Friday, May 30

feel like a big BOSS

Kerja sebagai PA ni taklah mudah sebenarnye, ramai orang beranggapan yang KERJA ni benda yang mudah.. hakikatnya susah yang amat.. tapi aku agak BERSYUKUR sebab even aku kerja dalam bidang ni, kerja aku tak terlalu tertumpu.. macam contoh, real PA perlu berkepit je dengan bos, susun jadual perjalanan or cara kerja bos seharian, bagi pendapat bisnes, buat surat dan macam-macam lagi lah.. berbeza pulak dengan aku.. aku lebih kepada PA plus plus or pa tak rasmi la kan.. kenapa? ya, sebab kerja aku meliputi pelbagai aspek, temasuk AKAUN dan BISNES things.. disebabkan ni syarikat sederhana, bos rasa aku mampu untuk buat akaun, setel bahagian dokumen dan jugak dalam masa yang sama jadi PA dia.. fuhh, kerja macam ni memang agak mencabar iman dan kesabaran aku jugak la.. yelah bila hujung bulan dan awal bulan mesti sibuk dengan akaun dan dokumen.. tengah bulan pulak sibuk dengan MEETING sana sini.. tapi takpe, sebab bos aku tak berkira sangat pun, especially bab DUIT la kan.. agak happy kat sini sebab kerja tak berapa nak ikut masa sangat.. pagi boleh masuk sesuka hati sebelum pukul 9.30 tapi aku selalu jugak datang lambat.. almaklumlah takde PUNCH CARD kan, balik petang pulak awal dari orang lain cuma kekadang je balik lambat bila ade kerja.. pergi meeting pun seronok sangat haih ade driver, duk belakang rasa macam big BOSS pulak.. haha.. walaupun bukan kerja kerajaan tapi at least aku buat benda yang aku suka, so hati jadi senang dan LAPANG.. dulu mula-mula masuk kerja, rasa macam agak tertekan sebab tak boleh nak adapt enviroment dan CARA kerja, tapi sekarang alhamdulillah semuanya dalam tangan dah.. syukur, tapi in shaa Allah de rezeki nak cari kerja lebih bagus dan kalau dapat GOVERNMENT lagi bagus..

# doakan aku

Tuesday, May 6

PERASAAN BERCAMPUR BAUR..

Tak tau nak mula dari mana dan macam mana, tapi perasaan dalam HATI ni sekarang bercampur baur sangat.. bila fikir soal hati, campur sikit dengan masalah KERJA pastu tolak sikit dengan planning nak together2 dengan kengkawan, semuanya buat aku jadi tak KERUAN.. yelah, banyak sangat masalahnya.. bila dah rancang baik-baik atau dah buat elok-elok, benda still akan jadi buruk, busuk.. macam ada benda SERBA tak kena.. buat itu salah, buat ini salah.. duduk pun rasa macam merenyam je badan ni tak selesa, otak pulak ligat je BERFIKIR, tak lama lagi boleh jadi gila kot.. dah la lately macam hilang tumpuan sikit, BUAT kerja pun banyak tak betul, pastu asyik luka-luka je kat diri sendiri ni.. Kejap tersepak bucu meja sampai berdarah kaki lah, pastu kejap terpijak PAKU la, then terhantuk DINDING sampai lebam la, haih macam-macam la jadinya.. FOKUS dah hilang.. Ya Allah permudahkan lah urusan aku didunia mu yang penuh dengan cabaran ni, Amiinn..

p/s : nak buat solat sunat malam ni..

