Tuesday, August 5

e-PJJ UiTM SHAH ALAM

alhamdulillah, syukur sangat kehadrat ILLAHI, dah lama tertunggu-tunggu result e-pjj ni.. tiap bulan rasa NERVOUS aje sebab risau tak dapat sambung buat degree.. bos bising tanya kenapa nak sambung belajar lagi sebab sekarang nak KERJA semua nak tengok PENGALAMAN.. no big deal lah bos, saya bukan nya nak stay sini sampai tua.. mesti nak jugak merasa pegang jawatan tinggi2.. nanti dah STABIL sikit boleh la nak buat loan bukak perniagaan sendiri.. iye dok?.. actually, mama and abah yang berhajat sangat nak tengok salah seorang anak dia sambung degree, so kita tunaikan permintaan diorang.. walaupun hanya pjj je, at least bila orang tanya boleh jugak cakap habis DEGREE kan.. degree ni makan masa almost 4-8 tahun jugak la, lama tu.. tak tau la mampu bertahan ataupun tak, doa-doakan boleh dan sanggup bertahan sampai habis belajar.. yelah, DEGREE full time dengan part time ni tak sama.. ni belajar nak kena kerja, banyak benda woo nak kena fikir.. silap-silap banyak tunggang langgang aje nanti ha.. harap-harap sangat dapat atur hidup lebih berSISTEMATIK lepasni.. cewaahh.. aku dapat kursus kesinambungan dari kursus diploma dulu ha.. kali ni dapat IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT (KEPUJIAN) haa, panjang sangat nama kursusnya haih.. 16 hb ogos ni dah kena pi daftar dan lapor diri kat kampus UiTM shah alam, harap-harap semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.. okay, kali ni boleh cakap dah 'UiTM dihatiku' .. bhahaha
p/s : senior2 yang dapat sambung belajar course sama, share-share la kelas macam mana, then benda lain.. gitau la sikit sebab dah banyak kali baca pasal course pjj ni tapi tak faham sangat.. mohon share sikit ye kakak adik abang.. =)

No comments:

Post a Comment