Thursday, June 19

NAK KONGSI TIPS KECANTIKAN

Sekarang rasa macam consultant KECANTIKAN pulak haih, ramai kawan-kawan dok pm fb aku tanya tips, pasaipa? pasai dulu aku tak lawa lansung comot-comot then hitam pulak tu, sekarang takde la lawa sangat, lawak ade la.. asal ade je haa.. untuk tidak MENGHAMPAKAN rakan-rakan yang asyik pm aku tu, ni ha tips kecantikan yang aku nak kongsi dengan korang ni totally aku sendiri yang guna, takde COPY PASTE tips dari orang hokayy.. tips yang datang dari kegunaan seharian aku.. boleh try kalau nak, insha Allah dengan izin Allah.. yang penting kena rajin.. jom baca tips yang aku nak kongsi ni.. =)


SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, June 18

MUSIBAH penghapus dosa kecil

Alhamdulillah, terselamat dalam kecelakaan yang menimpa diri DUA hari yang lalu.. pedih, sakit tapi syukur sebab Allah beri peringatan supaya sentiasa mengingatiNYA.. dua hari terlantar, tak bekerja, masa yang ada digunakan untuk MUHASABAH diri.. syukur dengan nyawa yang dipinjamkan.. waktu sakit adalah waktu yang paling berharga sebab aku dapat menilai orang-orang disekeliling aku.. yang betul-betul PRIHATIN, yang betul-betul PEDULI.. sanggup bantu aku waktu aku memerlukan, dan aku nampak siapa manusia yang hanya nak aku time sihat dan sebaliknya.. harini masuk ofis dengan keadaan masih sakit tapi sekurang-kurangnya kerja tak terBENGKALAI.. =)
p/s : tak dapat update lelebih sebab tak mampu nak duduk lama-lama.. doakan aku cepat sihat..

Tuesday, June 10

DUIT OH DUIT

ish, dugaan jugak kalau bekerja tapi rasa macam DUIT tak cukup.. arini GAJI weyy, tapi setelah ditolak, dibahagi dan didarab segala bagai keperluan dan KOMITMEN, akhirnya dalam sehari je gaji aku dah jadi RM250 je! Wey, nak makan ape RM250 ni dalam sebulan? dah la dengan minyak kereta lagi ni nak kena letak, takkan nak KENCING dalam tangki kot.. adoy macam mana la boleh jadi salah bajet untuk bulan ni nih?.. ni tak kira ada anak lagi, kalau ada anak lagi rasanya memang pergi kerja jalan kaki la jawabnya.. nak start BERNIAGA online balik rasa macam dah patah semangat sangat-sangat, YA ALLAH.. rasa macam nak nangis sekarang.. nak nangis raung-raung time tulis blog ni.. gaji okay tapi masalahnya rasa macam terlampau banyak komitmen.. walaupun orang nampak macam i'm OKAY tapi hakikatnya dalam poket duk mula kering dah ni.. macam mana la nak buat, dah start wassap kawan baik aku skang nak tanya pasal BISNES balik ni ha.. baru mula nak gelabah tak pasal.. duit oh duit, kat mana dapat kucari mu.. dah sasau tahap GABAN dah ni, gara-gara duit dan taraf kehidupan yang makin meningkat.. parents aku still nak bagi duit, tapi MALU wey nak ambik sebab dah kerja pun takkan aku nak ambik dari diorang lagi.. serius aku nak BERDIKARI, semoga Allah permudahkan jalan aku.. amin..
p/s: malunya takdak duit, malu sangat.. aku ada baca dari satu fb online seller ni, dia cakap if nak hidup senang dan boleh simpan duit, kena tanam sifat sayangkan DUIT disamping jangan abaikan AGAMA.. semoga, aku mampu jadi seperti nya yang sentiasa ISTIQAMAH dalam membuat perubahan ke arah yang jauh lebih baik.. *eh camne nak sayang duit? duit pun takdak lansung ni..

