Monday, April 16

aku OPERATOR yang merengg!

okay, dah macam2 KERJA aku try buat since PRAKTIKAL ni, aku start dari ZERO pengalaman dan pengetahuan sampai aku penuh TERISI dengan macam2 ILMU yang sangat berguna.. well, actually now aku bukan nak cerita pasal keseluruhan PRAKTIKAL, aku just nak cerita pengalaman jadi OPERATOR sebenarnya.. operator kat tempat aku je tau, kat tempat korang aku tak taulah macam mana sistemnya.. SERIUSLY kalau siapa yang tak cukup kesabaran nak jaga OPERATOR, aku prefer better korang pergi buat kerja lain.. kalau setakat jaga operator untuk sementara waktu, it will be okay lah sebab ada orang GANTI2 dan takde nak KELIBUT sangat, tapi kalau FULLY jaga operator, memang SERABUT jugak lah (entah macam mana la akak operator tu ley tahan sampai bertahun-tahun kan) .. firstly, let me tell you alls ape KERJA operator.. OPERATOR adalah seseorang yang menjaga telefon dan memastikan sistem telefon sentiasa berjalan dengan lancar tanpa masalah.. dan kerjanya agak memeningkan kepala.. actually bila orang luar yang col nak mintak transfer kat mana2 JABATAN lain ni yang membuatkan memeningkan kepala.. yelah, kalau jabatan yang agak FAMILIAR sikit tu senanglah nak transfer, tapi kalau jabatan or orang-orang yang jarang dapat panggilan, memang terkial2 jugak menaip sebelah tangan nak mencari nombor EXTENSION orang tu, sebelah tangan pegang fone, sebelah tangan MENAIP at PC cari extension number.. then, operator ni jugak tugas dia kena call nombor orang luar bila ada permintaan dari mana2 extension.. tapi yang lagi pening bila ada orang luar yang call operator tapi tak tahu nak cakap dengan siapa dari jabatan mana-mana.. sakit jiwa jugaklah nak transfer orang2 macam ni.. bagi aku kan, OPERATOR kena tahu banyak maklumat dari sehari ke sehari mengenai tempat dia BEKERJA..  means apa yang berlaku disekitar kawasan tempat bekerja macam apa-apa EVENT ke, mengenai PENGAMBILAN staff ke, or KEHADIRAN orang-orang penting nih.. sebab orang luar yang call tu kadang-kadang macam tak faham bahasa bila dah disambungkan ke extension yang dimintak dan tak diangkat, boleh pulak tanya OPERATOR samada orang yang dia nak berhubung tu masuk kerja or tak, of COURSE la jawapannye 'TAKTAHU'.. lepas tu, menjadi tugas operator jugak tau untuk MENJAWAB mengenai kemasukan pelajar.. lepas tu jaga penerimaan FAKS lagi, then OPERATOR tu jugak bagi aku as INFORMATION CENTRE la untuk satu2 organisasi tu..
Opss, eh cerita tak habis lagi lah weh... tu baru cerita pasal kerja sebagai seorang OPERATOR, belum cerita pasal PENGALAMAN aku lagi lah.. biar aku ringkaskan CERITA jelah yea, aku pernah jadi operator sepenuh masa dah banyak kali, setiap hari macam2 pengalaman dan kerenah orang luar yang aku kena hadapi.. untuk pengetahuan korang la, awal2 pagi sistem operator stil lagi teratur coz call tak banyak sangat, tapi bila dah nak masuk time pukul 10 nak ke TENGAHARI tu, telefon tu akan berdering tak berhenti, tapi bagi orang yang banyak cakap macam aku ni, tak kisah sangat pun kalau kena jawab telefon banyak2.. tapi yang jadi masalahnya bila call banyak PENDING then semua jadi kelam kelibut.. walaupun keadaan masih TERKAWAL tapi kekadang tu terkandas la jugak dari landasan sebenarnya.. bila dah LEPAS jam 4 petang, mula lah otak pun jadi tak betul sebab terlalu banyak bermain dengan NOMBOR telefon.. taip nama orang pun da start salah2 dah, menulis rekod nombor pun dah tak betul sangat, lain yang orang dalam telefon cakap, lain pulak yang aku dengar and yang paling lawak bila aku sendiri merasakan diri sendiri BODOH kurang pandai bila orang cakap nombor 3 then aku sebut 3 but aku tulis 2.. seriusly rasa macam kena masuk TADIKA balik, but nasib baik lah otak aku ni kuat ingatan lagi nak betulkan balik kesilapan sendiri.. hehe.. but the most IMPORTANT thing is everything is UNDER cotrolled :P

*tabik SPRING kat akak operator :D

No comments:

Post a Comment