kadang-kadang aku KESIAN dengan diri aku sendiri, sampaikan tak ada masa nak curi-curi untuk diri sendiri.. means tak ada masa dan kesempatan untuk meluangkan masa manjakan diri or apa-apa.. PELIK bukan? tapi nilah hakikat kehidupan aku sekarang.. seharian aku dekat ofis buat kerja, kadang-kadang je dapat curi-curi main facebook or update blog sebab masa aku adalah HAK milik bos aku, tapi tak apa lah sebab namanya pun kerja kan.. so pagi sampai petang memang jiwa, raga dan perasaan MENDAP dalam ofis ni ajelah.. its okay, dah boleh terima hakikat sebab dah SETAHUN lebih kerja dekat sini.. tapi, lately terasa sangat, sebab last week hari sabtu.. pagi sampai pukul 11 aku dah mendap buat KERJA dalam ofis ni, then ikot pulak bos pergi meeting sampai tengahari, pastu pukul 2 pulak balik solat then tak sempat REHAT, bos aku call suruh datang ofis balik buat LAPORAN untuk satu client (padahal sabtu aku sepatutnya kerja half day!) then lepas siap laporan dalam pukul 3.40 pulak adik aku call ajak pergi book store, then jalan sana jalan sini ikotkan dia sampai pukul 7, tak sempat lagi nak jejak kaki masuk dalam rumah kawan aku pulak call ajak keluar lepas maghrib sebab nak mintak tolong tengok barang hantaran dia nak KAWIN.. padahal malam sabtu tu aku kena tido awal lepas isya sebab aku nak bangun 4 pagi hari AHAD.. tapi disebabkan fikir member, aku pergi jugak.. serius hari sabtu tu rasa macam mendap gila, letih, penat semua ada.. tapi tulah, sampaikan masa untuk diri sendiri pun tak ada.. aku memang, kalau boleh nak hidup aku sehari-hari tu, boleh gembirakan orang lain, boleh buat orang lain rasa dihargai, tapi kadang-kadang bila fikir, siapa yang nak gembirakan aku? entah la, bukan merungut, tapi macam rasa nak je lari jauh-jauh dari orang lain sebulan then rehatkan diri dan MINDA.. bagi fresh dan stabil.. dah la sekarang aku kuat EMO.. entahlah, perubahan hormon kot, almaklumlah dah makin tua..
Tuesday, March 31
CITA CITA TERCAPAI!
Alhamdulillah, rezeki dari ALLAH jangan ditolak ye dok.. hihi..mesti ramai tertanya-tanya, rezeki apa pulak kali ni?.. pernah bercita-cita menjadi seorang PENSYARAH, tapi disebabkan kelayakan masih belum cukup dan masih menuntut diperingkat IJAZAH, terpaksalah batalkan hasrat.. actually, sebelum ni pernah berangan menjadi seorang guru atau pensyarah, soronok rasanya dapat dipanggil CIKGU.. rasa macam dihargai.. aku masih lagi bekerja sebagai p.a di syarikat SWASTA di ipoh, masih diposisi yang sama dengan gaji yang sedikit bertambah daripada bulan lepas, tapi disebabkan kos hidup yang agak melampau batas serta masih lagi menuntut ilmu, so sentiasa rasa KEPERLUAN hidup tak dapat membatasi pendapatan yang sedia ada.. jadi dipendekkan cerita, dapat rezeki menjadi TUTOR matematik bagi seorang pelajar tahun 3.. walaupun just TUTOR tapi aku sangat-sangat menghargai.. at least dapat jugak jadi cikgu sambilan.. rasa hati berbunga-bunga sangat, bahagia sebab dapat buat benda yang aku suka.. atleast dapat jugak merasa panggilan cikgu kan? syukur lah, rezeki pun dapat, gelaran sementara pun dapat.. ALLAH tu sangat maha pemurah, dia beri apa yang kita minta walaupun lambat tapi tetap ditunaikan.. kita je yang selalu lalai dan alpa, muhasabah diri sangat perlu sekarang ni.. malam ni start KELAS PERTAMA, bukan mudah nak mengajar budak yang dah tahun tiga tapi basic matematik yang masih belum kukuh, tapi aku sentiasa doa supaya Allah permudahkan urusan aku malam ni.. semua bahan-bahan untuk mengajar dah ada, dah disediakan sejak semalam.. konsep pembelajaran pun sudah siap, ermm apa lagi ye? herm, mungkin tu je dulu kot sebab nak tengok progress budak tu dulu macam mana nanti.. harap-harap dia GEMBIRA dan suka dengan cikgu Lidya ni.. aminn
p/s : siapa yang ada mengata aku buat part time sebab duit, yes i'm! tapi aku bukan datang makan gaji buta okay, aku datang bawak ilmu dan manfaat pada student aku.. harap dipermudahkan.. =D
Thursday, March 12
KERJA LUAR!
