Ni namanya entri basi tau sebab dah LAMA peram nak TULIS pasal foodreview dekat restoran MAHARAJ ipoh yang serve ORIGINAL INDIAN FOODS. Time pergi makan kat sini tu on birthday aku tau, so macam excited gila. first time masuk sini, sebab selalu lalu je. haritu nak pergi makan time tu tetiba ada event so tak boleh pergi la. aku pun dengan redho keluar balik wey time tu.
NASIB this time waktu birthday ada yang sudi nak bagi BIRTHDAY treat katanya wey. bahagianya I takpayah keluar duit membayar bill sendiri. haha. apa guna nya kawan kalau tak belanja TIME birthday kan?. hahahaha. ni gambar luar dan dalam RESTORAN tau, jangan salah masuk maharaj lain pulak gais.
MAKANAN dia memang awesome, kena la dengan tekak melayu aku ni. GRAVY dia memang auum sangat gais sebab dia tak kedekut bahan kot, tapi harga boleh tahan la, tak boleh makan hari2 tau sebab nanti poket koyak. haha. so menu dia memang MAKANAN original india, so jangan nak mintak rendang ke sup ayam ke dalam tu, kena pelangkung dengan belanga japgi. hahaha
Nah cuci mata makanan dia dengan GAMBAR aku yang acah2 comel tu.
makanan dia nampak macam sikit kan? please jangan TERTIPU sebab banyak ni pun kitorang takhabis makan wey. so KALAU berdua tu jangan la order banyak2 sebab nanti takhabis. berbaloi la dengan harga dia, KENYANG tersandar okay gais. dah nanti aku review lagi makanan best kat IPOH bila aku free tauuu.
Wednesday, July 18
Tuesday, July 17
JALAN JALAN NEGERI BERSEJARAH
Syukur sangat daapt ambil PELUANG berjalan bawak kekasih hati kat sini. opss bawak MAK dengan adik aku la. I kan tak ada husband lagi, itu jela yang ada buat masa ni sebab serik pasal bakal laki I kena kebas dengan budak hingusan dulu tu. haishh.
Actually minggu lepas hari jumaat ada exam, tapi dari khamis lagi aku dah angkut mak dengan adik aku BERTAPA kat KL sehari sebab jumaat exam pagi tau. so saja pergi awal dapatla rehat2 sikit melepet sembang kosong dengan diorang.
Jumaat lepas EXAM terus pecut balik hotel pickup mak dengan adik terus ke bandaraya bersejarah kat MALAYSIA ni. kat mana lagi kalau bukan melaka kan. drive dari Ipoh ke KL then dari KL ke melaka, cramp kaki wey. Tapi tak terbayar dengan kegembiraan yang aku bagi pada MAK aku, bahagia sangat tengok dia bahagia.
Aku check-in kat THE SHORE melaka, best situ sebab kat bawah the shore tu ada shopping complex so boleh cuci mata sikit kan. Kolam dia pon cantik gila, memang sesuai kalau yang nak pergi dengan FAMILY tu sebab budak2 mesti happening sangat2 dapat main air. Nah cuci mata gambar hotel sikit.
gambar ehsan google tau. sebab haritu tak ambil pun gambar hotel just ada gambar dalam bilik je. rate dia agak mahal la tapi masih mampu lagi untuk rakyat marahaen macam kita ni. haha
Btway jumaat tu kami sampai awal jugak la around 2.30pm sebab bertolak dari kl 12.30 dan stuck kat jem bila masuk melakaau tu. bapak gila banyak TRAFFIC light dia gais. hahaha then lepas rehat2 sampai petang, malam tu pergi dia punya around bangunan MERAH dengan JONKER WALK tu, saja cuci mata.
yang gambar beca ni entah taktau kenapa tangan ambil gambar jalan kosong, motif ape entah. cuci jela mata korang ni ya.