Monday, May 5

CARA-CARA LEBATKAN BULU KENING DAN BULU MATA

Hai uolss, harini demam2 tapi tetap RAJIN nak share tips untuk panjangkan dan lebatkan bulu mata serta bulu kening.. aku tau, sesetengah PEREMPUAN suka bulu kening nipis je coz senang nak letak eyebrow pencil tu kan, tapi takpe lah, TERPULANG.. sape2 nak cuba boleh la try tips aku ni, especially buat women2 yang nak nampak macam minah ARAB tu kan.. hihi.. sebenarnya tips ni aku terbaca then cuba GUNA sendiri dan alhamdulillah ianya BERKESAN.. tapi takde la tetiba bulu kening lebat total macam orang arab tu, at least ada la sikit PERUBAHAN dari yang asal, sebab aku tak suka bulu kening nipis la.. macam tak AWESOME sangat la, hahaha.. tipsnya mudah je, korang apply VASELLINE PETROLEUM PURE JELLY tu kat kening korang or dekat bulu mata korang tu.. then tengok hasilnya dalam 2-3 minggu.. aku apply jelly ni time malam nak tidur je, lagi senang kan.. takde la orang tengok kita macam pelik sebab lepas pakai tu bulu kening macam over rapi dan pakai minyak rambut tu.. so better pakai time nak tidur..
TARAAA, ni la bendanya.. ade dekat guardian or watson.. murah je wey, takpayah nak beli mahal2 untuk cantik.. ni harga di RM4.70 je aku beli ritu..
gambar atas adalah sebelum penggunaan, dan gambar bawah tudung pink ni setelah menggunakan selama hampir satu bulan..tolong abaikan muka yang mengada tu dan fokus pada kening aku.. haha.. aku pakai kat kening je, bulu mata taknak coz tak larat nak bukak mata if panjang2 sangat nanti, rasa nak tidur je.. haha

p/s : tak semua orang dapatkan hasil yang sama dalam waktu yang sama ye.. Selamat mencuba!

KERAP DEMAM

erm, tengok title pun dah tahu aku ni kuat SAKIT kan.. semenjak dua menjak ni entahlah, kerap sangat DEMAM dan sakit2 badan.. demam sikit je, tapi KERAP sangat.. kalau sekali demam teruk terus takpe, ni tak demam teruk just demam petang then esok tengahari dah okay, pastu dua minggu or tiga minggu kemudian tu demam lagi.. kenapa eh? salah makan ke? salah tidur or teruk sangat buat kerja.. walaupun yang sado je kerjanya.. maybe kena tidur 2 hari tak bangun2 baru dapat recover back semua ENERGY kot kan? haha.. takpe, sakit tu kan penghapus dosa2 kecil ... ALHAMDULILLAH.. doakan kesihatan saya ye..

p/s : ni tengah tulis blog dengan keadaan demam weyy..

PINDAH BILIK

Alhamdulillah, finally setelah diusahakan, dapat jugak aku PINDAH bilik depan sekali.. now dah tenteram sikit hidup.. cuma ade sikit jela masalahnya, jiran kiri bising dengan bunyi BURUNG TERKUKUR dan jiran kanan dengan bunyi anak ANJING dia.. tapi tak jadi masalah sangat, masih boleh diterima lagi.. sebab bunyi-bunyi natural kan.. takde la stress sangat daripada bunyi bilik BELAKANG yang hingar bingar dengan kaki2 mabuk dan kereta2 turbo nya.. yang BESTNYA, bilik depan ni sejuk tak terkata bila malam.. rasa macam tidur dalam AIRCOND, haha.. bilik depan ni aku upgrade sikit bagi nampak cam lelawa.. aku dah letak carpet, pastu now dah ade PERSONAL TV yang aku dapat dari ofis.. siap letak ASTRO lagi nok, tapi tv ni aku tengok sorang jelah.. takde nye nak share2 haih pasalnya dalam rumah ni semua buat hal masing2.. seriusly aman sesangat dengan bilik baru ni..

p/s: takde pict nak tunjuk dekat korang sebab malas nak ambik.. tapi totally happy with my new room.. =)