YEAY, siapa suka kerja luar sila sepp tangan sesama! actually aku dah bosan sangat stay dalam ofis, rasa macam cengkadak yang sedang membatukan diri sendiri.. memang la dalam ofis ada kerja boleh buat, tapi lama-lama duduk pun boleh kematu bontot tau! aku setiap kali bos-bos aku sembang bab client, aku mesti akan masuk campur and mengangkat diri sendiri untuk pergi berjumpa client (sanggup tuh!) haha.. bosan la, tiap-tiap hari mengadap kerja yang sama sampai naik lunyai kepala hotak aku ni.. tak lama lagi boleh gila kot, kahkahkah.. tak lawak ek? okay aku sorang je rasa lawak.. semalam dengan berbekalkan minyak yang BERBAKI lebih kurang satu bar baki dari yang bos aku isikan pagi semalam sebab pergi meeting tu, aku menapak merata.. dia suruh aku pergi tiga tempat je, untuk jumpa client and collect payment, tapi aku menapak 4 5 TEMPAT, siap sempat masuk bank islam bayar yuran pengajian lagi.. means memang banyak tempat la aku menapak kan.. lahanat sangat rasanya, haha.. aku keluar pukul 2 petang, then aku balik ofis pukul 4.40 petang semata-mata nak serahkan payment je.. nampak tak? lama gila gak kan aku keluar merayap merata.. siap makan-makan lagi dalam kereta.. kau hadoo? haha.. next time nak try lagi wey, memang syiok sangat rasanya haihhh.. ok bai.
okay gambar tak ada kena mengena dengan cerita, sumber : mr.google
kalau korang rasa susah, kena ingat ada orang lain yang jauh lebih susah dari korang
Masya Allah dah bersarang entri dalam blog ni.. labah-labah pun dah beranak pinak dalam blog aku ni.. nak kata bz tu tak ada la sangat sebab kerja banyak dah diringan kan sikit dah.. kalau sebelum ni 10/10 tapi sekarang dah tinggal 9/10 je ha.. so boleh rilex kejap kot sementara tunggu new sistem untuk BISNES bos aku nih.. so bila upgrade sistem, lagi banyak la kerja.. mebi akan jadi 11/10 kot pasni.. haha.. erm, nak cerita ni pasal workers aku ni sebab bila aku ingat aku rasa macam timbul satu keinsafan dalam hati ni, aku ada seorang pekerja Melayu yang baru datang.. sangat daif KEADAAN dia, datang dari selatan naik MOTOR dengan isteri dan kendong seorang anak LELAKI berusia 6 bulan.. datang sini nak cari rezeki kat tempat baru sebab tak tahan kerja di selatan dengan kos hidup yang sangat melampau.. datang SEHELAI SEPINGGANG, dan stay hostel pekerja asing yang aku sediakan.. ya Allah sedih sangat rasa sebab diorang berkeluarga, ada anak kecik yang masih lagi nak membesar yang perlukan ruang.. dia baru je start kerja 1 hari lepas, company dah ADVANCE kan pada dia untuk beli seluar dan kasut kerja dan lebih tu buat belanja.. tapi adat lah kalau ada ANAK kecil, semua akan didahulukan dari mak ayah nya.. semua duit baki dibuat beli pampers bayi dan keperluan bayi semata.. sedih tapi aku nak tolong pun faham-faham la karang lain jadinya.. mesti akan ada cakap aku UNFAIR sebab dia sama pekerja macam orang lain jugak tapi layanan diberi lain.. so, aku stay diam and tengok je apa yang jadi.. kesian memang kesian, tak mampu nak cakap tapi apakan daya.. satu hari tu dia datang ofis cerita pasal rumah yang aku bagi dia stay dengan pekerja pekerja lain, dia cakap rumah tu kotor sangat.. actually dia tak perlu bagitahu pun aku memang dah tahu pekerja-pekerja aku punya tempat stay macam mana.. memang pengotor! almaklumlah orang asing kan.. kitorang ada provide dapor and gas untuk diorang MASAK tau tapi memang adatlah kan, kotor yang amat sampaikan berulat-ulat.. berbalik pada cerita pekerja melayu and anak bini dia ni.. nak makan pun sampaikan tak ada duit, disebabkan dia baru stat