Wednesday, July 2

IPOH STREET ART, BFF

ENTRI dua dalam satu nih.. nak cerita pasal bff aku yang sekarang memasing busy dengan life sendiri.. haritu diorang datang ipoh, jenguk aku yang tak ada cuti plus malas nak turun K.L. so penyudahnya, diorang yang datang sini.. lepak-lepak kat sini sebab dulu ipoh ni la tempat kitorang duk lepaking and shopping-shopping sakan.. dulu rajin jugak bercuti sesama, bff time kata nya.. haha.. no boyfie, no other friends, BFF only! tapi sekarang dah tak boleh la, memasing sibuk nak jumpa pun susah.. aku la paling sibuk kot, kan? haha, sorry nokks2 sekalian.. malam tu kitorang lepak borak-borak je, then esoknya baru bermula perjalanan kitorang kat sekitar IPOH ni.. aktiviti biasa-biasa je, makan-makan then ushar2 bandar ipoh (padahal dah bosan tengok ipoh tiap-tiap hari).. then plan la pergi Ipoh Street Art.. street art ni terletak kat belakang bangunan-bangunan lama dekat dalam town ipoh, untuk orang luar yang kurang mahir dengan sekitar ipoh tu, korang masuk town then cari sign board nama JALAN Dato Onn Jaafar hokay.. dekat dengan BANGUNAN merah, kedai kopi Wai Sing.. mesti jumpa.. haa, kalau nak lagi senang kan, korang cari bangunan warna warni dalam town ipoh, street art sebelah tu je bahagian belakang..
 ni bangunan warna warni tu, betul2 dalam town.. 
kalau jumpa bangunan-bangunan ni, jumpa la street art ipoh.
BFF aku yang cantik molek, okay aku sangat serabai plus-plus sebab malas...
opss, lagi sorang bff tak ada ye, sebab di Russia sedang belajar dan tak cuti..
art budak-budak main lompat tali
ikan emas dengan akak comel
main ape entah ni, aku pun tak tau.. haha
ada lagi picture banyak-banyak tapi malas upload, karang tak larat korang tengok.. haha.. btway just sikit komen la pasal street art ni.. kawasan yang sesuai di tengah-tengah bandar tapi malangnya ade kawasan-kawasan yang tidak dijaga.. berbau ehem2 dan ada ehem2.. memang tak ada orang jaga ke? kalau bahagian depan-depan then macam baru-baru tu masih bersih dan cantik tapi kalau dah kebelakang tu agak ehem-ehem.. tapi apa pun, tetap tak mengecewakan.. sebab cam feeling kanak-kanak sikit kan.. hihi..

p/s: pada sesiapa yang masih confuse dekat mana, ni coordinat GPS okay N 04 35.613′ E 101 4.923′




2 comments:

  1. Replies
    1. Hihi, banyak je gambar .. tapi segan nak masuk banyak-banyak la.. hihi.. tapi belakang street art ni ada satu lorong je yang de art nye.. =)

      Delete