Thursday, September 20

TANDA TANDA ANDA BOSAN DENGAN KERJA

Pernah tak korang rasa semacam je bila nak bangun pergi kerja? MESTI ada kan. mungkin sebab dah terlalu lama bekerja, ada yang 5 tahun, 10 tahun atau 20 TAHUN? fuh, aku yang dah kerja 5 tahun ni pun dah terasa bosan nya, apatah lagi yang kerja lama kan. Kadang-kadang kebanyakkan orang bekerja ni macam tak ada PILIHAN, sebab ada komitmen jadi terpaksa bekerja sampai tak tahu nak enjoy life macam mana kan, termasuk lah aku ni ha.

Nah kat sini, aku bagi tanda tanda if korang nak tahu korang sebenarnye dah bosan dengan kerja or tak.

1. SUSAH NAK BANGUN PAGI
bila time pagi je rasa macam susah sangat nak bangun, lepas subuh rasa nak tido balik. rasa macam eh harini MC jela, or EL jela sebab malas gila gila. macam mata kena gam, tangan kaki kena ikat kat katil. asik terbayangkan tido yang lena, bangun pagi pukul 10 dah boleh sarapan kat dapur and segala bagai lah. haaa, jaga2

2. RASA TAK BAHAGIA BILA SAMPAI DI OFIS
ni paling bahaya, masuk office je muka monyok macam tikus mondok. rasa macam nak marah, tengok file file, tengok paper semua rasa nak hangin. haa ni petanda memang dah bosan gila lah. tak mampu lagi nak masuk office tengok kerja semua ni. tapi TERPAKSA. 

3. MOODY SEPANJANG HARI
moody ni datang tiba-tiba aje tau. tengah lunch moody, tengah meeting moody. nak cakap dengan kawan sekerja pun jadi malas and moody sentiasa je. bila tengok fone, emosi jadi okay tapi once start buat kerja mood pun berubah 360 degree sebab moody tiba2.

4. FIKIRAN TERINGAT TEMPAT LAIN
Kalau tengah duduk kat office or tempat kerja tu tapi tiba2 kepala merewang teringat tempat lain. tempat bercuti ke, tempat melepak ke. rasa nak hiking ke, travel ke. rasa macam nak totally enjoy the life, haa ni tanda tanda lah dah ni kena keluar dari office ambil angin sikit.

5. OTAK LIGAT FIKIR MACAM MANA NAK LEPASKAN DIRI
selalunya orang suka duduk office, tapi bila dah start bosan. otak ni ligat je fikir cemana nak cari jalan buat kerja luar ke. cari jalan nak lepaskan diri dari meeting pastu rasa macam kaki ringan je nak melangkah keluar dari tempat kerja. kalau bab isap rokok tu tak payah cakap la, dh berkotak2 dah rokok habis. alasan nak stay luar ofis la tu!

haa ada tak tanda tanda korang bosan dengan kerja korang? kalau ada cepat2 buat tindakan tauu. jangan sampai melarat pulak.

Kalau bosan dengan kerja, boleh ambil cuti seminggu then pergi travel or berjalan mana-mana tenangkan HATI dan PERASAAN sampai puas. then if tak jalan jugak, berhenti kerja then BUAT BISNESS. mungkin struggle lebih sikit lah lepas tu. GOOD LUCK!

Monday, August 27

CAMERON HIGHLAND! BOSAN KE MENARIK?

Kalau korang nak tau, destinasi PERCUTIAN yang paling selalu aku pergi ni Cameron Highland lah. kekadang rasa RUNSING dengan kerja, life sendiri. Terus pack naik CAMERON je, sebab cameron paling dekat dan jimat masa dan duit. anytime boleh redah, hujung bulan pun still boleh korek duit pergi cameron tau sebab tak banyak sangat pun belanja. setakat duit minyak, makan dengan hotel je.

Kalau nak pergi cameron cara aku yang jimat ni, senang je. Korang pergi sorang-sorang then bawak bekal makan. So korang takkan spent banyak sangat on FOOD. sebab tempat sejuk korang akan jadi CEPAT lapar ya. pelahap tak hingat okay gais. Pastu bila lalu PASAR cameron tu, sila tutup mata sebab taknak beli apa-apa yang merapu.