kerja, bos tak boleh bagi advance lebih-lebih sebab risau LARI.. so, diorang satu family sampai tak ada makanan lansung, baby just minum susu mak nye je.. diorang tiap hari makan MEGI! sampaikan baby tu pun makan maggi jugak, diorang bagi sebab dia selalu merengek lapar.. sebab tak tahan kesian, aku belikan electric kettle dengan NESTUM untuk baby.. sebab budak-budak kan, bukan dia tahu apa pun.. lapar nangis, lapar nangis.. sampai demam-demam.. itu jelah yang mampu aku buat pun.. bila aku balik RUMAH aku sendiri, selalu terfikir yang aku selalu rasa duit aku tak cukup, selalu rasa keperluan dan kehendak aku tak dapat dipenuhi sedangkan ada orang LAIN yang jauh lebih SUSAH dan DAIF dari aku.. aku tak dapat beli barang, tak dapat shopping, tak dapat jalan-jalan tapi aku still ada makanan, walaupun makanan simple-simple and masak sendiri. tapi diorang, sampai terpaksa tahan LAPAR sebab lansung takada duit, gila sedih.. lepas kejadian ni, seriusly memang selalu sangat MUHASABAH diri sendiri, supaya tidak timbul perasaan negatif dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ni.. BERSYUKUR itu penting, dan ini yang aku tengah cuba praktikkan dalam hidup sekarang.. biar tak dapat beli apa yang aku nak, asalkan aku boleh makan, ada pakai, ada tempat tinggal.. AMINN
Monday, January 19
tamat exam, tamat semester pertama IJAZAH
syukur sangat, habis dah exam.. sebelum ni serabut duk fikir pasal EXAM sebab yelah bila akhir tahun banyak la kerja nya, pastu time nak akhir tahun ni jugak lah nak exam nya.. tapi takpe, alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat dan jayanya walaupun tak tahu bertapa nak berjaya lagi RESULTNYA, tunggu aje lah keluar result bulan februari ni.. mudah-mudahan semuanya okay.. empat kali berturut2 sepanjang dua minggu terpaksa berulang alik ke KUALA LUMPUR untuk menunaikan tuntutan sebagai seorang pelajar yang berwibawa.. cewahh, ayat nak dasat aje ha.. haha.. sekarang tengah fokus menyiapkan projek baru, nasib baik la lepas exam baru start dengan projek baru.. kalau tak, memang berlari-lari and terkejar-kejar la jawabnya.. sekarang dah pertengah Januari 2015, berharap sangat result yang akan keluar dalam 4 minggu lagi ni sangat memberansangkan dan memperoleh keputusan yang baik.. aminn
#lifeupdate
#lifeupdate
Monday, January 5
TAFSIR MIMPI.. mungkin kebetulan
Alhamdulillah, selamat memasuki tahun 2015, bersyukur sangat pada Allah kerana mengurniakan usia sehingga 23 tahun di atas muka bumi NYA..sekejap sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam je masuk tahun 2014,tapi sekarang dah tahun baru pulak.. blog pun dah lama tak berisi nih.. Penghujung tahun 2014 agak pahit bagi aku bila ditipu oleh SEORANG hamba Allah yang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM.. SEMINGGU sebelum aku ditipu, aku ada bermimpi yang cincin emas yang aku pakai ni patah dua, dan esok harinya aku google di INTERNET pasal tafsir mimpi ni.. dalam tafsir tu cakap aku akan DITIPU seseorang, seharian aku termenung fikir siapa yang akan tipu aku.. orang terdekat ke? family aku ke? kawan-kawan aku ke?.. macam tak boleh terima hakikat sebab aku bayangkan orang-orang yang aku sayang akan TIPU aku.. tapi rupa-rupanya tak.. Orang yang tipu aku tu orang yang aku tak KENAL lansung. Ceritanya, aku nak menyewa sebuah apartment yang dilengkapi perabot penuh, tapi semua tinggal abu dan debu semata-mata.. aku kena tipu bulat-bulat! first bukak mudah.my nampak iklan dan terus berurusan dengan seorang lelaki cina yang kononnya bernama STIVEN tapi