Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih
berlian sedangkan aku hanya
sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai
ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..Tetapi sandaran
AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..
Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di
Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati kita apabila kita bertemu suatu hari nanti, dan pastinya Allah akan memberikan
PETUNJUK kepada kita bahawa kita adalah
JODOH yang telah ditetapkan oleh
NYA.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita kerna itu
JANJI ALLAH..
p/s : untuk JODOHKU yang telah ditetapkan oleh Allah, Aku sayang kamu kerana Allah....
COPY and EDITTED#