Duit aku memang habis kat minyak dengan hotel je, makan pun dah bajet siap dalam rm30 sahaja DUA hari SATU malam. pagi gerak dari sini makan siap2 kat rumah, sampai sana TENGAHARI makan kat kedai nasi campur, then malam makan megi minum teh kat bilik. Next day pagi breakfast kat hotel, tengahari NASI campur then kul 5 dah gerak keluar dari CH dah. JIMAT tak? dua kali je aku beli makan kat luar. biskut segala megi aku bawak dari bawah, so that aku takkan over spent. SELALU kalau nak beli sayur ke jagung ke untuk family, aku dah BAJET dah dalam rm30 jugak sebab family aku kecik je.


sesetengah orang akan cakap pergi sebab nak BERCUTI, habiskan masa dengan family. Tapi bagi aku tak, aku pergi nak dapat ketenangan sebab kalau nak bercuti dengan family aku akan bawak diorang jauh sikit, cameron diorang pun dah bosan dah. selalunya aku akan book hotel yang ada GARDEN tau, so morning-morning lepas bangun boleh acah acah OVER THE SEA sikit. spent time and relax kan diri sendiri dengan tido, tengok tv and jalan kaki tengok view kat sana. tenang wey, tengok budak2 main bola. fuhh nikmatt

aku sejenis yang suka TRAVEL, tapi kkadang kekangan masa tu susah. So kebanyakkan trip aku kat CH je. sebab yang jauh tu kena take time nak PERGI and kena planning elok-elok. btway, untung siapa duduk ipoh ni, anytime boleh redah naik cameron.
INI CAMERON AKU YANG PUNYAAA

Monday, August 20

UMUR DH NAIK! INGAT SENANG KE JADI SINGLE NI?

minggu ni pergi KENDURI kawin kawan2 sekolah dulu. tahun ni saja dah berapa banyak kenduri kawin dah aku attend. Dan soalan yang keluar dari mulut kawan-kawan masih sama. KAU bila? aku sendiri takde jawapan dengan soalan diorang sebab bagi aku perkahwinan tu satu perkongsian dan komitmen. bukan belum BERSEDIA tetapi takut dengan dunia sekarang. kadang-kadang fikirkan apa yang bakal berlaku rasa TAKUT.

ehh, jap jangan ingat jadi single ni senang. aku kena travel pergi mana-mana pun sorang aje tau. jenis takreti duduk diam ni memang susah. sejenis nak travel merata-rata tapi takde partner. orang lain elok travel overseas dengan suami dan anak, aku chillax je travel sorang-sorang macam TAKDE perasaan kan? mula-mula dulu fikir eh takde hal lah, aku kan taff sangat. bila lamaaa sangat travel sorang, jadi taksado pulak hati ni. yelah kena ambil gambar sendiri woi. haha

Oh tu bukan perkongsian sebenar, isu paling utama sekarang is isu diganggu oleh makhluk perosak. actually since aku single ni kan, terlalu ramai suami orang yang GATAL cuba ambil peluang tapi nasib la aku jenis kuat iman. yelah suami orang ni kalau korang nak tahu, penangan ayat memikat dia lain macam tau. FUHH ayat manis dia kalah gula gais, kau dengar pun boleh cair. belum part dia cerita dalam kain pasal bini dia lagi, yelah nak tambah bini mesti la kena buruk kan bini hat nombor satu ye dak? itu la faktor utama aku takut kawen, sebab bukan nak cakap lelaki ni semua sama, tapi majoritinya lebih kurang je perangai. haha

doa yang baik2 okay gais, semoga aku bertemu prince charming yang kuat iman dan sayang aku dan bakal anak2 kami je.. bukan apa, aku tak suka kongsi kongsi ni even dalam ISLAM tak melarang poligami tapi bukan suami aku . hahaha

Thursday, August 16

PASTA SPIRAL GORENG RESIPI BUJANG

Hai gais, tak pernah2 aku update PASAL MASAKAN kan? bukan bermaksud aku tak pandai masak. cewahh. tapi boleh la lepas tekak aku yang duduk rumah BUJANG ni kan. masak se simple yang boleh tau. so that jadi la perut kau kenyang.