dia pass aku pada P.A dia yang bernama NUR LIYANA.. bukan nak mengaibkan sesiapa, tetapi NURLIYANA ni penipu yang licik, dia sangat bijak menggunakan helah dalam menuturkan kata-kata dia.. aku salah seorang mangsa yang terkena,. aku tak tau la berapa ramai lagi akan menjadi mangsa diorang ni.. ceritanya, si liyana ni cakap yang apartment tu ramai ada yang tanya, nak dekat 5 6 orang tanya pasal apartment yang aku nak sewa tu tapi dia kata lebih percaya dan senang berurusan dengan perempuan sebab mudah kalau apa-apa TERJADI berkenaan rumah tu.. mula-mula aku cakap nak tengok rumah dan bayar deposit secara BERSEMUKA, si liyana ni cekap tau, dia kata kalau tak letak deposit dulu dia akan pass rumah pada orang lain.. dan DEPOSIT tu RM 1000! gila kapa nak bagi duit banyak tu dekat orang aku tak pernah jumpa lagi.. so aku nego la sebab janji letak deposit dulu dan baki aku bagi LEPAS jumpa bersemuka dan bagi kunci.. memang percaya habis lah ni, sebab fikir dia perempuan dan MELAYU dan ISLAM! fuuhh, gila aku bagi la 1/3 dari jumlah deposit yang dia mintak tu, bank in wey bukan face to face sebab dia kata nak urgent sebab kalau tak dia bagi rumah dekat orang lain dan dia pun BERIA lah janji nak tunjuk rumah petang tu jugak.. dah la tengahari tu dah paksa aku deposit duit dengan ALASAN nak book rumah tu untuk aku, takkan bagi orang lain dah lepas aku bagi deposit.. tapi bila petang aku cakap nak jumpa, alasan meeting drag sampai malam pulak.. aku tunggu lagi tapi lepas tu aku mesej dengan CALL semua tak berjawab! memang panas hati rasanya.. aku tunggu sehari dua, call mesej semua takde jawapan jugak then aku pun amik la tindikan REPOT POLIS! penyelesaian terakhir lah tu.. so liyana, kau tunggu la eh polis datang angkut kau kat rumah.. herm, berbalik pada mimpi aku, semalam pun aku ada mimpi pelik lagi sekali, aku mimpi aku MELAHIRKAN anak.. dan tadi google jugak, dan jawapannya ada dua samada masalah paling besar aku akan SELESAI atau aku akan bertemu JODOH.. wallahualam =D
p/s : mimpi ni mainan tidur kot kan, mungkin hanya kebetulan je ni..
Tuesday, October 21
FED UP dengan sistem!
siapa pernah BELAJAR pjj angkat kaki cepat! haha.. nak cerita pasal kefedupan aku menghadap sistem web yang aku GUNA untuk sambung belajar ni.. kalau korang tak pernah pakai sistem ni sebab tak belaja pjj macam aku, meh aku bagitau macam mana nak guna.. SISTEM ni macam korang guna korang punya ONLINE banking sebab ada limited time.. FIRST bukak web UiTM then korang cari pautan link then click iClass, kat situ kena log in.. kena masukkan username dan password untuk access ke KELAS yang korang belajar tu.. eh, dah macam cara-cara la pulak, padahal tadi nak cerita pasal fedup dengan sistem.. apa-apa jela ye, just nak buat korang faham aje sistem tu macam mana sebelum aku teruskan cerita ni ha.. okay, nak dijadikan cerita minggu lepas LECTURER aku ada bagi discussion dekat iclass tu, so kira macam kena jawab online la kan sebab korang kena underspot hantar jawapan dekat soalan tu.. tengah aku menaip tetiba bos aku datang ofis, cakap pasal pekerja so aku tinggal la jawapan aku ni kat desktop.. aku dah TAIP separuh jawapan dah ni, dah berjela la jugak aku membebel jawapan untuk soalan tu.. tup tup aku datang dekat pc nak sambung kerja, tengok-tengok SESSION EXPIRED! fuhh, dah naik gila nak hangin dah time tu.. okay takpe, sabar lagi noh. Almaklum, adat belajar lah kan, aku anggap je ni dugaan untuk orang yang baik macam aku ni ha (perasan haih!).. haha.. so aku pun ingat-ingat la balik ayat apa nak ditaip