Friday, August 19

sampai BILA nak jadi MACAM NIE??

hum, ni masalah antara aku dengan seorang HAMBA ALLAH yang dulunya pernah jadi kawan aku.. susah aku nak cakap macam mana, tapi semua masalah BERMULA tanpa disedari.. bukannya menyalahkan SESIAPA tapi aku betul2 rasa aku tak bersalah, yes, surely aku tak BERSALAH lansung..
KISAHNYA :~ satu kelas disuruh buat group untuk satu subjek, then aku dalam keadaan TAK SIHAT, so aku tak amik port lah kan, then aku lepaskan semuanya pada diorang untuk buat keputusan, then bila GROUP dah ditubuhkan, aku tanya lah seorang hamba ALLAH niey, dia group mane kan, tetiba dia marah kata aku taknak group dengan dia..okay, aku diamm je..aku fikir taknak gaduh then diam je..lagipun takde ape pn nak digaduhkan kan, bulan puasa niey..hum, tapi aku tak sangka masalah berlarutan pulakk, dia taknak bertegur dengan aku, dia senyap then buat aku tak wujud..sedey doe..
yes, aku tau, masing2 ada EGO sendiri, taknak mintak maaf, and masing2 taknak mengaku SALAH sendiri kan, tapi tak salah kalau lupakan je masalah yang aku rasa takde faedah pun nak bermasam muka tu.. lagipun tak salah pun kalau group dengan orang lain kan..masing2  dah besar kan boleh fikir sendiri.. aku just nak cakap yang kau bukan jenis yang STICK only to sorang jea, aku jenis kawan dengan semua orang, aku boleh masuk kepala dengan siapa pun, bagi lah aku kerja dengan siapa2 pun, surely aku akan try to become RAMAH and friendly..lecturer pun salu cakap, cuba belajar untuk BEKERJASAMA dengan orang lain, surely life is more2 BETTER.. oukay, aku takde niat nak jatuhkan sesiapa tapi aku nak dia faham jea..hopefully faham :D
p/s : samada kau sedar atau tak, aku dah mintak maaf kat kau, tapi kau still ignore aku kan,so just let it be like that... hmm
A LOT OF SORRY :(

Wednesday, August 17

segmen JOM KENAL dan TAMBAH rakan BOGGER :D

first time nak joinn segmen camni nieyh, tapi takpe, demi menambahkan follower, aku try nak buat jugakkk :D

klik SINI for further information

ni blog untuk segmen nie :D


Nama panggilan Blogger : Azie
Tarikh mula berBlog : April 2011
Rakan Blogger terkini : 14 orang
Target tambahan Blogger : 86 orang

korang jom JOIN :D

Tuesday, August 16

EGO + SOMBONG ke weh ?...

haduii, susah hidup aku bila ada yang kata aku nie EGO plus SOMBONG.. tapi kalau yang pasal sombong tu okay lah aku boleh terima sebab aku tak brapa nak reti nak nyembang sangat if takde hal penting, tak pandai BERGAUL pulak tu (terukk nye aku).. aku nie PERAMAH sebenarnye bila orang dah kenal lame dengan aku tau lah PERANGAI giler2 aku macam mane, tapi kalau awal2 tu aku susah sikit nak tunjuk..HAHAHA.. dolu2 time skolah, semua yang tak kenal aku cakap aku ni SOMBONG, tapi bila dah kenal aku, upenye dasat jugak lahh gilernye (dyorang yang cakap haa).. tapi, tapii kann yang pasal EGO tuu aku tak ley nak terima lah kan, kalau takde EGO nanti orang pijak kepala weh, aku dah penah kena dahh, korang pun mesti dah penah kena kann,aku ego bukan sebab nak tegakkan BENANG yang basah tapi nak TEGASkan pendirian aku if aku rasa aku betul, tapi tu tak bermakna aku tak boleh dengar pendapat orang kn, aku dengar and bagi pendapat if salah..kita dalam HIDUP kan kena banyak BERKOMUNIKASI secara sihat .. tapi aku nie ego bertempat kott doe, takkan lah orang tak cari pasal dengan aku, tetiba aku nak EGO tahap cipann kann..tapi tulah, aku nak TEGASKAN kat sini aku tak SOMBONG and EGO bertempat okay.. cewaahhh!! HAHAHA
 eh,pic baby niey watpe?takde kena mengena pun dengan tajuk niey..hum, tapi tapelah, chumel jugak baby nie.. HAHAHA :D