So dua hari lepas aku masak pasta spiral versi goreng ala pemalas aku la. Kat sini aku bagi resepi kat korang versi campak sesuka hati ya. memang simple gila, senang nak buat, dan sangat SENANG nak makan. hahaha

Masak pasta cara paling simple tapi sedap 🤤 PASTA TEKAK MELAYU nama diaa 😝

Bahan-bahan:
-Spiral pasta (direbus dan ditos air)
-Bawang putih & bawang holland potong dadu
-Sos pasta traditional ADABI / PREGO
-Udang 10 ekor
-Ayam isi 2 ketul (dipotong dadu)
-Sos lada hitam
-Sos tiram
-Sos cili
-Sayur potong nipis supaya mudah masak (carrot/brokoli) - dalam ni takde so buh cili jela.

Cara-caranya :
1) tuang dua sudu minyak. Tumis bawang putih & bawang holand
2) masukkan ayam & udang. Kacau sampai agak masak
3) masukkan sos pasta 1/2 cawan. 2 sudu sos cili, 2 sudu sos tiram, 1 sudu sos lada hitam. Kacau rata
4) masukkan pasta. Kacau sebati
5) masukkan sayur kacau dan tutup api.

Walaupun nampak kurang cantik, tapi rasa dia perghh melayu sangat. haha

So untuk bujang2 yang KURANG RAJIN tu boleh cuba masak pasta ni, senang sangat. takde istilah tak tahu masaklah zaman sekarang, sebab dunia dihujung JARI okay gais. klik google keluar terus resepi.



Wednesday, July 18

RESTORAN MAHARAJ IPOH

Ni namanya entri basi tau sebab dah LAMA peram nak TULIS pasal foodreview dekat restoran MAHARAJ ipoh yang serve ORIGINAL INDIAN FOODS. Time pergi makan kat sini tu on birthday aku tau, so macam excited gila. first time masuk sini, sebab selalu lalu je. haritu nak pergi makan time tu tetiba ada event so tak boleh pergi la. aku pun dengan redho keluar balik wey time tu.

NASIB this time waktu birthday ada yang sudi nak bagi BIRTHDAY treat katanya wey. bahagianya I takpayah keluar duit membayar bill sendiri. haha. apa guna nya kawan kalau tak belanja TIME birthday kan?. hahahaha. ni gambar luar dan dalam RESTORAN tau, jangan salah masuk maharaj lain pulak gais.



MAKANAN dia memang awesome, kena la dengan tekak melayu aku ni. GRAVY dia memang auum sangat gais sebab dia tak kedekut bahan kot, tapi harga boleh tahan la, tak boleh makan hari2 tau sebab nanti poket koyak. haha. so menu dia memang MAKANAN original india, so jangan nak mintak rendang ke sup ayam ke dalam tu, kena pelangkung dengan belanga japgi. hahaha

Nah cuci mata makanan dia dengan GAMBAR aku yang acah2 comel tu.




makanan dia nampak macam sikit kan? please jangan TERTIPU sebab banyak ni pun kitorang takhabis makan wey. so KALAU berdua tu jangan la order banyak2 sebab nanti takhabis. berbaloi la dengan harga dia, KENYANG tersandar okay gais. dah nanti aku review lagi makanan best kat IPOH bila aku free tauuu.

Tuesday, July 17

JALAN JALAN NEGERI BERSEJARAH

Syukur sangat daapt ambil PELUANG berjalan bawak kekasih hati kat sini. opss bawak MAK dengan adik aku la. I kan tak ada husband lagi, itu jela yang ada buat masa ni sebab serik pasal bakal laki I kena kebas dengan budak hingusan dulu tu. haishh.

Actually minggu lepas hari jumaat ada exam, tapi dari khamis lagi aku dah angkut mak dengan adik aku BERTAPA kat KL sehari sebab jumaat exam pagi tau. so saja pergi awal dapatla rehat2 sikit melepet sembang kosong dengan diorang.

Jumaat lepas EXAM terus pecut balik hotel pickup mak dengan adik terus ke bandaraya bersejarah kat MALAYSIA ni. kat mana lagi kalau bukan melaka kan. drive dari Ipoh ke KL then dari KL ke melaka, cramp kaki wey. Tapi tak terbayar dengan kegembiraan yang aku bagi pada MAK aku, bahagia sangat tengok dia bahagia.