SECOND day hari sabtu tu gigih pergi pantai yang FENDY BAKRY berlakon cerita MR.GREY tu sebab cari buaian yang fendy bakry pegang tu mana tau kot tido mimpi dia malam tu. haha cari2 takde pun haih. dapat la BERGAMBAR dengan KUDA kat tepi pantai. pastu otway balik dari pantai beli keria ANTARABANGSA dengan coconut shake. pergh dia punya melantak tu kalah orang mengandung lol. Makan tak hengat kat MELAKA ni. makan tengahari kat restoran KAMPUNG depan menara taming sari tau. sedap, ramai orang tapi MAHAL!
nah sila telan air liur!
malam tu balik dari luar dah masing2 melepet taklarat. sempat lagi jalan dalam mall dekat dalam The Shore tapi takde apa sangat so cuci jela mata sikit2. lepas tu naik bilik, DINNER then tukar baju terjun kolam. berenang sampai lebam wey.
Pagi AHAD tu bangun lambat sebab penat drive dari khamis non stop, then KEMAS2 nak keluar dari bilik. lepas chek-out je terus tuju makan tengahari kat WANG SOLO then shopping sikit kat town. Siap pergi perkampungan melayu kat tengah tengah pekan tu lagi. KG.MORTEN. kampung nice, penuh dengan ciri-ciri KEMELAYUAN, siap disapa ramah lagi dengan penduduk. sangat2 AWESOME.
Actually minggu lepas hari jumaat ada exam, tapi dari khamis lagi aku dah angkut mak dengan adik aku BERTAPA kat KL sehari sebab jumaat exam pagi tau. so saja pergi awal dapatla rehat2 sikit melepet sembang kosong dengan diorang.
Jumaat lepas EXAM terus pecut balik hotel pickup mak dengan adik terus ke bandaraya bersejarah kat MALAYSIA ni. kat mana lagi kalau bukan melaka kan. drive dari Ipoh ke KL then dari KL ke melaka, cramp kaki wey. Tapi tak terbayar dengan kegembiraan yang aku bagi pada MAK aku, bahagia sangat tengok dia bahagia.
Aku check-in kat THE SHORE melaka, best situ sebab kat bawah the shore tu ada shopping complex so boleh cuci mata sikit kan. Kolam dia pon cantik gila, memang sesuai kalau yang nak pergi dengan FAMILY tu sebab budak2 mesti happening sangat2 dapat main air. Nah cuci mata gambar hotel sikit.
gambar ehsan google tau. sebab haritu tak ambil pun gambar hotel just ada gambar dalam bilik je. rate dia agak mahal la tapi masih mampu lagi untuk rakyat marahaen macam kita ni. haha
Btway jumaat tu kami sampai awal jugak la around 2.30pm sebab bertolak dari kl 12.30 dan stuck kat jem bila masuk melakaau tu. bapak gila banyak TRAFFIC light dia gais. hahaha then lepas rehat2 sampai petang, malam tu pergi dia punya around bangunan MERAH dengan JONKER WALK tu, saja cuci mata.
yang gambar beca ni entah taktau kenapa tangan ambil gambar jalan kosong, motif ape entah. cuci jela mata korang ni ya.
SECOND day hari sabtu tu gigih pergi pantai yang FENDY BAKRY berlakon cerita MR.GREY tu sebab cari buaian yang fendy bakry pegang tu mana tau kot tido mimpi dia malam tu. haha cari2 takde pun haih. dapat la BERGAMBAR dengan KUDA kat tepi pantai. pastu otway balik dari pantai beli keria ANTARABANGSA dengan coconut shake. pergh dia punya melantak tu kalah orang mengandung lol. Makan tak hengat kat MELAKA ni. makan tengahari kat restoran KAMPUNG depan menara taming sari tau. sedap, ramai orang tapi MAHAL!
nah sila telan air liur!
malam tu balik dari luar dah masing2 melepet taklarat. sempat lagi jalan dalam mall dekat dalam The Shore tapi takde apa sangat so cuci jela mata sikit2. lepas tu naik bilik, DINNER then tukar baju terjun kolam. berenang sampai lebam wey.
Pagi AHAD tu bangun lambat sebab penat drive dari khamis non stop, then KEMAS2 nak keluar dari bilik. lepas chek-out je terus tuju makan tengahari kat WANG SOLO then shopping sikit kat town. Siap pergi perkampungan melayu kat tengah tengah pekan tu lagi. KG.MORTEN. kampung nice, penuh dengan ciri-ciri KEMELAYUAN, siap disapa ramah lagi dengan penduduk. sangat2 AWESOME.
