Syukur sangat daapt ambil
PELUANG berjalan bawak kekasih hati kat sini. opss bawak
MAK dengan adik aku la. I kan tak ada husband lagi, itu jela yang ada buat masa ni sebab serik pasal bakal laki I kena kebas dengan budak hingusan dulu tu. haishh.
Actually minggu lepas hari jumaat ada exam, tapi dari khamis lagi aku dah angkut mak dengan adik aku
BERTAPA kat
KL sehari sebab jumaat exam pagi tau. so saja pergi awal dapatla rehat2 sikit melepet sembang kosong dengan diorang.
Jumaat lepas
EXAM terus pecut balik hotel pickup mak dengan adik terus ke bandaraya bersejarah kat
MALAYSIA ni. kat mana lagi kalau bukan melaka kan. drive dari Ipoh ke KL then dari KL ke melaka, cramp kaki wey. Tapi tak terbayar dengan kegembiraan yang aku bagi pada
MAK aku, bahagia sangat tengok dia bahagia.
Aku check-in kat
THE SHORE melaka, best situ sebab kat bawah the shore tu ada shopping complex so boleh cuci mata sikit kan. Kolam dia pon cantik gila, memang sesuai kalau yang nak pergi dengan
FAMILY tu sebab budak2 mesti happening sangat2 dapat main air. Nah cuci mata gambar hotel sikit.
gambar ehsan google tau. sebab haritu tak ambil pun gambar hotel just ada gambar dalam bilik je. rate dia agak mahal la tapi masih mampu lagi untuk rakyat marahaen macam kita ni. haha
Btway jumaat tu kami sampai awal jugak la around 2.30pm sebab bertolak dari kl 12.30 dan stuck kat jem bila masuk melakaau tu. bapak gila banyak
TRAFFIC light dia gais. hahaha then lepas rehat2 sampai petang, malam tu pergi dia punya around bangunan
MERAH dengan
JONKER WALK tu, saja cuci mata.
yang gambar beca ni entah taktau kenapa tangan ambil gambar jalan kosong, motif ape entah. cuci jela mata korang ni ya.
SECOND day hari sabtu tu gigih pergi pantai yang
FENDY BAKRY berlakon cerita
MR.GREY tu sebab cari buaian yang fendy bakry pegang tu mana tau kot tido mimpi dia malam tu. haha cari2 takde pun haih. dapat la
BERGAMBAR dengan
KUDA kat tepi pantai. pastu otway balik dari pantai beli keria
ANTARABANGSA dengan coconut shake. pergh dia punya melantak tu kalah orang mengandung lol. Makan tak hengat kat
MELAKA ni. makan tengahari kat restoran
KAMPUNG depan menara taming sari tau. sedap, ramai orang tapi
MAHAL!
nah sila telan air liur!
malam tu balik dari luar dah masing2 melepet taklarat. sempat lagi jalan dalam mall dekat dalam The Shore tapi takde apa sangat so cuci jela mata sikit2. lepas tu naik bilik,
DINNER then tukar baju terjun kolam. berenang sampai lebam wey.
Pagi
AHAD tu bangun lambat sebab penat drive dari khamis non stop, then
KEMAS2 nak keluar dari bilik. lepas chek-out je terus tuju makan tengahari kat
WANG SOLO then shopping sikit kat town. Siap pergi perkampungan melayu kat tengah tengah pekan tu lagi.
KG.MORTEN. kampung nice, penuh dengan ciri-ciri
KEMELAYUAN, siap disapa ramah lagi dengan penduduk. sangat2
AWESOME.
NICE sangat sangat tempat dia. pastu kami terus bergerak pergi LIMBONGAN balik sebab nak beli keria before balik. fuhh memang perjalanan yang memenatkan tapi bahagia je rasa sebab rasa macam dah lama tak berjalan kaw2 gila. penat tapi BERBALOI. Around 3 kami bertolak balik IPOH, dengan nak berhenti RNR nye. fuhh penat! selamat sampai ipoh jam 9 malam yeayy..