Terdetik di hati aku perasaan KASIHAN apabila aku perhatikan MAKCIK2 cleaner yang membersihkan tempat ni, aku terfikir sejenak mampu ke KITA sebagai seorang manusia untuk lakukan perkara yang sama macam makcik tu buat.. DIA lah cuci TANDAS, bersihkan KORIDOR, bersihkan LIF, kutip SAMPAH dan sebagainya.. mungkin sesetengah orang berpendapat yang diorang buat kerja tu sebab diorang belajar tak TINGGI macam kita.. Mungkin jugak mereka kurang BERNASIB baik macam kita sebab diorang terdiri dari golongan yang kurang BERKEMAMPUAN berbanding kita.. tapi bagi aku tak, KERJA yang diorang buat lagi MULIA berbanding kita yang hanya duduk di OFIS dan mengadap KOMPUTER sepanjang masa sebab bagi aku, kalau diorang tak CUCI tandas dan BUAT semua kerja yang kita sendiri TAKNAK buat tu, mungkin tempat korang takkan sebersih sekarang.. tapi ada lagi PERKARA yang menyedihkan dan menyayat hati aku sebab pernah sekali aku terdengar dari mulut seorang hamba ALLAH ni yang mengata pasal makcik2 tu, 'makcik2 ni berbau la, tak sanggup aku duduk dekat diorang weh'.. walaupun mungkin bagi korang yang mendengar perkataan tu takde pape, tapi bagi aku sebagai seorang manusia, aku rasa sedih dengan kata-kata tu sebab bila difikirkan balik, makcik2 tu bertungkus lumus MEMBERSIHKAN setiap tempat untuk KESELESAAN kita tapi dicemuh macam tu pulak.. yelah, orang tu dah buat macam2 kerja satu hari, mustahil lah bau PERFUME dekat dia pulak kan.. yang aku paling tak boleh terima bila ada pulak yang DEMAND tinggi mintak diorang buat macam2 walaupun perkara kecik yang boleh dilakukan sendiri.. aku TERFIKIR jugak, kenapalah orang-orang macam kita ni tak tahu menghargai penat LELAH orang lain?.. memang diorang dibayar gaji dengan kerja yang diorang buat tapi SETIMPAL ke dengan KUDERAT dan TENAGA yang diorang lakukan.. mungkin bagi mereka cukuplah sekadar mereka dapat mencari SESUAP nasi bagi menyara anak-anak dan membeli keperluan rumah.. satu je nak tanya, kalau ditakdirkan nasib korang tiba2 berubah, korang SANGGUP ke nak buat semua kerja2 macam tu, dan semestinya korang akan jawab TIDAK!! so hargailah mereka.. :D
p/s: jangan memadang HINA orang lain kerana mungkin satu hari nanti nasib kita jauh lebih buruk dari mereka.. :)
No comments:
Post a Comment