Wednesday, October 17

CARA SAMBUNG BELAJAR E-PJJ UITM

Alhamdulillah, dah semester akhir dah setelah 4 tahun bertungkus lumus nak selesaikan degree. Aku bakal HABIS degree bulan Disember tahun ni, insha Allah kalau takde ARAL dan takde repeat paper dah mungkin boleh habis. tapi berat sikit semester akhir ni, BANYAK subjek pecah kepala punya.

sebelum tu, nak explain. E-pjj ni adalah pembelajaran separuh masa. which means kelas kau ada brapa kali je satu semester, ada assignment, ada kena LOG IN kelas kat sistem. tapi ni semua kacang lah, yang penting kena CEKAL je cam aku, kahkahkah.

Okay, kat sini aku nak bagi korang cara-cara sambung belajar kat UITM sebagai epjj. E-PJJ ni boleh sambung untuk Diploma, Degree, Master dengan PHD pun. tapi kena pandai BAHAGI masa lah ya. kalau tak pandai bahagi masa, bye! sebab lecturer tak kan tunggu korang. kena rajin log in sistem kelas juga.

Jangan takut nak sambung belajar, sebab kalau korang takut better aku suggest tak payah sambung. sebab aku takut korang tak boleh commit. aku yang 4 tahun ni pun RASA terseksa, gila kau dari ipoh ke puncak alam. setiap dua minggu sekali, tapi kalau jenis KENTAL macam aku ni no hal lah. bangun 4 pagi drive dari ipoh pergi puncak alam, masuk kelas pukul 8.30pagi no probs lah.

Perkara pertama korang kena buat, bukak laman web ined tau. Ined ni yang uruskan pelajar e-pjj uitm . universiti lain aku taktau la ya, korang jangan tanya, aku lepuk japgi. klik SINI


okay kat sini aku ajar step by step ya.
1. buka laman web ined, klik SINI
2. klik bahagian atas 'ADMISSION'
3. kat bahagian admission ni, boleh tengok program yg korang boleh apply, struktur yuran, yuran permohonan, permohonan online.
4. korang tengok klik bahagian 'PART TIME DEGREE' ataupun 'PART TIME DIPLOMA'
5. kat situ dapatkan maklumat pasal course, credit yang lepas untuk course tersebut. syarat2 layak mohon.
6. lepas dh tahu nak ambil course apa, klik semula kat 'ADMISSION'
7. pilih 'APPLY NOW'
8. kat situ ada BORANG PERMOHONAN ONLINE, ada tulis sesi kemasukkan sekali. so korang dh boleh bajet dah bila korang akan dapat keputusan permohonan tu ha.
9. isi borang macam biasa dan submit. pastikan email korang yang aktif ya, nanti diorang akan inform melalui email dan bagi surat tawaran.
10. DONE!

dah siap semua procedure, semoga sharing ni bermanfaat untuk korang. universiti lain korang kena tengok web diorang la. banyak universiti yang tawarkan epjj ni, cuma korang kena rajin search la. disebabkan aku sambung kat UITM, so aku share pasal uitm lah. good luck korang!

5 comments:

  1. skrg ined takde sis ke yg terbaru iceps short course ke?

    ReplyDelete
  2. Tak de pilihan kelas online or face to face ke?

    ReplyDelete
  3. Adakah kuliah mengunakan due bahasa?

    ReplyDelete
  4. Kalau pjj ni memang perlu datang shah alam kah? Sebab saya dkat sarawak tapi ada mohon pjj dkat shah alam uitm. Kelas bukan kelas online kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pemgalaman org lain mcm yes.. ada fizikal class 5-7 times in 1 sem

      Delete