MAKROekonomi, TRENGKAS and SHORTHAND

hum, tengok tajuk pun aku dah tak sanggup nak menulihh dah.. SUM of korang mesti TAK FAHAM kann tajuk entri aku tuhh.. Tapi kalau dah MACROeconomi pn tak paham jugak, memang melampau lah kan..HAHAHA..actually aku nak kongsi dengan korang apa yang aku BELAJAR then aku terpaksa RUNSINGkan untuk semester niey..minggu ni je penuh dengan ASSIGMENT,siap satu, tambah lagi dua, dah siap dua pulak dah tambah lagi tiga pulakk, habis tu BILA entah kerja aku nak siap.. tensenn taoo.. Lecturer aku nak habiskan semua kerja before cuti RAYA and kununye lahh kan, nak bagi kami beraya dengan TENANG katanye laa.. tapi aku tengok dah macam lipas kudung dah aku dengan semua classmate aku, banyak giler KERJA.. btway, bukan nak merungut tapi nak luahkan BETAPA penatnyaa lahh.. Haa, cakap assignment ALL this subjek, dulu kann waktu sem 1 and 2 aku ada jugak belajar basic untuk subjek2 niey tapi time tu aku BENCI giler lahh 3 subjek killer niey, susah doee, tak paham pulakk tu, TAPI kan semenjak dua menjak nie kan, alhamdullilah la cz aku dapat rasa kelainan belajar subjek2 niey lahh, rasa EXCITED lebey la, tambah2 lak dengan LECTURER yang sporting gilerr camtu, rasa bahagia je HIDUP belajar subjek niey, cuma tulah, ASSIGNMENT banyak sangat...tapi,tapi kann if takde assignment tak pandai lahh kann.. hehe.. :D
 buku MAKROeconomic yang tebal dan banyak perlu dibaca..hehe
this two picture is about SHORTHAND oukay

and actually aku takde picture untuk TRENGKAS tapi korang boleh jugak lah tengok picture shorthand tu sebab lebihh kurang same je cara menulis bahasa SANSKRIT abad ke berapa tu kann.. sila2 lah lihat yea :D
MOOD : GOOD
p/s : untuk korang yang still tak tau subjek apa yang aku amik tuu, buat research sendirikk tau :D

Saturday, August 13

RAYA is coming :D

RAYA is cominggg...  kengkawan aku kat hostel niy dah kecoh pasang LAGU2 raya.. ahh,terasa semangat RAYA tuu lebihh laa katakan.. padahal baru puasa 13hari kott.. semalam diorang semua keluar ramai2 pegi town setelkan surat untuk PRAKTIKAL, tapi bila dah kuar tu sambil menyelam minum air lahh, dyorang dah siap SHOPPING untuk raye doe, aku tak ikut pulakk g town.. jeles aku tengok, yelah semua baju cantik2 kottt, macam2 style murah pulakk tu.. aku niy baju raya pun tak jenguk lagi kat kedai.. tema tahun niey warne apa eah.. adik aku cakap nak pakai warna MERAH or MAROON lahh raya tahun niey, tapi MAMA and ABAH aku tak cakap pape pun lagi.. hum, BELI baju last minute lah jawapanye aku nanty.. aku balik cuti pun 4hari sebelum RAYA, lambat tuu ada lagi ke baju raya untuk aku, hahaha.. hum, yang aku tau, tahun ni 1st day raya kat PERAK je, ntah balik kampung ke tidak nie.. tape2, semangat raya tu yang PENTING..
 p/s : tengah2 menulis entri nie tetiba rase macam nak makan rendang dengan ketupat pulak.. ngeee :D