Aku check-in kat THE SHORE melaka, best situ sebab kat bawah the shore tu ada shopping complex so boleh cuci mata sikit kan. Kolam dia pon cantik gila, memang sesuai kalau yang nak pergi dengan FAMILY tu sebab budak2 mesti happening sangat2 dapat main air. Nah cuci mata gambar hotel sikit.




gambar ehsan google tau. sebab haritu tak ambil pun gambar hotel just ada gambar dalam bilik je. rate dia agak mahal la tapi masih mampu lagi untuk rakyat marahaen macam kita ni. haha

Btway jumaat tu kami sampai awal jugak la around 2.30pm sebab bertolak dari kl 12.30 dan stuck kat jem bila masuk melakaau tu. bapak gila banyak TRAFFIC light dia gais. hahaha then lepas rehat2 sampai petang, malam tu pergi dia punya around bangunan MERAH dengan JONKER WALK tu, saja cuci mata.



yang gambar beca ni entah taktau kenapa tangan ambil gambar jalan kosong, motif ape entah. cuci jela mata korang ni ya.

SECOND day hari sabtu tu gigih pergi pantai yang FENDY BAKRY berlakon cerita MR.GREY tu sebab cari buaian yang fendy bakry pegang tu mana tau kot tido mimpi dia malam tu. haha cari2 takde pun haih. dapat la BERGAMBAR dengan KUDA kat tepi pantai. pastu otway balik dari pantai beli keria ANTARABANGSA dengan coconut shake. pergh dia punya melantak tu kalah orang mengandung lol. Makan tak hengat kat MELAKA ni. makan tengahari kat restoran KAMPUNG depan menara taming sari tau. sedap, ramai orang tapi MAHAL!


nah sila telan air liur!

malam tu balik dari luar dah masing2 melepet taklarat. sempat lagi jalan dalam mall dekat dalam The Shore tapi takde apa sangat so cuci jela mata sikit2. lepas tu naik bilik, DINNER then tukar baju terjun kolam. berenang sampai lebam wey.

Pagi AHAD tu bangun lambat sebab penat drive dari khamis non stop, then KEMAS2 nak keluar dari bilik. lepas chek-out je terus tuju makan tengahari kat WANG SOLO then shopping sikit kat town. Siap pergi perkampungan melayu kat tengah tengah pekan tu lagi. KG.MORTEN. kampung nice, penuh dengan ciri-ciri KEMELAYUAN, siap disapa ramah lagi dengan penduduk. sangat2 AWESOME.





NICE sangat sangat tempat dia. pastu kami terus bergerak pergi LIMBONGAN balik sebab nak beli keria before balik. fuhh memang perjalanan yang memenatkan tapi bahagia je rasa sebab rasa macam dah lama tak berjalan kaw2 gila. penat tapi BERBALOI. Around 3 kami bertolak balik IPOH, dengan nak berhenti RNR nye. fuhh penat! selamat sampai ipoh jam 9 malam yeayy..


Wednesday, July 11

OFFICE BARU SETELAH 5 TAHUN

Alhamdulillah! Happy sangat selepas hampir 5 tahun BEKERJA, walaupun tak dapat kerja kerajaan tapi kerja swasta pun BAHAGIA hokay gais. Ada la mulut makcik makcik bawang tanya kenapa tak kerja kerajaan, dah belum ada REZEKI nak dapat peluang kerja government kan. Pernah apply, pernah dapat interview sebelum dapat kerja yang sekarang tapi rezeki masih belum berpihak. Oleh sebab tu, terpaksa REDHA dengan peluang kerja ditempat ni 5 tahun lepas, rupa rupanya ALLAH nak bagi rezeki yang lebih baik kat sini.

kerja kat mana pun sama, busy dan penat. Tapi bezanya KERJA kat sini takde mental stress yang over limit. Tapi bersyukur sangat, kerja dengan BOS yang sama hampir 5 tahun dan finally tahun ni dapat duduk office baru yang jauh lebih baik. SYUKUR sangat sangat.

Nah selfie sikit, office baru lagi best gais. I got my own!


