Friday, August 22

DAFTAR degree done!

Alhamdulillah, sabtu lepas dengan jayanya DRIVE seorang diri ke KL berbekalkan secebis GPS dalam handphone je.. secebis? eh pun boleh la kan.. tapi sampai aje dalam pekan KL boleh pulak sesat salah jalan masuk ke KL SENTRAL, gelabah tak pasal.. dah la tak pernah drive sorang-sorang kat KL.. sebelum ni pernah berjanji dengan diri sendiri tau, takkan duduk KL sebab serabut tengok jalan KL tu, tak sanggup nak redah jem la.. memang aku sampai petang tu agak jem la jugak, serabut je nengok haih.. nak uturn pun susah, nak kena jumpa jalan betol-betol baru boleh Uturn balik.. kalau tak, jangan harapla wey nak uturn jalan besar dan sesak macam tu, silap-silap kena horn bertalu je.. nasib baik la aku naik kereta PLAT perak, so kalau buat salah macam orang boleh consider lagi.. yelah as orang luar KL, konfem la tak tahu jalan.. haha.. perjalanan bermula petang jumaat tu lepas asar then straight je tuju ke CHERAS (walaupun sesat).. tak berhenti pun mana-mana.. berhenti pun bila dah betul-betul sampai kat hotel taman connaught tu je.. fuhh, penat habaqq ang.. haha.. sampai-sampai terus kelibut pergi reception, nasib baik la dah book online awal-awal.. kalau tak, memang masakla takde bilik untuk aku.. faham-faham la kalau esoknya weekend kan? semua nak CHECK IN aje.. oppss.. haha, entri 18sx tak dibenarkan la.. pagi sabtu tu, awal pagi lagi aku dah terpacak dalam bilik air tu nak mandi.. gila sejuk la sebab aircond dari malam sampai pagi terpasang je.. siap cepat2 then terus pegi ambik jejaka-jejaka malaya kat flat len seng tu (member2 poli hokay).. dan perjalanan pun BERMULA ke UiTM shah alam.. bermulalah hari pendaftaran dan segala mak nenek yang nak kena setel haritu.. kad pelajar, yuran then dokumen-dokumen yang berkaitan lah kan.. setel semua then dengar taklimat jap pastu blah.. haha.. choii dengar taklimat, haha.. padahal tak dengar pun.. ok bai..
tudung senget, nama AZIS, pun boleh laaaaa...

jejaka malaya lah sangat kannn.. haha


No comments:

Post a Comment