PRAKTIKAL oh PRAKTIKAL :D

SEMESTER depan yang akan bermula bulan 12 niey bermulalah hidup aku sebagai seorang pekerja sementara.. stop study for one sem and start WORKING to get more experience.. minggu ni sibuk sangat nak SETEL pasal borang PRAKTIKAL, serabut je benda2 niey, tak lalu aku tengok benda nie, da lah dengan ASSIGNMENT yang banyak berterabur sana sini, keje banyak tak siap, buat borang PRAKTIKAL pun kelam kelibut jadinya.. ahh, cam TAK BERSEDIA je nak keje, haha.. yelah, rase macam sekejap je belajar tetiba dah nak kena PRAKTIKAL pulak dahh.. aku APPLY praktikal kat kolej islam, tapi entah dapat entah tak, hopefully dapat lah.. dapat department mane pun tak kisah, asalkan dapat PRAKTIKAL jugak..nanti kalau dah dapat praktikal, aku rasa tiap2 hari aku UPDATED blog nie, BANYAK benda aku nak sharee ngan korang.. yang penting tempat praktikal aku dekat dengan rumah, so pasni duk rumah lahh satu semester.. haa, senang sikit nak join event BLOGGER PERAK kann.. hehe :D
 PREPARING myself before working in a real OFFICE :)

Monday, August 8

BLOGGER :D

SEHARIAN aku berjalan2 kat blog orang lain, tengok2 blog orang TAMBAH pengalaman, then tengok2 blog dyorang yang chantek2 tuu, jeles tau..tengok punye tengok rupenye banyak lagi yang aku TAK TAU pasal dunia BLOGGING niey, sengkek betullah aku niie.. then,aku tersangkut lah kat satu group yg ada kat FESBOK ni, 'GROUP BLOGGER PERAK'.. walawehh, best giler lahh..selama ni aku duk on9, duk bukak blog, duk update ENTRI, tak pernah sedar pulakk yang group tu wujud.. aku nak join jugak sebab event dyorang semua BEST2 sangat2.. aku tengok dyorang wat banyak gathering ke MERATA di sekitar PERAK nieyh.. kalau aku tau, dah lame aku JOIN group tuu.. aku tengok video gathering dyorang memang MENARIK giler lahh.. di samping tu jugak, aku melawat lahh blog2 blogger yg ada dekat GROUP tu, memang terbaikk sebab dyorang memang banyak menulis benda2 yg menarik sangatt sampai tak LARAT aku nak bace satu2 sebab tak puass lah kalau tak dapat baca SEMUA entri dyorang yang besh2 tuu.. banyak pengalaman dyorang tu, yang ada web sendiri pn ada, RESPECT lahh kat korunk..humm, apa laaa nak dibandingkan dengan BLOG aku yang serba kekurangan nieyh..pape pn, CONGRAT to group tersebut sebab AKTIF menjalankan aktiviti..I LIKEEE ~
 p/s : thumbs up for u guys.. to abg2, kakak2 n adik2 blogger, sy mintak tunjuk ajarr yea.. hope dpt join event GROUP tu nanti :D

Sunday, August 7

salam TAKZIAH sahabat........

jam 0330 pagi aku DIKEJUTKAN dengan mesej dari seorang SAHABAT baik aku yang aku kenali semenjak kami dari zaman sekolah rendah lagi.. MESEJ tu sememangnya membuatkan aku rasa teramat lah terkejut, BAPAK dia accident dilanggar seorang lelaki berbangsa india.. KATA dia, bapaknya berkeadaan teruk, tulang PAHA patah dan yang paling menyayat hati, dia mengalami KECEDARAAN TERUK di bahagian kepala. 3/4 dari otaknya tidak boleh BERFUNGSI lagi.. bapak dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri pagi tu.. aku berdoa BANYAK2 supaya bapak dia selamat dan diberi peluang kedua.. Tapi... aku sedih sebab hayat dia tak panjang, kalau aku tak silap petang tu jam 0430 petang, dia mesej aku lagi cakap "bapak ak dah takde"..berderai air mata aku, aku dah anggap family dia macam FAMILY aku sendiri.. tak sangka ALLAH terlalu menyayangi bapak dia.. apa yang aku tahu, aku takde kata nak diucapkan sebab aku pun takut menyinggung perasaan dia, jadi cara terbaik hanyalah dengan MENGUCAPKAN takziah.. aku sepi, aku tak tau nak lakukan apa, apatah lagi untuk menziarah dia yang ada jauh dari tempat aku sekarang.. dengan KEADAAN aku yang tidak mengizinkan terpaksalah aku membatalkan hasrat untuk melawat kau sekeluarga..aku tak mampu untuk bergerak jauh,aku harap kau faham..aku mendoakan bapak kau ditempatkan di KALANGAN orang yang beriman, amin..AL FATIHAH 
p/s: aku tau perasaan kau sekarang sayangss, aku faham sebab kau yang paling rapat dengan bapak kau.. kau SAYANG bapak kau sangat2, aku harap kau tetap tabah menghadapi dugaan ini sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, kau kena kuat sebab masih ramai yang menyayangi kau.. kau kena redha sebab ALLAH lebih menyayanginya..