Monday, June 9

Psstt, nak mengutuk orang sikit ni

Selamat pagi DUNIA, hari isnin yang sangat-sangat lah mendung ni kan, tetiba rasa macam tangan ni gatal je nak menulis, mencoret kisah sepasang SEJOLI yang annoying sangat ni.. tempat kerja aku ni ada sediakan HOSTEL untuk para pekerja, dan hostel-hostel tersebut berada di atas ofis aku ni ha.. actually, company ni ada banyak sangat hostel tapi yang aku nak cerita ni pasal hostel yang didiami oleh pekerja yang berkeluarga ni la.. yang lain-lain tu aku taknak amik tahu pun.. okay, cerita nya bermula bila ade sorang laki melayu ni dia call bos aku cakap nak kerja then nak duduk dekat hostel atas ofis aku ni.. MELAYU hokayy, rupa-rupanya yang dia bawak datang stay sini tu ISTERI nombor dua! aku taknak masuk campur, just dengar je ape bos aku cakap then aku senyum ajelah yang mampu.. wey, kerja guard je tu kawen dua.. lakinya takde la hensem sangat pun, biasa-biasa je kan.. tapi takpela, mungkin rezeki dia kot kan nak kawen lebih dari sorang.. tapi tu bukan isunya, tak kisah la pasal kau nak kawen sepuluh ke kan.. tapi masalahnya menyusahkan ORANG! haa, kan dah marah ni.. kerja guard, faham-faham jelah gaji bukannya berpuluh ribu, tambah pulak dengan aku dapat aduan macam-macam yang dia selalu ponteng kerja.. haa, kat situ pun gaji dah kena tolak sikit-sikit dah.. macam mana nak hidup macam tu? dia tak mampu pun nak bagi makan kat anak isteri pertama, now auntie yang duduk hostel atas ni pulak dok cerita yang laki bini ni asyik pinjam duit kat dia.. wey, kekadang tu pompuan tu amik je bahan-bahan mentah auntie tu dari dalam freezer then masak untuk laki dia makan then yang paling best buat muka sopesen bila auntie tu tanya.. macam tak bersalah lansung.. 1st TIME aku jumpa orang macam ni.. selalunya, melayu ni ada adab, sopan and budi bahasa, tapi orang atas ni takde lansung.. auntie INDIA atas ni selalu cerita macam-macam dekat aku, aku sebagai melayu pun malu.. auntie tu cakap bila time gaji je, mesti 3 4 pagi baru balik rumah sebab pergi berJOLI sakan.. mana nak ada duitnya haihh.. kawen dua tu tak salah, memang hak dia la kan, tapi tengok la diri sendiri tu.. Eishh, macam-macam la aku dengar cerita pasal laki tu dari PEKERJA pekerja aku yang lain.. harap-harap la dia cepat sedar diri kan, sebab kesian kat anak isteri nun ha..
p/s : sesape yang tak suka penulisan di blog aku, sila bawak diri sendiri ke blog orang lain ye.. tq uolss =)

Tuesday, June 3

MENANGIS ADALAH PALING TERBAIK

minggu lepas start ari KHAMIS dah takde mood gila, then berlarutan sampai arini, hari SELASA minggu berikutnya.. tambah-tambah pulak dengan stress kerja yang banyak gila minggu ni, mula la rasa macam tak sedap badan, tak sedap hati then macam-macam lagi lah.. takde feel wey nak kerja, sebab tu boleh lagi lepak and update blog.. ditambah pulak dengan kejadian semalam yang menyakitkan hati dan jiwa, ade ke patut CLIENT push-push aku suruh hantar workers cepat.. kalau aku yang drive hantar workers takpelah jugak, aku ni MONITOR aje pun ha.. geram pulak aku ni.. seriusly aku rasa dah lama gila aku tak menangis teresak-esak macam budak kecik, tapi semalam aku menangis GILA doh.. serius, sangat teruk aku menangis sampai basah baju aku.. nasib baik ade sorang hamba ALLAH ni sentiasa ada bila aku perlukan, dia sokong aku.. aku menangis pun, aku call dia then dia layan je aku.. walaupun sebelum ni aku pernah ada KONFLIK dengan dia tapi dia tak pernah abaikan aku pun.. aku rasa dia kawan DUNIA dan AKHIRAT bagi aku.. dia tabah, dia sanggup dengar aku menangis meraung-raung semalam.. dia kata selama ni aku KUAT, tapi semalam aku dah tak tahan.. ikhlas aku cakap, menangis ni salah satu cara nak lepaskan perasaan yang terbuku dalam HATI sebenarnya.. menangis boleh, menjerit pun boleh.. tapi malu orang dengar menjerit, jadi aku menangis.. rasa hilang semua BEBAN dalam hati aku, walaupun masalah tak selesai tapi sekurang-kurangnya lega sikit.. air mata aku yang dah berjurai-jurai tu dah bawak stress-stress dalam diri aku ni jauh-jauh.. walaupun kerja still kerja, dan takkan mungkin selesai tapi at least dada tak rasa SESAK sangat kan.. aku ni luaran keras, tapi bila kena MASALAH for sure akan menangis jugak.. ya ALLAH, sesungguhnya kau mengurniakan aku seorang insan yang sangat-sangat sabar dengan kerenah aku.. ALHAMDULILLAH..

