Tuesday, October 21

FED UP dengan sistem!

siapa pernah BELAJAR pjj angkat kaki cepat! haha.. nak cerita pasal kefedupan aku menghadap sistem web yang aku GUNA untuk sambung belajar ni.. kalau korang tak pernah pakai sistem ni sebab tak belaja pjj macam aku, meh aku bagitau macam mana nak guna.. SISTEM ni macam korang guna korang punya ONLINE banking sebab ada limited time.. FIRST bukak web UiTM then korang cari pautan link then click iClass, kat situ kena log in.. kena masukkan username dan password untuk access ke KELAS yang korang belajar tu.. eh, dah macam cara-cara la pulak, padahal tadi nak cerita pasal fedup dengan sistem.. apa-apa jela ye, just nak buat korang faham aje sistem tu macam mana sebelum aku teruskan cerita ni ha.. okay, nak dijadikan cerita minggu lepas LECTURER aku ada bagi discussion dekat iclass tu, so kira macam kena jawab online la kan sebab korang kena underspot hantar jawapan dekat soalan tu.. tengah aku menaip tetiba bos aku datang ofis, cakap pasal pekerja so aku tinggal la jawapan aku ni kat desktop.. aku dah TAIP separuh jawapan dah ni, dah berjela la jugak aku membebel jawapan untuk soalan tu.. tup tup aku datang dekat pc nak sambung kerja, tengok-tengok SESSION EXPIRED! fuhh, dah naik gila nak hangin dah time tu.. okay takpe, sabar lagi noh. Almaklum, adat belajar lah kan, aku anggap je ni dugaan untuk orang yang baik macam aku ni ha (perasan haih!).. haha.. so aku pun ingat-ingat la balik ayat apa nak ditaip sebab soalan berdasarkan fakta dan huraian, dan ianya BERBAHASA INGGERIS ye.. dan  aku sure kali kedua ni ayat takkan boombastik macam kali pertama aku menulis la kan.. okay, tawaduk tu sangat perlu dalam situasi macam ni.. dengan parah dan panas hati, aku pun START menaip balik jawapan dekat iclass tu.. dah hampir sampai ke penghujung, bos aku lagi sorang datang suruh cepat nak PERGI meeting pulak! ahh sudah, kerja dalam sistem tak boleh save pulak tu, nak tekan SUBMIT pulak tak boleh sebab tak siap lagi ha.. kalau copy then paste dalam WORD, nanti bila kita copy then paste balik dalam sistem akan jadi tulisan lain.. so lecturer akan claim aku MENIRU! oh nooo.. dengan rela hati aku bergegas keluar OFIS tuju ke kereta nak pergi meeting.. memang dalam hati ni rasa macam nak marki orang je.. haaa.. redha ajelah cik bedah oii.. Balik je dari meeting aku tengok lagi sekali sistem expired, punya la sakit hati rasa macam nak je hempuk PC ni! korang takkan rasa apa aku rasa melainkan kena dekat korang, perit Ooo.. Rasa macam jatuh dihempap dengan kereta perasaan remuk aku ni sebab kena taip balik.. fedup ooii fedup! nak buat dekat rumah sewa, internet telefon tak kuat.. LAPTOP aku pun dah bangang jadinya, so bertambah-tambah feduupnya haih.. lepas habis waktu kerja, bos pun dah balik agenda menaip pun bermula tapi sedih sebab AYAT-AYAT aku dah habis dicurahkan tadi, yang tinggal hanya ayat-ayat sado je.. apakan daya, jawab jugaklah soalan tu..
pesanan ikhlas untuk diri sendiri, jangan curi-curi buat assignment time kerja walaupun bos tak ada sebab bos boleh muncul bila-bila masa sahaja dan khidmat aku sentiasa diperlukan selagi waktu bekerja masih ada.. so, berpadanlah muka aku kena buat assignment lepas habis office hour!

No comments:

Post a Comment