NICE sangat sangat tempat dia. pastu kami terus bergerak pergi LIMBONGAN balik sebab nak beli keria before balik. fuhh memang perjalanan yang memenatkan tapi bahagia je rasa sebab rasa macam dah lama tak berjalan kaw2 gila. penat tapi BERBALOI. Around 3 kami bertolak balik IPOH, dengan nak berhenti RNR nye. fuhh penat! selamat sampai ipoh jam 9 malam yeayy..
Wednesday, July 11
OFFICE BARU SETELAH 5 TAHUN
Alhamdulillah! Happy sangat selepas hampir 5 tahun BEKERJA, walaupun tak dapat kerja kerajaan tapi kerja swasta pun BAHAGIA hokay gais. Ada la mulut makcik makcik bawang tanya kenapa tak kerja kerajaan, dah belum ada REZEKI nak dapat peluang kerja government kan. Pernah apply, pernah dapat interview sebelum dapat kerja yang sekarang tapi rezeki masih belum berpihak. Oleh sebab tu, terpaksa REDHA dengan peluang kerja ditempat ni 5 tahun lepas, rupa rupanya ALLAH nak bagi rezeki yang lebih baik kat sini.
kerja kat mana pun sama, busy dan penat. Tapi bezanya KERJA kat sini takde mental stress yang over limit. Tapi bersyukur sangat, kerja dengan BOS yang sama hampir 5 tahun dan finally tahun ni dapat duduk office baru yang jauh lebih baik. SYUKUR sangat sangat.
Nah selfie sikit, office baru lagi best gais. I got my own!
kerja kat mana pun sama, busy dan penat. Tapi bezanya KERJA kat sini takde mental stress yang over limit. Tapi bersyukur sangat, kerja dengan BOS yang sama hampir 5 tahun dan finally tahun ni dapat duduk office baru yang jauh lebih baik. SYUKUR sangat sangat.
Nah selfie sikit, office baru lagi best gais. I got my own!
Tuesday, July 10
RINDU DUNIA BLOGGING
IM BACK! rindunya nak blogging lagi. setelah hampir 3 tahun tak menulis lansung. Tangan dah start gatal balik nak menulis gais. Bahasa pun makin berubah kan, taksama macam 3 tahun yang lalu dah. kenapa? Dulu masih childish. sekarang pun MASIH childish tapi sedikit matured. Siapa cakap aku menghilang. Tidak sama sekali menghilang, blog masih aktif walaupun takpernah update walau satu cerita pun. Tahun ni terlalu banyak perubahan dalam hidup aku. oh yet masih belum berkahwin tau. Eh not loser, but aku masih MENCARI sesuatu yang tak pasti. cewahh.. susah la lelaki nowadays cannot be trusted tapi ni cakap dalam hati jela. risau kena hentam pulak kang.
So for introduction selepas 3 tahun menghilang tanpa khabar di blog ni kan. Nama aku masih sama, umur dah berubah la, masih lagi student UiTM EPJJ dan aku dah FINAL SEM tau. setelah merangkak hampir 4 tahun, nak habis jugak kan. Penat buat PJJ ni, mental dengan FIZIKAL kena kuat. kalau tak kuat, kekadang KOYAK jugak ya. bukan sebab apa, tiap minggu berulang dari IPOH ke KL. pergi jam 5 pagi, balik jam 7 petang. seharian aku tak cukup tidur.
Masih single, mencari sesuatu yang pasti. Minat kat blogging takpernah pupus, cuma masa sangat2 mencemburui aku. Hari hari penuh dengan rutin harian yang sangat penat dan SUCK. yes, suck sebab kena kerja, disamping buat bisnes kecik2 sebab nak cover pergi study then busy dengan assignment. tapi I is tak pernah putus asa, itu je.
