Monday, July 21

nak mewah ke nak murah?

tetiba entri macam ni muncul dalam kepala hotak aku ni.. dunia sekarang semua nak nampak mewah aje ha, yang susah kemudian tak ada pulak nak fikir.. actually aku tengah berkira-kira pasal HARGA kereta dan model kereta ni.. aku nak kereta mewah, means cam nampak gah bila pakai kereta.. tapi harini mata aku cam terbukak sikit bila tiba-tiba BOS aku nak keluar dan cakap 'i nak pergi beli barang, tapi malas nak balik tukar kereta, if i bawak kereta ni nanti dapat barang mahal, semua diorang nak cas mahal.. padahal harga tu seratus dua ratus je, tapi nanti mesti nak cas extra'.. okay aku terpegun kejap dengan kata-kata dia.. untuk pengetahuan korang, bos aku pakai Merc SPORT ye.. so wajar lah kena chong dengan perniaga-peniaga kedai kan?.. aku fikir punya fikir, betul jugak KATA dia.. selalunya orang tengok sesuatu tu dari penampilan kita, kalau pakai ala mak datin memang harga barang 110% diorang naikkan ha.. aku pernah tau sebelum ni, keluar pergi pasar pakaian and aku pakai seriusly sangat tak melambangkan imej budak muda dan bekerja.. nampak macam mak-mak suri rumah dan tersangatlah selekeh.. then boleh tawar harga baju sampai aku puas hati.. nampak tak kat situ?.. then next WEEK nya pergi lagi, tapi pergi lepas kerja, so pakai baju kerja la kan.. sofisikated ha, terus mintak TAWAR pun dia buat muka.. tak dapat tawar pulak tu, sakit hati kite haa.. haha..

moralnya kat sini, sila pakai selekeh dan biar nampak miskin.. asalkan duit berkepok-kepok dalam poket.. orang kalau nampak kita mewah, dia hormat tapi dia tak tahu dalam poket tak ada duit.. haha.. ok bai

No comments:

Post a Comment