Monday, August 27

CAMERON HIGHLAND! BOSAN KE MENARIK?

Kalau korang nak tau, destinasi PERCUTIAN yang paling selalu aku pergi ni Cameron Highland lah. kekadang rasa RUNSING dengan kerja, life sendiri. Terus pack naik CAMERON je, sebab cameron paling dekat dan jimat masa dan duit. anytime boleh redah, hujung bulan pun still boleh korek duit pergi cameron tau sebab tak banyak sangat pun belanja. setakat duit minyak, makan dengan hotel je.

Kalau nak pergi cameron cara aku yang jimat ni, senang je. Korang pergi sorang-sorang then bawak bekal makan. So korang takkan spent banyak sangat on FOOD. sebab tempat sejuk korang akan jadi CEPAT lapar ya. pelahap tak hingat okay gais. Pastu bila lalu PASAR cameron tu, sila tutup mata sebab taknak beli apa-apa yang merapu.

Duit aku memang habis kat minyak dengan hotel je, makan pun dah bajet siap dalam rm30 sahaja DUA hari SATU malam. pagi gerak dari sini makan siap2 kat rumah, sampai sana TENGAHARI makan kat kedai nasi campur, then malam makan megi minum teh kat bilik. Next day pagi breakfast kat hotel, tengahari NASI campur then kul 5 dah gerak keluar dari CH dah. JIMAT tak? dua kali je aku beli makan kat luar. biskut segala megi aku bawak dari bawah, so that aku takkan over spent. SELALU kalau nak beli sayur ke jagung ke untuk family, aku dah BAJET dah dalam rm30 jugak sebab family aku kecik je.


sesetengah orang akan cakap pergi sebab nak BERCUTI, habiskan masa dengan family. Tapi bagi aku tak, aku pergi nak dapat ketenangan sebab kalau nak bercuti dengan family aku akan bawak diorang jauh sikit, cameron diorang pun dah bosan dah. selalunya aku akan book hotel yang ada GARDEN tau, so morning-morning lepas bangun boleh acah acah OVER THE SEA sikit. spent time and relax kan diri sendiri dengan tido, tengok tv and jalan kaki tengok view kat sana. tenang wey, tengok budak2 main bola. fuhh nikmatt

aku sejenis yang suka TRAVEL, tapi kkadang kekangan masa tu susah. So kebanyakkan trip aku kat CH je. sebab yang jauh tu kena take time nak PERGI and kena planning elok-elok. btway, untung siapa duduk ipoh ni, anytime boleh redah naik cameron.
INI CAMERON AKU YANG PUNYAAA

Monday, August 20

UMUR DH NAIK! INGAT SENANG KE JADI SINGLE NI?

minggu ni pergi KENDURI kawin kawan2 sekolah dulu. tahun ni saja dah berapa banyak kenduri kawin dah aku attend. Dan soalan yang keluar dari mulut kawan-kawan masih sama. KAU bila? aku sendiri takde jawapan dengan soalan diorang sebab bagi aku perkahwinan tu satu perkongsian dan komitmen. bukan belum BERSEDIA tetapi takut dengan dunia sekarang. kadang-kadang fikirkan apa yang bakal berlaku rasa TAKUT.

ehh, jap jangan ingat jadi single ni senang. aku kena travel pergi mana-mana pun sorang aje tau. jenis takreti duduk diam ni memang susah. sejenis nak travel merata-rata tapi takde partner. orang lain elok travel overseas dengan suami dan anak, aku chillax je travel sorang-sorang macam TAKDE perasaan kan? mula-mula dulu fikir eh takde hal lah, aku kan taff sangat. bila lamaaa sangat travel sorang, jadi taksado pulak hati ni. yelah kena ambil gambar sendiri woi. haha

Oh tu bukan perkongsian sebenar, isu paling utama sekarang is isu diganggu oleh makhluk perosak. actually since aku single ni kan, terlalu ramai suami orang yang GATAL cuba ambil peluang tapi nasib la aku jenis kuat iman. yelah suami orang ni kalau korang nak tahu, penangan ayat memikat dia lain macam tau. FUHH ayat manis dia kalah gula gais, kau dengar pun boleh cair. belum part dia cerita dalam kain pasal bini dia lagi, yelah nak tambah bini mesti la kena buruk kan bini hat nombor satu ye dak? itu la faktor utama aku takut kawen, sebab bukan nak cakap lelaki ni semua sama, tapi majoritinya lebih kurang je perangai. haha

doa yang baik2 okay gais, semoga aku bertemu prince charming yang kuat iman dan sayang aku dan bakal anak2 kami je.. bukan apa, aku tak suka kongsi kongsi ni even dalam ISLAM tak melarang poligami tapi bukan suami aku . hahaha

Thursday, August 16

PASTA SPIRAL GORENG RESIPI BUJANG

Hai gais, tak pernah2 aku update PASAL MASAKAN kan? bukan bermaksud aku tak pandai masak. cewahh. tapi boleh la lepas tekak aku yang duduk rumah BUJANG ni kan. masak se simple yang boleh tau. so that jadi la perut kau kenyang.

So dua hari lepas aku masak pasta spiral versi goreng ala pemalas aku la. Kat sini aku bagi resepi kat korang versi campak sesuka hati ya. memang simple gila, senang nak buat, dan sangat SENANG nak makan. hahaha

Masak pasta cara paling simple tapi sedap 🤤 PASTA TEKAK MELAYU nama diaa 😝

Bahan-bahan:
-Spiral pasta (direbus dan ditos air)
-Bawang putih & bawang holland potong dadu
-Sos pasta traditional ADABI / PREGO
-Udang 10 ekor
-Ayam isi 2 ketul (dipotong dadu)
-Sos lada hitam
-Sos tiram
-Sos cili
-Sayur potong nipis supaya mudah masak (carrot/brokoli) - dalam ni takde so buh cili jela.

Cara-caranya :
1) tuang dua sudu minyak. Tumis bawang putih & bawang holand
2) masukkan ayam & udang. Kacau sampai agak masak
3) masukkan sos pasta 1/2 cawan. 2 sudu sos cili, 2 sudu sos tiram, 1 sudu sos lada hitam. Kacau rata
4) masukkan pasta. Kacau sebati
5) masukkan sayur kacau dan tutup api.

Walaupun nampak kurang cantik, tapi rasa dia perghh melayu sangat. haha

So untuk bujang2 yang KURANG RAJIN tu boleh cuba masak pasta ni, senang sangat. takde istilah tak tahu masaklah zaman sekarang, sebab dunia dihujung JARI okay gais. klik google keluar terus resepi.