Doakan aku KUAT nak MENULIS blog ni time aku free tau. sebab aku rindu BLOGGING :D
Tuesday, November 17
TANDOOR GRILL AT IPOH
Misi minggu lepas explore makanan dekat area ipoh, tujuan nya supaya lebih mesra dengan ENVIROMENT di Ipoh ni.. haha.. actually bosan dah makan makanan orang bujang, makin lama makin tak sedap makanan orang bujang ni sebab kena makan sorang-sorang ditemani televisyen dan suasana yang suram.. sekali sekala nak jugak merasa makan MEWAH, betul tak?.. haha.. so malam tu rasa nak makan NORTH INDIAN cuisine.. pusing-pusing area greetown then tiba-tiba teringat satu port best.. sebab selalu pergi ofis client ada la lalu situ beberapa kali tapi tak ada kesempatan lagi pun nak singgah and MERASA makanan dekat situ.. dan dengan lahapnya aku menekan minyak (kalah drifter) menuju ke RESTORAN tu.. nasib aku baik sangat sebab tak perlu buat reservation and kebetulan orang tak berapa ramai malam tu.. whoaa, bau rempah menusuk dihidung bila pintu terbuka luas menyambut kedatangan aku.. rasa macam nak TERKAM terus pegi dapur tu.. haha.. seriusly rasa macam excited nak order makanan.. lepas order, sempat la menyembang and bergosip setalam dua pastu makanan pun sampai.. lepas je aku rasa makanan dia, terus rasa macam nak menangis sebab ini MAKANAN yang seriusly SUPERB dasyat dan kena dengan selera betul.. nak, bagi gambar sikit INTERIOR restoran dengan makanan yang ada.. sesiapa yang nak cuba, dipersilakan.. boleh just walk in atau buat reservation..
Happy Dinner!
Wednesday, November 11
7 BULAN MENDIAMKAN DIRI
lagi, lagi dan lagi terpaksa mendiamkan diri.. TERPAKSA? persoalan terpaksa tu aku sendiri cipta sebab dengan keadaan hidup aku yang makin sarat dengan tanggungjawab dan rutin harian yang semakin melenyapkan masa lapang aku sendiri.. dengan jadual harian yang sangat PADAT setiap hari aku lalui dengan perasaan letih dan tak bermaya.. mesti tertanya-tanya, tapi kenapa harini aku mula menulis semula kan? selama 7 bulan ni, terlalu banyak yang aku pendam tak terluah.. terlalu banyak benda yang berlaku yang tak MAMPU aku tanggung tapi aku diamkan.. harini, aku terpanggil untuk mencoret semula perjalanan hidup aku sebagai manusia di muka BUMI Allah ini.. sekadar mencari ketenangan dengan menulis dan meneruskan semula hobi menulis aku yang terkubur.. insha Allah, aku harap sangat aku akan dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menulis pada hari hari akan mendatang..
Tuesday, March 31
HIDUP dalam dunia sendiri
kadang-kadang aku KESIAN dengan diri aku sendiri, sampaikan tak ada masa nak curi-curi untuk diri sendiri.. means tak ada masa dan kesempatan untuk meluangkan masa manjakan diri or apa-apa.. PELIK bukan? tapi nilah hakikat kehidupan aku sekarang.. seharian aku dekat ofis buat kerja, kadang-kadang je dapat curi-curi main facebook or update blog sebab masa aku adalah HAK milik bos aku, tapi tak apa lah sebab namanya pun kerja kan.. so pagi sampai petang memang jiwa, raga dan perasaan MENDAP dalam ofis ni ajelah.. its okay, dah boleh terima hakikat sebab dah SETAHUN lebih kerja dekat sini.. tapi, lately terasa sangat, sebab last week hari sabtu.. pagi sampai pukul 11 aku dah mendap buat KERJA dalam ofis ni, then ikot pulak bos pergi meeting sampai tengahari, pastu pukul 2 pulak balik solat then tak sempat REHAT, bos aku call suruh datang ofis balik buat LAPORAN untuk satu client (padahal sabtu aku sepatutnya kerja half day!) then lepas siap laporan dalam pukul 3.40 pulak adik aku call ajak pergi book store, then jalan sana jalan sini ikotkan dia sampai pukul 7, tak sempat lagi nak jejak kaki masuk dalam rumah kawan aku pulak call ajak keluar lepas maghrib sebab nak mintak tolong tengok barang hantaran dia nak KAWIN.. padahal malam sabtu tu aku kena tido awal lepas isya sebab aku nak bangun 4 pagi hari AHAD.. tapi disebabkan fikir member, aku pergi jugak.. serius hari sabtu tu rasa macam mendap gila, letih, penat semua ada.. tapi tulah, sampaikan masa untuk diri sendiri pun tak ada.. aku memang, kalau boleh nak hidup aku sehari-hari tu, boleh gembirakan orang lain, boleh buat orang lain rasa dihargai, tapi kadang-kadang bila fikir, siapa yang nak gembirakan aku? entah la, bukan merungut, tapi macam rasa nak je lari jauh-jauh dari orang lain sebulan then rehatkan diri dan MINDA.. bagi fresh dan stabil.. dah la sekarang aku kuat EMO.. entahlah, perubahan hormon kot, almaklumlah dah makin tua..