sebab soalan berdasarkan fakta dan huraian, dan ianya BERBAHASA INGGERIS ye.. dan aku sure kali kedua ni ayat takkan boombastik macam kali pertama aku menulis la kan.. okay, tawaduk tu sangat perlu dalam situasi macam ni.. dengan parah dan panas hati, aku pun START menaip balik jawapan dekat iclass tu.. dah hampir sampai ke penghujung, bos aku lagi sorang datang suruh cepat nak PERGI meeting pulak! ahh sudah, kerja dalam sistem tak boleh save pulak tu, nak tekan SUBMIT pulak tak boleh sebab tak siap lagi ha.. kalau copy then paste dalam WORD, nanti bila kita copy then paste balik dalam sistem akan jadi tulisan lain.. so lecturer akan claim aku MENIRU! oh nooo.. dengan rela hati aku bergegas keluar OFIS tuju ke kereta nak pergi meeting.. memang dalam hati ni rasa macam nak marki orang je.. haaa.. redha ajelah cik bedah oii.. Balik je dari meeting aku tengok lagi sekali sistem expired, punya la sakit hati rasa macam nak je hempuk PC ni! korang takkan rasa apa aku rasa melainkan kena dekat korang, perit Ooo.. Rasa macam jatuh dihempap dengan kereta perasaan remuk aku ni sebab kena taip balik.. fedup ooii fedup! nak buat dekat rumah sewa, internet telefon tak kuat.. LAPTOP aku pun dah bangang jadinya, so bertambah-tambah feduupnya haih.. lepas habis waktu kerja, bos pun dah balik agenda menaip pun bermula tapi sedih sebab AYAT-AYAT aku dah habis dicurahkan tadi, yang tinggal hanya ayat-ayat sado je.. apakan daya, jawab jugaklah soalan tu..
pesanan ikhlas untuk diri sendiri, jangan curi-curi buat assignment time kerja walaupun bos tak ada sebab bos boleh muncul bila-bila masa sahaja dan khidmat aku sentiasa diperlukan selagi waktu bekerja masih ada.. so, berpadanlah muka aku kena buat assignment lepas habis office hour!
Friday, October 17
GIVEAWAY by melangkau garisan!
woot, woot nak join satu giveaway dari sorang blogger ni.. dia punya giveaway buat aku sangat TERTARIK okay, why? sebab perfume kegemaran, kesukaan dan kegilaan.. haa, kau hado? haha.. korang pun boleh join giveaway ni, sorang yang bertuah akan dapat SET MINIATURE perfume CHANNEL ni ye, yang lain-lain yang bertuah akan dapat SHAWL youllss.. meletop gitu dapat shawl free kan.. kalau sesiapa yang berminat tu boleh la dapatkan syarat-syarat untuk sertai giveaway dari BLOG NI .. jom ramai-ramai join!

Giveaway ni sampai 11 Nov 2014 aje tauu.. cepat2 sebelum terlambat!
Thursday, October 16
SALE GILA-GILA UNTUK KERETA RANGE ROVER! GAJI BAWAH 2K pun mampu
yeay, first entri untuk bulan oktober.. dah start kelas ni kira asyik sibuk je memanjang.. rasa macam tak cukup masa je nak buat apa-apa .. kerja dekat ofis ni pun boleh tahan jugak banyak, boleh buat pengsan tak cukup rehat oo.. takpayah la kot nak mukadimah banyak-banyak sebab aku pasti korang mesti EXCITED bila cerita pasal range rover kan? siapa tak minat kereta tu sila angkat HIDUNG.. mostly mesti ramai minat then ada yang dah pasang cita-cita nak beli range rover tu kan ( ke aku je).. haha.. baru-baru ni dapat wassap dari CLASSMATE pjj aku ni.. dia cakap ade LELONGAN jpj untuk sebuah kereta RANGE ROVER! omg, omg gila excited aku ha.. diorang lelong murah je wey, bayar downpayment 10k then bulanan RM700 je untuk 7 tahun.. siapa taknak, dia gila.. yelah, Range rover tu doh.. mahal siot kalau beli yang baru.. silap-silap aku umur 40 tahun pun belum dapat beli, dah ada peluang macam ni kononnya nak try my LUCK la kan.. ni gambar dia kasi kat aku, aku screenshot untuk korang okay,seriusly cantik sangat sebab warna putih.. aku minat warna putih ni ha, lawa!
