Monday, August 27

CAMERON HIGHLAND! BOSAN KE MENARIK?

Kalau korang nak tau, destinasi PERCUTIAN yang paling selalu aku pergi ni Cameron Highland lah. kekadang rasa RUNSING dengan kerja, life sendiri. Terus pack naik CAMERON je, sebab cameron paling dekat dan jimat masa dan duit. anytime boleh redah, hujung bulan pun still boleh korek duit pergi cameron tau sebab tak banyak sangat pun belanja. setakat duit minyak, makan dengan hotel je.

Kalau nak pergi cameron cara aku yang jimat ni, senang je. Korang pergi sorang-sorang then bawak bekal makan. So korang takkan spent banyak sangat on FOOD. sebab tempat sejuk korang akan jadi CEPAT lapar ya. pelahap tak hingat okay gais. Pastu bila lalu PASAR cameron tu, sila tutup mata sebab taknak beli apa-apa yang merapu.

Duit aku memang habis kat minyak dengan hotel je, makan pun dah bajet siap dalam rm30 sahaja DUA hari SATU malam. pagi gerak dari sini makan siap2 kat rumah, sampai sana TENGAHARI makan kat kedai nasi campur, then malam makan megi minum teh kat bilik. Next day pagi breakfast kat hotel, tengahari NASI campur then kul 5 dah gerak keluar dari CH dah. JIMAT tak? dua kali je aku beli makan kat luar. biskut segala megi aku bawak dari bawah, so that aku takkan over spent. SELALU kalau nak beli sayur ke jagung ke untuk family, aku dah BAJET dah dalam rm30 jugak sebab family aku kecik je.


sesetengah orang akan cakap pergi sebab nak BERCUTI, habiskan masa dengan family. Tapi bagi aku tak, aku pergi nak dapat ketenangan sebab kalau nak bercuti dengan family aku akan bawak diorang jauh sikit, cameron diorang pun dah bosan dah. selalunya aku akan book hotel yang ada GARDEN tau, so morning-morning lepas bangun boleh acah acah OVER THE SEA sikit. spent time and relax kan diri sendiri dengan tido, tengok tv and jalan kaki tengok view kat sana. tenang wey, tengok budak2 main bola. fuhh nikmatt

aku sejenis yang suka TRAVEL, tapi kkadang kekangan masa tu susah. So kebanyakkan trip aku kat CH je. sebab yang jauh tu kena take time nak PERGI and kena planning elok-elok. btway, untung siapa duduk ipoh ni, anytime boleh redah naik cameron.
INI CAMERON AKU YANG PUNYAAA

No comments:

Post a Comment