CITA CITA TERCAPAI!
Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH jangan ditolak ye dok.. hihi..mesti ramai tertanya-tanya, rezeki apa pulak kali ni?.. pernah bercita-cita menjadi seorang PENSYARAH, tapi disebabkan kelayakan masih belum cukup dan masih menuntut diperingkat IJAZAH, terpaksalah batalkan hasrat.. actually, sebelum ni pernah berangan menjadi seorang guru atau pensyarah, soronok rasanya dapat dipanggil CIKGU.. rasa macam dihargai.. aku masih lagi bekerja sebagai p.a di syarikat SWASTA di ipoh, masih diposisi yang sama dengan gaji yang sedikit bertambah daripada bulan lepas, tapi disebabkan kos hidup yang agak melampau batas serta masih lagi menuntut ilmu, so sentiasa rasa KEPERLUAN hidup tak dapat membatasi pendapatan yang sedia ada.. jadi dipendekkan cerita, dapat rezeki menjadi TUTOR matematik bagi seorang pelajar tahun 3.. walaupun just TUTOR tapi aku sangat-sangat menghargai.. at least dapat jugak jadi cikgu sambilan.. rasa hati berbunga-bunga sangat, bahagia sebab dapat buat benda yang aku suka.. atleast dapat jugak merasa panggilan cikgu kan? syukur lah, rezeki pun dapat, gelaran sementara pun dapat.. ALLAH tu sangat maha pemurah, dia beri apa yang kita minta walaupun lambat tapi tetap ditunaikan.. kita je yang selalu lalai dan alpa, muhasabah diri sangat perlu sekarang ni.. malam ni start KELAS PERTAMA, bukan mudah nak mengajar budak yang dah tahun tiga tapi basic matematik yang masih belum kukuh, tapi aku sentiasa doa supaya Allah permudahkan urusan aku malam ni.. semua bahan-bahan untuk mengajar dah ada, dah disediakan sejak semalam.. konsep pembelajaran pun sudah siap, ermm apa lagi ye? herm, mungkin tu je dulu kot sebab nak tengok progress budak tu dulu macam mana nanti.. harap-harap dia GEMBIRA dan suka dengan cikgu Lidya ni.. aminn
p/s : siapa yang ada mengata aku buat part time sebab duit, yes i'm! tapi aku bukan datang makan gaji buta okay, aku datang bawak ilmu dan manfaat pada student aku.. harap dipermudahkan.. =D
Thursday, March 12
KERJA LUAR!
YEAY, siapa suka kerja luar sila sepp tangan sesama! actually aku dah bosan sangat stay dalam ofis, rasa macam cengkadak yang sedang membatukan diri sendiri.. memang la dalam ofis ada kerja boleh buat, tapi lama-lama duduk pun boleh kematu bontot tau! aku setiap kali bos-bos aku sembang bab client, aku mesti akan masuk campur and mengangkat diri sendiri untuk pergi berjumpa client (sanggup tuh!) haha.. bosan la, tiap-tiap hari mengadap kerja yang sama sampai naik lunyai kepala hotak aku ni.. tak lama lagi boleh gila kot, kahkahkah.. tak lawak ek? okay aku sorang je rasa lawak.. semalam dengan berbekalkan minyak yang BERBAKI lebih kurang satu bar baki dari yang bos aku isikan pagi semalam sebab pergi meeting tu, aku menapak merata.. dia suruh aku pergi tiga tempat je, untuk jumpa client and collect payment, tapi aku menapak 4 5 TEMPAT, siap sempat masuk bank islam bayar yuran pengajian lagi.. means memang banyak tempat la aku menapak kan.. lahanat sangat rasanya, haha.. aku keluar pukul 2 petang, then aku balik ofis pukul 4.40 petang semata-mata nak serahkan payment je.. nampak tak? lama gila gak kan aku keluar merayap merata.. siap makan-makan lagi dalam kereta.. kau hadoo? haha.. next time nak try lagi wey, memang syiok sangat rasanya haihhh.. ok bai.