Tuesday, February 25

BILIK SEWA yang sadis

haa, tengok tajuk pun dah tahu mesti ada benda jadi dekat BILIK sewa aku kan.. aku dah start menyewa nak DEKAT sebulan lebih dah, dulu waktu datang tengok bilik sewa aku tak cek betul2 sebab dah TERDESAK sangat, coz anggap asal ada dan asal boleh je.. bayar down payment dengan duit sewa, then terus angkat KAKI masuk rumah.. uwaa, rumah sewa aku kosong je, dah la takde perabot lansung , cuma ada PETI SEJUK je satu-satu nya.. AMPAIAN nak sidai baju pun takde wey, aku sidai baju rata2 je kat mana ada tempat sangkut.. sadis gila, aku ni dah la pembersih plus pengemas.. okay, aku still boleh sabar lagi ye.. aku dapat bilik belakang dekat dengan toilet.. yang sadisnya, belakang rumah aku ada FOOD court chinese, orang ramai gila tak kira masa, pukul 2 pagi pun tak habis lagi, kekadang ada yang bawak kereta TURBO tu, rase cam nak gegar bilik aku tu ha, pastu kekadang pepagi buta diorang duk gaduh kat tempat parking, MABUK kot.. paling aku bengang, time aku tengah tido 2,3 pagi aku dengan KUALI jatuh la, CAWAN kaca berterabur la.. ohh, terus terjaga dari tido wehh.. letup2 kepala aku ni tiap2 hari.. seriusly rasa cam salah pilih rumah, kalau aku tahu belakang tu ada food court, takde makna nya aku nak duk situ.. dah la kipas sedut asap dari food court tu 24 hours berfungsi tau, BILIK aku tiap2 hari kena sapu sebab habuk berlipat ganda.. pukul 5 pagi dah dengar bunyi keletung kelatang diorang duk membasuh dan MASAK.. haiyoo, mau tido la.. hilang terus kesegaran kat muka aku ni wey, hilang seri terus sebab tak cukup tido dengan bising tiap2 hari.. jiran sebelah kanan pulak kan, pagi pukul 5 lebih dah start memberus baju pulak, dasat lah kan dengar sampai kat bilik aku.. kejadian pagi ni pulak, lepas subuh kononnya nak lelap la kejap, boleh pulak aku dengar diorang pasang LAGU kuat2.. sadisnya bilik akuu...

p/s : sesape nak sewa rumah or bilik, please check enviroment dulu, jangan tengok dalam rumah je.. jangan jadi macam aku ni haa.. hahaha

Monday, February 17

ISLAM hari ini

Fuhh, tiap-tiap hari sibuk dengan kerja, tak sempat nak UPDATE blog tak sempat nak buat apa-apa sangat pun.. Sebenarnya kan, dah lama sangat nak buat ENTRI pasal benda ni.. sejak aku MULA kerja ni, rasa macam-macam benda aku dapat tengok dan nilai dengan mata sendiri.. ISLAM harini hanya pada nama je kan, bila orang tanya kita agama apa, dengan bangga JAWAB orang ISLAM tapi hakikatnya? erm, aku kerja dekat dengan kawasan yang majoriti penduduknya NON-muslim , bukan takada muslim tapi boleh kira dengan jari.. minggu lepas, aku ada la jumpa tiga beradik perempuan yang muka ala-ala mix melayu dengan cina, so aku borak la kejap.. budak-budak tu cakap mak diorang melayu dan ayahnya cina, bila tanya agama apa, diorang tak tahu nak jawab.. depan rumah ada tokong cina, then diorang hidup cara orang non-muslim, siap bela anjing besar 2 ekor lagi tuu.. kenapa jadi sampai macam ni? tak salah pun kawen mix tapi.. emmm, korang fikir la sendiri apa yang aku maksudkan.. THEN ni ada satu lagi, aku pegi 7 eleven dekat kawasan ni, memang officially 7e kan ada jual minuman BERALKOHOL kan.. 5 minit aku duk belek2 majalah dalam 7e tu then tak lama lepas tu masuk sorang lelaki melayu bertopi, dia jalan lurus menuju ke peti sejuk.. dia amik ARAK botol besar punya, pastu dia toleh belakang nak pergi dekat kaunter, alih-alih ternampak aku perhatikan dia tengah pegang botol tu, dia macam hilang arah pastu terus LETAK balik botol tu dalam peti sejuk pastu terus keluar, malu agaknya.. tu baru dua cerita, ada banyak lagi cerita dan benda yang jadi depan mata aku semejak aku mula kerja ni.. semuanya tentang arak, judi dan macam-macam lagilah.. sedih pun ada jugak nih.. bukannya nak cakap DIRI sendiri ni elok sangat, perfect sangat tapi atleast still tahu HUKUM..
rasa nak nangis cakap soal agama sebab ade one of my client asked me wether i drink or not, i said NO because its HARAM, but he told me that he always hang out with MALAY friends and DRINK together, and they never mentioned about HARAM at all! dan paling tak best, diorang orang-orang berpangkat besar dan berduit..

p/s : aku sentiasa ingat kata-kata seorang ustad waktu aku belajar dulu, sebaik-baik muslim kaya yang mendapat berkat adalah muslim yang membelanjakan hartanya dijalan ALLAH. =)

