Tuesday, July 10

RINDU DUNIA BLOGGING

IM BACK! rindunya nak blogging lagi. setelah hampir 3 tahun tak menulis lansung. Tangan dah start gatal balik nak menulis gais. Bahasa pun makin berubah kan, taksama macam 3 tahun yang lalu dah. kenapa? Dulu masih childish. sekarang pun MASIH childish tapi sedikit matured. Siapa cakap aku menghilang. Tidak sama sekali menghilang, blog masih aktif walaupun takpernah update walau satu cerita pun. Tahun ni terlalu banyak perubahan dalam hidup aku. oh yet masih belum berkahwin tau. Eh not loser, but aku masih MENCARI sesuatu yang tak pasti. cewahh.. susah la lelaki nowadays cannot be trusted tapi ni cakap dalam hati jela. risau kena hentam pulak kang.


So for introduction selepas 3 tahun menghilang tanpa khabar di blog ni kan. Nama aku masih sama, umur dah berubah la, masih lagi student UiTM EPJJ dan aku dah FINAL SEM tau. setelah merangkak hampir 4 tahun, nak habis jugak kan. Penat buat PJJ ni, mental dengan FIZIKAL kena kuat. kalau tak kuat, kekadang KOYAK jugak ya. bukan sebab apa, tiap minggu berulang dari IPOH ke KL. pergi jam 5 pagi, balik jam 7 petang. seharian aku tak cukup tidur.

Masih single, mencari sesuatu yang pasti. Minat kat blogging takpernah pupus, cuma masa sangat2 mencemburui aku. Hari hari penuh dengan rutin harian yang sangat penat dan SUCK. yes, suck sebab kena kerja, disamping buat bisnes kecik2 sebab nak cover pergi study then busy dengan assignment. tapi I is tak pernah putus asa, itu je. 

Doakan aku KUAT nak MENULIS blog ni time aku free tau. sebab aku rindu BLOGGING :D

No comments:

Post a Comment