okay gambar tak ada kena mengena dengan cerita, sumber : mr.google
kalau korang rasa susah, kena ingat ada orang lain yang jauh lebih susah dari korang
Masya Allah dah bersarang entri dalam blog ni.. labah-labah pun dah beranak pinak dalam blog aku ni.. nak kata bz tu tak ada la sangat sebab kerja banyak dah diringan kan sikit dah.. kalau sebelum ni 10/10 tapi sekarang dah tinggal 9/10 je ha.. so boleh rilex kejap kot sementara tunggu new sistem untuk BISNES bos aku nih.. so bila upgrade sistem, lagi banyak la kerja.. mebi akan jadi 11/10 kot pasni.. haha.. erm, nak cerita ni pasal workers aku ni sebab bila aku ingat aku rasa macam timbul satu keinsafan dalam hati ni, aku ada seorang pekerja Melayu yang baru datang.. sangat daif KEADAAN dia, datang dari selatan naik MOTOR dengan isteri dan kendong seorang anak LELAKI berusia 6 bulan.. datang sini nak cari rezeki kat tempat baru sebab tak tahan kerja di selatan dengan kos hidup yang sangat melampau.. datang SEHELAI SEPINGGANG, dan stay hostel pekerja asing yang aku sediakan.. ya Allah sedih sangat rasa sebab diorang berkeluarga, ada anak kecik yang masih lagi nak membesar yang perlukan ruang.. dia baru je start kerja 1 hari lepas, company dah ADVANCE kan pada dia untuk beli seluar dan kasut kerja dan lebih tu buat belanja.. tapi adat lah kalau ada ANAK kecil, semua akan didahulukan dari mak ayah nya.. semua duit baki dibuat beli pampers bayi dan keperluan bayi semata.. sedih tapi aku nak tolong pun faham-faham la karang lain jadinya.. mesti akan ada cakap aku UNFAIR sebab dia sama pekerja macam orang lain jugak tapi layanan diberi lain.. so, aku stay diam and tengok je apa yang jadi.. kesian memang kesian, tak mampu nak cakap tapi apakan daya.. satu hari tu dia datang ofis cerita pasal rumah yang aku bagi dia stay dengan pekerja pekerja lain, dia cakap rumah tu kotor sangat.. actually dia tak perlu bagitahu pun aku memang dah tahu pekerja-pekerja aku punya tempat stay macam mana.. memang pengotor! almaklumlah orang asing kan.. kitorang ada provide dapor and gas untuk diorang MASAK tau tapi memang adatlah kan, kotor yang amat sampaikan berulat-ulat.. berbalik pada cerita pekerja melayu and anak bini dia ni.. nak makan pun sampaikan tak ada duit, disebabkan dia baru stat kerja, bos tak boleh bagi advance lebih-lebih sebab risau LARI.. so, diorang satu family sampai tak ada makanan lansung, baby just minum susu mak nye je.. diorang tiap hari makan MEGI! sampaikan baby tu pun makan maggi jugak, diorang bagi sebab dia selalu merengek lapar.. sebab tak tahan kesian, aku belikan electric kettle dengan NESTUM untuk baby.. sebab budak-budak kan, bukan dia tahu apa pun.. lapar nangis, lapar nangis.. sampai demam-demam.. itu jelah yang mampu aku buat pun.. bila aku balik RUMAH aku sendiri, selalu terfikir yang aku selalu rasa duit aku tak cukup, selalu rasa keperluan dan kehendak aku tak dapat dipenuhi sedangkan ada orang LAIN yang jauh lebih SUSAH dan DAIF dari aku.. aku tak dapat beli barang, tak dapat shopping, tak dapat jalan-jalan tapi aku still ada makanan, walaupun makanan simple-simple and masak sendiri. tapi diorang, sampai terpaksa tahan LAPAR sebab lansung takada duit, gila sedih.. lepas kejadian ni, seriusly memang selalu sangat MUHASABAH diri sendiri, supaya tidak timbul perasaan negatif dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ni.. BERSYUKUR itu penting, dan ini yang aku tengah cuba praktikkan dalam hidup sekarang.. biar tak dapat beli apa yang aku nak, asalkan aku boleh makan, ada pakai, ada tempat tinggal.. AMINN
Subscribe to:
Posts (Atom)
