Friday, May 30

feel like a big BOSS

Kerja sebagai PA ni taklah mudah sebenarnye, ramai orang beranggapan yang KERJA ni benda yang mudah.. hakikatnya susah yang amat.. tapi aku agak BERSYUKUR sebab even aku kerja dalam bidang ni, kerja aku tak terlalu tertumpu.. macam contoh, real PA perlu berkepit je dengan bos, susun jadual perjalanan or cara kerja bos seharian, bagi pendapat bisnes, buat surat dan macam-macam lagi lah.. berbeza pulak dengan aku.. aku lebih kepada PA plus plus or pa tak rasmi la kan.. kenapa? ya, sebab kerja aku meliputi pelbagai aspek, temasuk AKAUN dan BISNES things.. disebabkan ni syarikat sederhana, bos rasa aku mampu untuk buat akaun, setel bahagian dokumen dan jugak dalam masa yang sama jadi PA dia.. fuhh, kerja macam ni memang agak mencabar iman dan kesabaran aku jugak la.. yelah bila hujung bulan dan awal bulan mesti sibuk dengan akaun dan dokumen.. tengah bulan pulak sibuk dengan MEETING sana sini.. tapi takpe, sebab bos aku tak berkira sangat pun, especially bab DUIT la kan.. agak happy kat sini sebab kerja tak berapa nak ikut masa sangat.. pagi boleh masuk sesuka hati sebelum pukul 9.30 tapi aku selalu jugak datang lambat.. almaklumlah takde PUNCH CARD kan, balik petang pulak awal dari orang lain cuma kekadang je balik lambat bila ade kerja.. pergi meeting pun seronok sangat haih ade driver, duk belakang rasa macam big BOSS pulak.. haha.. walaupun bukan kerja kerajaan tapi at least aku buat benda yang aku suka, so hati jadi senang dan LAPANG.. dulu mula-mula masuk kerja, rasa macam agak tertekan sebab tak boleh nak adapt enviroment dan CARA kerja, tapi sekarang alhamdulillah semuanya dalam tangan dah.. syukur, tapi in shaa Allah de rezeki nak cari kerja lebih bagus dan kalau dapat GOVERNMENT lagi bagus..

# doakan aku

Tuesday, May 6

PERASAAN BERCAMPUR BAUR..

Tak tau nak mula dari mana dan macam mana, tapi perasaan dalam HATI ni sekarang bercampur baur sangat.. bila fikir soal hati, campur sikit dengan masalah KERJA pastu tolak sikit dengan planning nak together2 dengan kengkawan, semuanya buat aku jadi tak KERUAN.. yelah, banyak sangat masalahnya.. bila dah rancang baik-baik atau dah buat elok-elok, benda still akan jadi buruk, busuk.. macam ada benda SERBA tak kena.. buat itu salah, buat ini salah.. duduk pun rasa macam merenyam je badan ni tak selesa, otak pulak ligat je BERFIKIR, tak lama lagi boleh jadi gila kot.. dah la lately macam hilang tumpuan sikit, BUAT kerja pun banyak tak betul, pastu asyik luka-luka je kat diri sendiri ni.. Kejap tersepak bucu meja sampai berdarah kaki lah, pastu kejap terpijak PAKU la, then terhantuk DINDING sampai lebam la, haih macam-macam la jadinya.. FOKUS dah hilang.. Ya Allah permudahkan lah urusan aku didunia mu yang penuh dengan cabaran ni, Amiinn..

p/s : nak buat solat sunat malam ni..

