Alhamdulillah, selamat memasuki tahun 2015, bersyukur sangat pada Allah kerana mengurniakan usia sehingga 23 tahun di atas muka bumi
NYA..sekejap sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam je masuk tahun 2014,tapi sekarang dah tahun baru pulak.. blog pun dah lama tak berisi nih.. Penghujung tahun 2014 agak pahit bagi aku bila ditipu oleh
SEORANG hamba Allah yang berbangsa Melayu dan beragama
ISLAM..
SEMINGGU sebelum aku ditipu, aku ada bermimpi yang cincin emas yang aku pakai ni patah dua, dan esok harinya aku google di
INTERNET pasal tafsir mimpi ni.. dalam tafsir tu cakap aku akan
DITIPU seseorang, seharian aku termenung fikir siapa yang akan tipu aku.. orang terdekat ke? family aku ke? kawan-kawan aku ke?.. macam tak boleh terima hakikat sebab aku bayangkan orang-orang yang aku sayang akan
TIPU aku.. tapi rupa-rupanya tak.. Orang yang tipu aku tu orang yang aku tak
KENAL lansung. Ceritanya, aku nak menyewa sebuah apartment yang dilengkapi perabot penuh, tapi semua tinggal abu dan debu semata-mata.. aku kena tipu bulat-bulat! first bukak mudah.my nampak iklan dan terus berurusan dengan seorang lelaki cina yang kononnya bernama
STIVEN tapi dia pass aku pada
P.A dia yang bernama
NUR LIYANA.. bukan nak mengaibkan sesiapa, tetapi
NURLIYANA ni penipu yang licik, dia sangat bijak menggunakan helah dalam menuturkan kata-kata dia.. aku salah seorang mangsa yang terkena,. aku tak tau la berapa ramai lagi akan menjadi mangsa diorang ni.. ceritanya, si liyana ni cakap yang apartment tu ramai ada yang tanya, nak dekat
5 6 orang tanya pasal apartment yang aku nak sewa tu tapi dia kata lebih percaya dan senang berurusan dengan perempuan sebab mudah kalau apa-apa
TERJADI berkenaan rumah tu.. mula-mula aku cakap nak tengok rumah dan bayar deposit secara
BERSEMUKA, si liyana ni cekap tau, dia kata kalau tak letak deposit dulu dia akan pass rumah pada orang lain.. dan
DEPOSIT tu
RM 1000! gila kapa nak bagi duit banyak tu dekat orang aku tak pernah jumpa lagi.. so aku nego la sebab janji letak deposit dulu dan baki aku bagi
LEPAS jumpa bersemuka dan bagi kunci.. memang percaya habis lah ni, sebab fikir dia perempuan dan
MELAYU dan
ISLAM! fuuhh, gila aku bagi la
1/3 dari jumlah deposit yang dia mintak tu, bank in wey bukan face to face sebab dia kata nak urgent sebab kalau tak dia bagi rumah dekat orang lain dan dia pun
BERIA lah janji nak tunjuk rumah petang tu jugak.. dah la tengahari tu dah paksa aku deposit duit dengan
ALASAN nak book rumah tu untuk aku, takkan bagi orang lain dah lepas aku bagi deposit.. tapi bila petang aku cakap nak jumpa, alasan meeting drag sampai malam pulak.. aku tunggu lagi tapi lepas tu aku mesej dengan
CALL semua tak berjawab! memang panas hati rasanya.. aku tunggu sehari dua, call mesej semua takde jawapan jugak then aku pun amik la tindikan
REPOT POLIS! penyelesaian terakhir lah tu.. so liyana, kau tunggu la eh polis datang angkut kau kat rumah.. herm, berbalik pada mimpi aku, semalam pun aku ada mimpi pelik lagi sekali, aku mimpi aku
MELAHIRKAN anak.. dan tadi google jugak, dan jawapannya ada dua samada masalah paling besar aku akan
SELESAI atau aku akan bertemu
JODOH.. wallahualam =D
p/s : mimpi ni mainan tidur kot kan, mungkin hanya kebetulan je ni..
No comments:
Post a Comment