak baca..hehe.. btway, such a wonderful day for first time working experience. :D