Monday, May 5

CARA-CARA LEBATKAN BULU KENING DAN BULU MATA

Hai uolss, harini demam2 tapi tetap RAJIN nak share tips untuk panjangkan dan lebatkan bulu mata serta bulu kening.. aku tau, sesetengah PEREMPUAN suka bulu kening nipis je coz senang nak letak eyebrow pencil tu kan, tapi takpe lah, TERPULANG.. sape2 nak cuba boleh la try tips aku ni, especially buat women2 yang nak nampak macam minah ARAB tu kan.. hihi.. sebenarnya tips ni aku terbaca then cuba GUNA sendiri dan alhamdulillah ianya BERKESAN.. tapi takde la tetiba bulu kening lebat total macam orang arab tu, at least ada la sikit PERUBAHAN dari yang asal, sebab aku tak suka bulu kening nipis la.. macam tak AWESOME sangat la, hahaha.. tipsnya mudah je, korang apply VASELLINE PETROLEUM PURE JELLY tu kat kening korang or dekat bulu mata korang tu.. then tengok hasilnya dalam 2-3 minggu.. aku apply jelly ni time malam nak tidur je, lagi senang kan.. takde la orang tengok kita macam pelik sebab lepas pakai tu bulu kening macam over rapi dan pakai minyak rambut tu.. so better pakai time nak tidur..
TARAAA, ni la bendanya.. ade dekat guardian or watson.. murah je wey, takpayah nak beli mahal2 untuk cantik.. ni harga di RM4.70 je aku beli ritu..
gambar atas adalah sebelum penggunaan, dan gambar bawah tudung pink ni setelah menggunakan selama hampir satu bulan..tolong abaikan muka yang mengada tu dan fokus pada kening aku.. haha.. aku pakai kat kening je, bulu mata taknak coz tak larat nak bukak mata if panjang2 sangat nanti, rasa nak tidur je.. haha

p/s : tak semua orang dapatkan hasil yang sama dalam waktu yang sama ye.. Selamat mencuba!

KERAP DEMAM

erm, tengok title pun dah tahu aku ni kuat SAKIT kan.. semenjak dua menjak ni entahlah, kerap sangat DEMAM dan sakit2 badan.. demam sikit je, tapi KERAP sangat.. kalau sekali demam teruk terus takpe, ni tak demam teruk just demam petang then esok tengahari dah okay, pastu dua minggu or tiga minggu kemudian tu demam lagi.. kenapa eh? salah makan ke? salah tidur or teruk sangat buat kerja.. walaupun yang sado je kerjanya.. maybe kena tidur 2 hari tak bangun2 baru dapat recover back semua ENERGY kot kan? haha.. takpe, sakit tu kan penghapus dosa2 kecil ... ALHAMDULILLAH.. doakan kesihatan saya ye..

p/s : ni tengah tulis blog dengan keadaan demam weyy..

PINDAH BILIK

Alhamdulillah, finally setelah diusahakan, dapat jugak aku PINDAH bilik depan sekali.. now dah tenteram sikit hidup.. cuma ade sikit jela masalahnya, jiran kiri bising dengan bunyi BURUNG TERKUKUR dan jiran kanan dengan bunyi anak ANJING dia.. tapi tak jadi masalah sangat, masih boleh diterima lagi.. sebab bunyi-bunyi natural kan.. takde la stress sangat daripada bunyi bilik BELAKANG yang hingar bingar dengan kaki2 mabuk dan kereta2 turbo nya.. yang BESTNYA, bilik depan ni sejuk tak terkata bila malam.. rasa macam tidur dalam AIRCOND, haha.. bilik depan ni aku upgrade sikit bagi nampak cam lelawa.. aku dah letak carpet, pastu now dah ade PERSONAL TV yang aku dapat dari ofis.. siap letak ASTRO lagi nok, tapi tv ni aku tengok sorang jelah.. takde nye nak share2 haih pasalnya dalam rumah ni semua buat hal masing2.. seriusly aman sesangat dengan bilik baru ni..

p/s: takde pict nak tunjuk dekat korang sebab malas nak ambik.. tapi totally happy with my new room.. =)