lama aku TENGOK gambar kereta ni, dalam hati duk fikir kalau la bebetul dapat, memang aku nak tayang kat kengkawan (riaknyaa aku) .. haha.. kalau la dapat, aku bawak FAMILY aku pergi jalan-jalan makan angin merata.. tiap bulan habis DUIT pergi jalan-jalan pun takpa kalau dapat kereta macam ni sebab mesti mak aku happy gila.. duk fikir punya fikir, aku pun cakap la kat mana JPJ lelong kereta tu, aku nak pi bayar then ANGKAT terus je, tak mau fikir panjang dah sebab memang minat sangat-sangat dah.. dah tergedik-gedik habis dah ni.. pastu, tunggu la kawan aku balas wassap, kembang kuncup je hidung aku tunggu dia balas wassap aku.. aku duk fikir mungkin dia sibuk kot, aku tunggu lagi sampai petang, pastu wassap MASUK! happy nya, dia bg satu image kat wassap, ni ha
serius rasa nak BUNUH orang! haa, aku pun percaya la bulat-bulat sebab dia tu muka memang baik gilas.. aku tak sangka aku KENA PRANK! rasa macam nak terjun bangunan je aku tengok gambar ni.. kalau aku jumpa dia time ni, memang aku TERBALIKKAN kereta myvi dia.. serius aku terbalikkannnnnn.. hahaha.. dia punya la gelakkan aku kaw-kaw punya, aku rasa macam aahhh bodohnyaaa.. korang pun terkena jugak dengan entri aku ni kan? okay meh kita kena sama-sama.. haha
moralnya, jangan terlalu EXCITED dengan benda yang tak pasti kesahihannya yee...
Saturday, September 27
My LIL SISTER yang fobia dengan roundbout bila aku drive..
aku tak tahu samada ni LAWAK atau tindakan bodoh aku sebenarnya.. hihi.. actually, aku ada adik perempuan yang belajar MEDICINE dekat Royal College of Medicine Perak ni dan dia wajib duduk HOSTEL yang disediakan pihak institusi.. dari RUMAH yang aku duduk nak pergi dekat hostel dia almost 30 minit jugak la then aku ni memang jenis penyayang sikit so mostly seminggu akan ada dua tiga kali aku bawak dia keluar.. then yang PART paling aku tak suka bila tanya dia nak pergi mana or nak keluar atas urusan apa dia mesti akan cakap tak tahu, bukan sekali dua aku kena tapi dah berkali-kali hokayy.. aku GERAM, sebab rumah kitorang jauh then if nak kuar, dengan harapan nak setelkan segala benda yang dia susah nak DAPAT or setel sebab susah keluar hostel tak ada transport.. contoh macam BELI barang ke, nak beli makanan ke or just jalan-jalan.. so DIPENDEKKAN cerita, bila jawapan aku dibalas dengan TAKTAHU dan buat muka tak besalah main HENFONE.. hangin lah aku kan.. tapi masalahnya bila aku hangin, dia buat bodo je macam aku takde perasaan.. (okay, sorry terkutuk sikit, haha).. then sekarang aku dah tahu macam mana nak buat bagi dia bagi jawapan betul-betul nak pergi mana.. caranyaaa senang je ha, dekat dengan rumah dia ada satu ROUNDBOUT besar tau.. aku ugut, aku cakap kalau taknak bagitau nak pergi mana aku pusing roundbout ni sampai dia cakap nak pergi mana.. dia memula ingat aku main-main tau, dia buat bodo je main henfon.. aku buat muka poyo aku pusing je roundbout tu sekali, dua kali then nak masuk tiga kali dia JERIT sambil tangan tunjuk satu jalan suruh masuk situ.. haha.. ingat aku malu ke nak pusing roundbout banyak-banyak kali, aku TAKMALU hokay.. aku tak kisah orang nak tengok kereta aku, nak catit nombor plat sekali pun aku tak kisah! haha.. tapi aku tau dia malu sebab risau terserempak dengan kawan-kawan dia cakap aku gila pusing roundbout banyak-banyak kali.. puas hati aku, hilang terus SAKIT HATI then boleh pulak aku gelak sebab dia jerit sambil gelak-gelak.. tula, sape suruh jawab tak tahu bila aku tanya nak pergi mana.. even sekarang pun, kadang-kadang dia terlupa dan still jawab tak tahu, aku PUSING roundbout banyak-banyak kali.. haha.. aku kakak yang jahat kan? bukan sebab apa, kekadang tu geram tau, kalau tengok henfone bukannya dia dengar apa aku cakap.. macam la dalam henfone tu ada emas berjuta ha.. hahaha.. rasakan kau dik..
BOLEH dipraktikkan pada bf korang (if korang yg drive) or praktikkan pada kawan-kawan yang bila ditanya nak pergi mana tapi dijawab tak tahu.. hentam je pusing roundbout dua tiga kali sampai dia cakap.. haha
gambar ehsan mr.google
Subscribe to:
Posts (Atom)