peristiwa HITAM di bulan RAMADHAN

hum, tulah orang cakap kan, MALANG TAK PERNAH BERBAU, itulah yg terjadi kat aku hari khamis jam 1030 pagi time aku tengah sibuk nak pergi KELAS.. pagi tu macam biasa, lepas sembahyang subuh, aku sambung tido balik sebab malam sebelumnya tu aku tido LEWAT sebab siapkan beberapa tugasan untuk minggu tu.. aku bangun balik pukul 9 pagi.. dengan muka tak bermaya aku bangun menuju ke TANDAS, nak mandi .. selesai mandi tu macam biasa aku balik bilik, IRON baju, MAKE UP, but semuanya aku rasa ada serba tak kena.. tapi aku biarkan je.. Tapi satu benda yang my LUVLY ROOMATE perasan is aku senyap je dari PAGI (aku ni jenis bising tak kira masa).. then lepas siap semuanya aku tunggu NEIGHBOUR aku cz nak pegi kelas sama2.. aku duduk aras tiga so kena awal lah sikit turun kan, sampai tangga mula tu semuanya okay tapi tup2 sampai tangga nak menuju 2nd FLOOR tu aku cam BLACKOUT kejap tau,aku sedar2 aku dah terbaring kat tingkat 2nd floor..AKU JATUH tangga dari 3rd floor ke 2nd floor!! aku bangun then habis satu badan sakit especially MY FEET lah,teruk sangat rasanya.. semua panik then driver hantar aku kat UNIT KECEMASAN hospital SB..ahh, time tu perasaan berbaur campur lah, aku fikir macam2, yelah risau ada tulang yang patah ke kann.. hum, petang tu jugak lah ABAH datang amik aku balik rumah..now aku kena bertatih macam baby balik sebab PERIT sangat rasanya nak berjalan, badan aku habis LEBAM2 sebab jatuh golek2.. baru aku tau SEKSAnya bila hidup tanpa kaki..thanks kat KAWAN2 yang banyak membantu aku time aku kat sane, aku SAYANG korang sangat2..korang PRIHATIN sangat2 kat aku..aku BAHAGIA ada kawan2 macam korang :)
 
p/s : doakan aku dapat BERJALAN seperti biasa eah, sedey sangat bila terlalu menyusahkan orang lain untuk bergerak... HUHUHU

Wednesday, August 3

RAMADHAN yang TERINDAH.. :)

ahlan wa sahlan ya RAMADHAN..selamat BERPUASA kepada semua umat ISLAM di seluruh dunia..humm, ramadhan tahun ni takde BEZA dengan ramadhan yang lalu, aku berpuasa di HOSTEL lahh n seperti biasalah time BERBUKA yang paling tak best sebab bila nak makan je MESTI ingat kat RUMAH..sedihh laa.. tapi aku seronok sebab time RAMADHAN ni lecturer sangat2 lah memahami, diorang mengurangkan kelas and walaupun TERSANGAT lah banyak assignment tapi puas coz dapat jugak REST2 kat bilik..cakap pasal ramadhan je semua dah KECOH pasal raya, padahal baru 1st day PUASA je, semua sibuk fikir raya nak pakai baju raya warne ape, nak beli ape, then nak balik bila..HAHAHA..aku pulak first week puasa dah fikir nak balik umah nak berbuka ngan FAMILY tapi takde chance pun, asik ada aktiviti je kat hostel nie,dah macam hostel sekolah pulakk,rindu MAMA n ABAH lahh..huh..  pape pun, RAMADHAN tetap terindah walau dimana jua kita BERADA sebab ianya bulan terbaik bagi SELURUH umat manusia.. :D

p/s : selamat menjalani ibadah PUASA dan semoga amalan kita diterimaNYA :)