Tuesday, August 5

HARI RAYA tahun 2014

SELAMAT HARI RAYA! orang dah habis raya seminggu dah, harini baru sempat nak update blog ucap selamat hari raya.. almaklumlah bercuti seminggu, memang SERONOK habis duduk dekat rumah.. tapi tak best! sebab kena layan tetamu mak aih punya la ramai.. lepas sorang, sorang pulak datang.. kenapa tak kumpul-kumpul then datang reramai.. penat den nak hidang air dengan makanan tauuu.. takpe, kan Rasullullah ade cakap, tetamu tu perlu dilayan dengan sebaik mngkin.. alhamdulillah, tahun ni raya sangat sangat lah bersederhana.. kenapa? sebab mungkin dah kerja kot.. feeling nak RAYA tu macam dah hilang sikit demi sedikit..  baju raya ada sehelai aje, sederhana kan? haa, tulah penangan raya tahun ni.. baju raya pun ala kadar je, kuih pun buat sejenis je, buat kek dua jenis, then rendang.. lain-lain semua beli.. tapi raya tahun ni paling havoc sikit bab RENDANG, 3 ekor ayam wey.. biasa kalau raya mesti 1 setengah ekor je tapi kali ni over pulak.. tahun ni mostly banyak aku yang buat, sebab yelah ma pun dah start tak larat.. kesian  pulak, so as SULUNG perempuan mestilah jadi yang paling busy sehari sebelum raya tu.. memang bergelimpangan aku tido kat dapur masak tu gara-gara nak tunggu rendang betul-betul kering.. baju dapur tak payah cakap la, sampai basah sebab main air.. kejap-kejap basuh itu, kejap-kejap basuh ini.. periuk besar memang tak hingga la.. haha.. tapi puas tahun ni sebab rasa penat tu berbaloi-baloi.. air tangan sendiri, masak untuk FAMILY, ofcoz macam seronok gila kan.. hihi.. pagi raya tu membuta tak henggat, lepas subuh boleh pulak tidor balik.. nasib baik bangun-bangun tu duk awal lagi, sempat la buat apa yang patut ha.. raya tahun ni balik belah abah dulu, tu pun dah raya ke lima baru balik KAMPUNG.. maybe minggu depan kampung mama pulak kot, entah tengok aje lah macam mana nanti ha.. and paling tak boleh nak terima, KESEDERHANAAN tahun ni membuatkan aku takde satu pun gambar hari raya! sila tutup muka sendiri.. takpe, yang penting macam mana pengisian hari raya yang kita sambut tu kan.. at least tak kena kecam sebab selfie atas kubur, ehhh.. okay uolls, takde gambar raya untuk tatapan umum ye sebab memang beraya tanpa GAMBAR lansung tahun ni hokay.. nak datang raya? mai la, tapi boleh serve biskut kering ajelah yang mampu.. nak datang raya kat rumah sewa aku kat sini pun boleh, lagilah lansung ade air SEJUK je.. nak? mai la.. duit raya takdak! harap maklum ye.. eh, haa selamat hari raya ye, maaf zahir batin dan SALAM kosong kosong (sambil nyanyi lagu najwa latip).. =P

No comments:

Post a Comment