Monday, February 3

tahun 2014 dan dah bulan februari

Ya Allah kejapnya masa berlalu, rasa macam baru je masuk tahun 2014, tup2 tengok dah bulan FEBRUARI dahh.. sadisnya rasa, cepatnya masa berlalu, rasa macam baru dua hari lepas je update blog (padahal dah berbulan tak menjenguk lansung) haha.. dan aku masih disini, BEKERJA disini, di COMPANY yang sama, TUGAS yang sama.. fuhh, dah dua bulan lebih dah kerja kat sini, macam2 benda dah buat, macam2 orang dah buat, macam2 kes dah handle, segala MACAM2 lah kat ofis nih.. takde pape cerita yang nak dikongsi buat masa ni, maybe next update kot.. hehe..

minggu depan gajiiii.. hahaha

Friday, December 20

cukup SEMINGGU lebih bekerja

Tahun 2013 ni banyak BETUL benda terjadi pada aku ni.. tahun ni jugak, BLOG ni hanya aku update beberapa kali je, sibuk dengan FINAL sem, sibuk dengan FINAL PROJEK, sibuk dengan masalah HATI, sibuk dengan GANGGUAN dari orang2 yang tak perlu aku ambil peduli pun.. ahh, sadisnya hidup ni haa.. bulan terakhir tahun 2013 pun dah nak HABIS dah, lagi 10 hari je lagi tahun 2014 akan menjelma.. sekejapnya rasa, memang masa berlalu macam KILAT.. erm, harini cukup seminggu lebih aku BEKERJA, omg. haha.. aku start KERJA 11.12.2013 wey, cantik punya tarikh tuu.. kann??. 1st day masuk kerja CUAK la jugak sebab tempat baru then orang2 yang berlainan kaum kn, opss bukan RACIST okay but nak bagitahu je aku kerja dengan indian dan sikh.. Hentam jelah, nak kerja punya pasal, dah tak larat duduk kat rumah je, lepas BELAJAR bulan 5 dulu, almost 6 bulan aku tanam ANGGUR takde buah kat rumah tu, bisnes still running tapi paham2 la sekarang semua nak pakai duit kan, so kena lah start cari kerja.. KERJA aku tak hebat mana pun, KERANI CABUK je coz company security je pun.. tapi kan, kerja kat sini best sangat.. tak PRESSURE lansung, bos pun baik gila.. sesapa nak merasa keseronokkan bekerja kat sini, sila APPLY lepas aku dah behenti nanti, tu pun if aku dapat kerja lain la.. actually kerja kat sini best sangat, tapi aku still gak kena FIKIR masa depan aku kan, takkan ada DIPLOMA kerja kat sini je.. haha.. DEMAND tauuu.. now memang kena chill dulu sementara nak plan masa depan.. then the most important, nak sambung belajar lagi nanti, insyaAllah.. =)
# visit fb page firaz's item aku tau, coz aku berniaga lah sikit2, boleh buat saving untuk kawin nanti kan.. hahaha

Saturday, July 20

bila dah start GOING DOWN

Seriusly bila dah start down and putus semangat dalam sesuatu perkara, mesti rasa malas dan hilang arah.. camtu la yang aku RASA sekarang. tak perlu la aku cerita lebih lanjut sebab agak privasi kat sini.. 1st time dalam hidup aku rasa teranaiya sangat2.. kena tipu hidup2 depan mata tanpa aku sendiri sedar.. pergh, sakit nye tak payah cakap la, memang parah sangat.. benda yang dah jadi pun agak lama and dah lepas tapi bila tahu baru2 ni rasa macam MARAH meluap2 dan hilang kawalan.. kalau aku tanya korang pun, korang taknak kan dikhianati, tapi entah macam mana aku boleh terjebak dalam benda ni.. seriusly kesal sangat dengan apa yang dah BERLAKU, aku harap semuanya dapat DIPERBAIKI oleh masa dan keadaan.. dan yang paling penting, aku akan balas balik apa yang orang dah BUAT dekat aku.. opss, bukan niat nak berdendam tapi aku nak dia RASA apa yang aku rasa dan for sure we are now MUSUH.. sebab dia dulu yang start jadi musuh dalam SELIMUT kan.. harap2 manusia tersebut berubah, and jangan ganggu hidup aku lagi.. biar lah aku tenang dengan apa yang aku dah MILIKI sekarang..

PS : nasib baik masih ada akhlak, kalau tak memang aku lempang hidup2 je..