Tuesday, July 17

JALAN JALAN NEGERI BERSEJARAH

Syukur sangat daapt ambil PELUANG berjalan bawak kekasih hati kat sini. opss bawak MAK dengan adik aku la. I kan tak ada husband lagi, itu jela yang ada buat masa ni sebab serik pasal bakal laki I kena kebas dengan budak hingusan dulu tu. haishh.

Actually minggu lepas hari jumaat ada exam, tapi dari khamis lagi aku dah angkut mak dengan adik aku BERTAPA kat KL sehari sebab jumaat exam pagi tau. so saja pergi awal dapatla rehat2 sikit melepet sembang kosong dengan diorang.

Jumaat lepas EXAM terus pecut balik hotel pickup mak dengan adik terus ke bandaraya bersejarah kat MALAYSIA ni. kat mana lagi kalau bukan melaka kan. drive dari Ipoh ke KL then dari KL ke melaka, cramp kaki wey. Tapi tak terbayar dengan kegembiraan yang aku bagi pada MAK aku, bahagia sangat tengok dia bahagia.

Aku check-in kat THE SHORE melaka, best situ sebab kat bawah the shore tu ada shopping complex so boleh cuci mata sikit kan. Kolam dia pon cantik gila, memang sesuai kalau yang nak pergi dengan FAMILY tu sebab budak2 mesti happening sangat2 dapat main air. Nah cuci mata gambar hotel sikit.




gambar ehsan google tau. sebab haritu tak ambil pun gambar hotel just ada gambar dalam bilik je. rate dia agak mahal la tapi masih mampu lagi untuk rakyat marahaen macam kita ni. haha

Btway jumaat tu kami sampai awal jugak la around 2.30pm sebab bertolak dari kl 12.30 dan stuck kat jem bila masuk melakaau tu. bapak gila banyak TRAFFIC light dia gais. hahaha then lepas rehat2 sampai petang, malam tu pergi dia punya around bangunan MERAH dengan JONKER WALK tu, saja cuci mata.



yang gambar beca ni entah taktau kenapa tangan ambil gambar jalan kosong, motif ape entah. cuci jela mata korang ni ya.

SECOND day hari sabtu tu gigih pergi pantai yang FENDY BAKRY berlakon cerita MR.GREY tu sebab cari buaian yang fendy bakry pegang tu mana tau kot tido mimpi dia malam tu. haha cari2 takde pun haih. dapat la BERGAMBAR dengan KUDA kat tepi pantai. pastu otway balik dari pantai beli keria ANTARABANGSA dengan coconut shake. pergh dia punya melantak tu kalah orang mengandung lol. Makan tak hengat kat MELAKA ni. makan tengahari kat restoran KAMPUNG depan menara taming sari tau. sedap, ramai orang tapi MAHAL!


nah sila telan air liur!

malam tu balik dari luar dah masing2 melepet taklarat. sempat lagi jalan dalam mall dekat dalam The Shore tapi takde apa sangat so cuci jela mata sikit2. lepas tu naik bilik, DINNER then tukar baju terjun kolam. berenang sampai lebam wey.

Pagi AHAD tu bangun lambat sebab penat drive dari khamis non stop, then KEMAS2 nak keluar dari bilik. lepas chek-out je terus tuju makan tengahari kat WANG SOLO then shopping sikit kat town. Siap pergi perkampungan melayu kat tengah tengah pekan tu lagi. KG.MORTEN. kampung nice, penuh dengan ciri-ciri KEMELAYUAN, siap disapa ramah lagi dengan penduduk. sangat2 AWESOME.





NICE sangat sangat tempat dia. pastu kami terus bergerak pergi LIMBONGAN balik sebab nak beli keria before balik. fuhh memang perjalanan yang memenatkan tapi bahagia je rasa sebab rasa macam dah lama tak berjalan kaw2 gila. penat tapi BERBALOI. Around 3 kami bertolak balik IPOH, dengan nak berhenti RNR nye. fuhh penat! selamat sampai ipoh jam 9 malam yeayy..


No comments:

Post a Comment