Tuesday, July 10

RINDU DUNIA BLOGGING

IM BACK! rindunya nak blogging lagi. setelah hampir 3 tahun tak menulis lansung. Tangan dah start gatal balik nak menulis gais. Bahasa pun makin berubah kan, taksama macam 3 tahun yang lalu dah. kenapa? Dulu masih childish. sekarang pun MASIH childish tapi sedikit matured. Siapa cakap aku menghilang. Tidak sama sekali menghilang, blog masih aktif walaupun takpernah update walau satu cerita pun. Tahun ni terlalu banyak perubahan dalam hidup aku. oh yet masih belum berkahwin tau. Eh not loser, but aku masih MENCARI sesuatu yang tak pasti. cewahh.. susah la lelaki nowadays cannot be trusted tapi ni cakap dalam hati jela. risau kena hentam pulak kang.


So for introduction selepas 3 tahun menghilang tanpa khabar di blog ni kan. Nama aku masih sama, umur dah berubah la, masih lagi student UiTM EPJJ dan aku dah FINAL SEM tau. setelah merangkak hampir 4 tahun, nak habis jugak kan. Penat buat PJJ ni, mental dengan FIZIKAL kena kuat. kalau tak kuat, kekadang KOYAK jugak ya. bukan sebab apa, tiap minggu berulang dari IPOH ke KL. pergi jam 5 pagi, balik jam 7 petang. seharian aku tak cukup tidur.

Masih single, mencari sesuatu yang pasti. Minat kat blogging takpernah pupus, cuma masa sangat2 mencemburui aku. Hari hari penuh dengan rutin harian yang sangat penat dan SUCK. yes, suck sebab kena kerja, disamping buat bisnes kecik2 sebab nak cover pergi study then busy dengan assignment. tapi I is tak pernah putus asa, itu je. 

Doakan aku KUAT nak MENULIS blog ni time aku free tau. sebab aku rindu BLOGGING :D

Tuesday, November 17

TANDOOR GRILL AT IPOH

Misi minggu lepas explore makanan dekat area ipoh, tujuan nya supaya lebih mesra dengan ENVIROMENT di Ipoh ni.. haha.. actually bosan dah makan makanan orang bujang, makin lama makin tak sedap makanan orang bujang ni sebab kena makan sorang-sorang ditemani televisyen dan suasana yang suram.. sekali sekala nak jugak merasa makan MEWAH, betul tak?.. haha.. so malam tu rasa nak makan NORTH INDIAN cuisine.. pusing-pusing area greetown then tiba-tiba teringat satu port best.. sebab selalu pergi ofis client ada la lalu situ beberapa kali tapi tak ada kesempatan lagi pun nak singgah and MERASA makanan dekat situ.. dan dengan lahapnya aku menekan minyak (kalah drifter) menuju ke RESTORAN tu.. nasib aku baik sangat sebab tak perlu buat reservation and kebetulan orang tak berapa ramai malam tu.. whoaa, bau rempah menusuk dihidung bila pintu terbuka luas menyambut kedatangan aku.. rasa macam nak TERKAM terus pegi dapur tu.. haha.. seriusly rasa macam excited nak order makanan.. lepas order, sempat la menyembang and bergosip setalam dua pastu makanan pun sampai.. lepas je aku rasa makanan dia, terus rasa macam nak menangis sebab ini MAKANAN yang seriusly SUPERB dasyat dan kena dengan selera betul.. nak, bagi gambar sikit INTERIOR restoran dengan makanan yang ada.. sesiapa yang nak cuba, dipersilakan.. boleh just walk in atau buat reservation..




Happy Dinner!

Wednesday, November 11

7 BULAN MENDIAMKAN DIRI

lagi, lagi dan lagi terpaksa mendiamkan diri.. TERPAKSA? persoalan terpaksa tu aku sendiri cipta sebab dengan keadaan hidup aku yang makin sarat dengan tanggungjawab dan rutin harian yang semakin melenyapkan masa lapang aku sendiri.. dengan jadual harian yang sangat PADAT setiap hari aku lalui dengan perasaan letih dan tak bermaya.. mesti tertanya-tanya, tapi kenapa harini aku mula menulis semula kan? selama 7 bulan ni, terlalu banyak yang aku pendam tak terluah.. terlalu banyak benda yang berlaku yang tak MAMPU aku tanggung tapi aku diamkan.. harini, aku terpanggil untuk mencoret semula perjalanan hidup aku sebagai manusia di muka BUMI Allah ini.. sekadar mencari ketenangan dengan menulis dan meneruskan semula hobi menulis aku yang terkubur.. insha Allah, aku harap sangat aku akan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menulis pada hari hari akan mendatang..